#sungguhakurindu“Apa yang awak dengar tadi bukan seperti yang awak fikir. Memang kami nak keluar makan bersama. Tapi bukan berdua. Saya nak belanja rakan-rakan sekerja saya makan. Dan untuk pengetahuan awak, saya dah berniat nak beritahu mereka tentang hubungan kita. Tapi sekarang, awak dah rosakkan semuanya!”
Gugur juga air mata Kasih. Bibirnya dikemam kuat menahan sebak.
“Awak baliklah. Kalau awak terus bersikap tak matang, jangan jumpa saya.”
“Awak dah tak cintakan saya ke?”
Soalan Kasih membuatkan Darwish bertambah marah.
“See! Awak dah mula fikir yang bukan-bukan. Kalau awak dah tak percayakan saya, lebih baik kita tak teruskan lagi hubungan kita.”
Terundur kaki Kasih ke belakang. Perkataan yang baru keluar dari mulut lelaki itu umpama mimpi ngeri buat Kasih.
Darwish yang baru tersedar, segera beristighfar. Wajahnya diraup kasar.
“Sorry, awak. Saya…”
“No… memang itu yang patut kita buat dari dulu.”
“Kasih…”
“Kita putus! Saya dah tak nak teruskan lagi. Saya dah tak nak sakit…”
Darwish dah gelabah. Dia cuba menghampiri gadis itu tapi Kasih terus mengelak.
“Saya dah lama tahu awak tak pernah bersedia untuk jadikan saya isteri. Saya tahu.
Kaku tubuh lelaki itu.
“Tapi sebab saya terlalu sayangkan awak, saya bertindak pentingkan diri sendiri. Saya tak nak awak pergi jauh dari saya.”
Hampir pitam Darwish mendengarnya. Takkanlah…
“Saya dengar semuanya. Apa yang awak cakap dengan Abang Aidan, saya dah dengar. Semuanya…”
Allah…
Darwish rasa nak hentak kepalanya ke dinding. Patutlah sikap gadis ini terlalu ketara selepas mereka bertunang.
“Dan hari ni awak dah buktikan kepada saya, yang awak tak pernah bersedia untuk jadikan saya isteri.”
“No. Dengar dulu sayang…”
“Tak perlu. Saya tak nak dengar apa-apa. Saya nak balik.”
Tangan Kasih dipegang kemas. Tak mungkin Darwish biarkan gadis itu pulang dalam keadaan begini.
“I’m sorry. Dengar dulu apa yang saya nak cakap.”
“Tolonglah. Saya dah tak boleh dengar apa-apa lagi. Saya nak balik. Saya dah cukup penat bertahan selama beberapa bulan ni.”
Luluh hati Darwish.
“Tolong jangan buat saya bencikan awak. Lepaskan tangan saya sekarang.”
Perlahan-lahan dia lepaskan tangan Kasih.🥺
Penat kan pura-pura di hadapan lelaki yang tak nak kahwin dengan kita 👉👈
YOU ARE READING
Sungguh Aku Rindu ( spin off dari Rindu Yang Terpendam )
RomancePra tempahan sehingga 2/4/2023