BAB 2

23 3 0
                                        

Peperiksaan percubaan SPM kian mendekat. Itu juga menjadi punca mengapa guru-guru mempersoalkan tentang prestasiku.

Maklum saja. Murid 'lama' tapi otak masih beku dan lembab.

Aku merenung papan putih yang kosong tanpa secalit dakwat. Kelas sudah kosong. Sebaik sahaja mendapat kebenaran pulang, terus berdesup hilang semua.

Walau telingaku menangkap pelbagai suara dari kelas sebelah, bergabung pula dengan bunyi kerusi berseret di lantai kelas. Namun, masih aku merasa sunyi.

Ya, aku sedang sunyi. Dadaku sedang sesak. Kata-kata dari para guru seolah-olah meragut ketenanganku. Aku genggam tangan yang sedikit terketar. Mataku sudah panas. Pandanganku kabur ditutupi bening hangat. Bibir bawah digigit, risau esakanku bakal kedengaran.

Tap!

Setitis air mata jatuh menimpa genggaman tanganku. Aku menekup muka sebelum tangisan kecilku pecah.

Serentak itu kedengaran derap kaki memijak lantai. Pelajar kelas sebelah sudah pulang. Mereka bakal melewati kelas aku. Dan ada kemungkinan mereka akan lihat diriku yang sedang rapuh ini.

Bibir diketap kuat. Air mata pula mengalir. Hangatnya terasa pada pipi. Esakan yang ditahan akhirnya pecah. Bahuku terhinjut-hinjut akibat menangis.

Aku tak kuat.

Aku penat!

"Iffat?"

Aku kejung. Aku benci bila orang nampak aku menangis. Aku benci bila orang tahu aku menangis. Dan sekarang, ada yang nampak aku menangis.

"Kenapa tak balik lagi?" Suara itu lagi. Suara cikgu yang mengajar subjek Sains. Dia baru usai mengajar kelas sebelah pastinya.

Tanganku tetap menekup muka. Tidak mahu sang murabbi melihat wajahku yang sudah lencun. Dari celahan jariku, aku nampak dia sedang berdiri di pintu hadapan kelas. Memandang ke arahku.

"Okay tak tu?" Tanya dia lagi. Aku masih diam. Dan aku yakin, cukuplah dia mendengar esakanku sebagai jawapan. Lama dia berdiri di situ. Seolah sedang menemani aku melayan perasan sebelum dia mempamitkan diri.

"Cikgu balik dulu. Jangan balik lewat sangat." Ujarnya sebelum melangkah pergi. Meninggalkan aku sendiri lagi. Esakanku bertambah sedikit.

"Dah, jangan nangis lagi. Bila kita tak mampu nak kawal emosi kita, syaitan yang akan kawal. Istighfar. Astaghfirullah al-azim..."

Suara itu memujuk. Suara salah seorang murabbi aku. Murabbi pertama yang melihat aku menangis. Dan itu kejadian tahun lepas.

"Astaghfirullah al-azim..." Beberapa kali lafaz itu diucap. Sehingga merasakan diri reda.

Aku perlu berteleku seketika di sini. Menghilangkan kesan tangisan. Kalau aku terus pulang, rakan sebilikku akan melontarkan pelbagai soalan. Bukan kerana menyibuk, tapi prihatin semata.

Shah Haqqani:
-Iffat
-Mana awak?
-Iffat, awak tak balik ke?
-Lewatnya awak balik.
-Iffat, awak okay tak?
-Ishh risaulah dia ni

Aku pandang jam di sudut atas skrin telefon. Sudah menginjak lebih jam 6 petang. Patutlah banyak mesej masuk.

"Lewat kau balik hari ni." Tegur rakan sebilikku. Aku senyum kecil. Badan direbahkan di atas katil. Aku dah solat asar di masjid sekolah sebelum pulang.

"Tadi ada orang call."

Aku angguk kecil. Tahu siapa yang menghubungiku. Tapi biarlah. Aku malas. Risau aku tidak dapat menahan emosi. Emosiku sedang tidak baik-baik saja sekarang.

Nanti, lain yang diinginkan, lain pula yang jadi. Aku malas nak bergaduh.

Ting!

Shah Haqqani:
-Iffat, awak ada masalah ke?
-Diam je hmm
-Awak buat saya risaulah.

Aku mengeluh kecil. Sungguh, sejak akhir-akhir ini aku banyak ghosting dia. Kenapa? Sebab aku 'penat'. Bukan penat dengan dia, tapi penat dengan apa yang terjadi di sekeliling.

Jariku menaip laju, membalas pesanan dia.

Iffat:
-Sorry, baru balik.
-Ada kelas tambahan tadi.
-Lepastu study sikit sebelum balik, tak perasan pula dah petang.

Ringkas dan terus menjawab soalan.

Shah Haqqani:
-Oh, tak apalah. Rehat dulu.
-Malam nanti saya chat.

Iffat:
-Okay

Dan terus aku matikan data. Tidak mahu perbualan kami berlanjutan. Sungguh aku penat. Mungkin kerana menangis tadi.

"Oi, kau okay tak? Asal mata bengkak?" Tanya Syada, salah seorang rakan sebilikku. Serentak dengan itu, yang lain memandang ke arahku.

"Oh, aku okay je. Kenapa?"

Syada menggeleng kecil.

"Kau bijak. Aku yakin kau boleh, Iffat!" Raudhah melontarkan semangat secara tiba-tiba. Aku angguk kecil.

Bijak? Hanya sebab aku di kelas hadapan? Tak! Ramai sahaja yang berada di kelas belakang lebih bijak dariku. Mungkin. Setiap orang ada kelebihan kan?

"Kalau kau nak minta tolong apa-apa, bagitahu kitorang tau." Ujar Zahra. Aku angguk kecil. Oh, walaupun bilik kami mampu memuatkan enam orang, tapi hanya empat orang yang tinggal di dalam bilik ini.

"Tahu. Kalau Addmath dan Akaun aku minta tolong Raudhah. Kalau Bahasa Arab, tiga-tiga aku minta tolong." Aku tersengih memandang mereka.

Mereka menunjukkan muka jengkel. Sungguh itu mata pelajaran yang paling aku lemah.

"Hari ini turn siapa yang masak?" Tanyaku.

"Raudhah dengan aku." Jawab Syada. Aku angguk kecil. Aku tak boleh pair dengan Raudhah. Nanti hancur dapur rumah ni. Maklum saja, banyak ketaksamaan kami dalam memasak.

Dia suka periuk, aku suka kuali. Dia suka plain, aku suka pedas.

Jadi bagi mengelakkan berlakunya peperangan di dapur, kami tak akan berpasangan kecuali jika keadaan mendesak.

"Korang masak apa?"

"Tomyam ayam dan telur dadar. Okay kan?" Aku dan Zahra angguk kecil.

"Tomyam nakpedas!" Aku buat-buat tak nampak jelingan tajam si Raudhah.

Iffat Haqqani (E-book)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang