Bab 3

26 0 0
                                    

Pejam celik pejam celik, peperiksaan percubaan SPM bermula. Hari ini merupakan hari keempat, subjek Sejarah.

Aku tak pernah rasa perasaan ni bila jawab kertas sejarah sebelum ni. Sebelum ni aku mampu jawab dengan tenang. Tapi kali ini...

Ahh mataku bergenang lagi.

Hujung tudung sekolah aku bawa ke hujung mata. Menyeka tubir hangat yang hampir jatuh. Tapi, semakin aku baca soalan, semakin aku kerah jawapan, yang aku dapat hanyalah rasa sebak di hati.

Aku tak dapat jawab. Aku pandang pelajar lain. Semuanya sedang tekun menjawab soalan. Itu buatkan aku lebih sesak.

Aku letak kepala di atas meja. Mata dipejam. Tak mahu lihat soalan itu buat seketika. Risau emosiku bakal rapuh lagi.

Tapi tak lama, bila aku rasa ada insan lain berdiri di sisiku, aku angkat kepala. Kami bertentang mata seketika. Aku senyum nipis. Pengawas peperiksaan.

"Macam mana? Boleh jawab tak?" Soalnya prihatin.

Aku geleng kecil. Pengawas itu senyum kecil. Dia tahu aku batch tahun lepas yang 'tersesat' dalam batch ini.

"Hmm... Kalau awak tak boleh jawab, yang lain lagilah tak boleh jawab." Balasnya.

Aku senyum tipis.

Salah tu. Kalau yang lain tak boleh jawab, saya berkali-kali tak boleh jawab.

Kenapa di fikiran orang lain, aku lebih berpengetahuan. Hanya sebab aku belajar 'lama'.

Dan, hari itu aku rebah lagi. Menangis lagi. Sungguh aku bencikan diri aku yang sekarang. Terlalu murah dengan air mata.

.
.
.
.
Hari ini kertas Matematik Tambahan. Kertas 1 dan 2. Sedih? Tak. Sebab subjek ni aku paling tawakkaltu 'alallah.

Tapi semalam aku tak tidur. Sebab sebelum tawakal kita kena usaha dan ikhtiar. Jadi semalam, aku berusaha pulun dan ikhtiar sehabis mungkin. Dua jam sebelum subuh aku tidur sekejap. Sekadar merehatkan mata dan bangun untuk bersiap ke sekolah.

Usai sahaja subjek membunuh itu, guru subjek Tasawwur Islam mengadakan kelas tambahan memandangkan peperiksaan esok adalah kertas Tasawwur Islam.

Aku ambil tempat paling belakang. Bersendirian. Bukan tak mahu ikut serta dengan yang lain. Tapi, aku sedang belajar apa itu erti isolasi. Dan sedang mengelak dari sesuatu.

Pembelajaran tambahan itu diteruskan seperti biasa. Sebaik kelas tamat, aku hanya menghantar langkah yang lain keluar dari ruang belajar itu. Tunggu dah reda sedikit baru aku keluar. Malas nak bersesak dekat pintu.

Dan, saat itu aku didekati seorang pelajar perempuan. Aku kenal dia. Salah seorang ahli MPP (Majlis Perwakilan Pelajar). Dia pun kenal aku sebab aku salah seorang daripada ahli MPP juga.

"Kak Iffat, nak tanya boleh?"

Aku diam seketika sebelum mengangguk kecil. Suara aku emas. Faham-faham sajalah.

"Kenapa Kak Iffat ambil SPM lewat?"

Aku diam. Menahan rasa. Inilah 'sesuatu' yang aku maksudkan itu. Soalan yang aku tak suka.

Kenapa ambil SPM lewat?

Boleh tak jangan tanya? Diam je!

.
.
.
.
Kata orang, sebenci apapun kita pada jalan hidup kita sekarang, tetap juga harus ditempuhi. Dan itulah yang aku sedang lakukan. Terus menempuhi jalan hidup yang aku...

Seperti yang pernah aku katakan, tiada yang berubah dalam hidupku. Pagi, pergi sekolah. Petang, balik. Malam, ulang kaji. Dan itulah rutin yang aku ulangi. Entah sampai bila.

"Zahra, tolong semak bacaan aku, boleh?" Pintaku pada rakan sebilikku sebaik selesai menunaikan solat maghrib.

Dia mengangguk kecil seraya menyambut huluran al-Quran terjemahan dari aku.

"Surah apa?" Tanya Zahra.

"Yaasin dan Al-Waqiah."

Zahra mengangguk sebelum sesi tasmik antara kami bermula. Tak susah untuk mengingati dua surah itu memandangkan Surah Yaasin sudah sering meniti di bibir dan Al-Waqiah pula menjadi surah wajib aku selesai subuh.

Surah kegemaran.

"Bila ujian lisan ni?" Tanya Zahra sebaik kami menghabiskan sesi tasmik. Dia pun mengambil kesempatan untuk mengulang ingat surah-surah yang sudah dihafal.

"Minggu depan, Insha-Allah." Balasku. Telekung masih belum dibuka kerana masih belum isyak.

Ah, sungguh cepat masa berlalu. Mungkin ini tanda-tanda akhir zaman. Waktu berputar tanpa kita sedar. Tahu-tahu sudah di penghujung tahun.

.
.
.
.
Shah Haqqani:
-Awak
-Awakkkk

Dan hampir sepuluh kali perkataan 'awak' dihantar olehnya, yang beza hanyalah bilangan huruf 'K'.

Iffat:
-Ya saya. Kenapa?

Shah Haqqani:
-Nak attention sikit.
-Awak sibuk je sekarang.

Iffat:
-Aduh, tak kena masa awak minta attention.
-Phone saya battery low.
-Saya nak charge phone dulu, nanti saya mesej awak.

Dan aku tahu dia terasa hati dengan aku bila dia sekadar membalas 'OK'. Aku matikan data dan sambung wayar pengecas ke phone.

Shah Haqqani:
-Iffat, are you okay?
-Kenapa lama senyap?
-Serius, saya tak dapat teka apa yang ada dalam kepala awak sekarang, tapi saya harap awak okay.
-Awak boleh share dengan saya, saya selalu ada Iffat.
-Awak diam macam ni buat saya risau, saya ada buat salah ke?

Aku raup muka. Terlalu banyak yang terjadi hingga hubungan kami renggang. Sebab apa? Sebab aku yang memang handal bab bluetick-kan orang. Tak pun palau mesej orang. Maklum saja, spesies baca pesanan dekat bar notifikasi dan balas pakai hati.

Iffat Haqqani (E-book)Where stories live. Discover now