Teaser 10

152 11 0
                                    

“Awak yakin ke dapat berikan suami saya anak?”

Serentak mereka berdua menoleh ke arah Kasih. Pucat wajah Darwish.

“Sayang…” Darwish bergegas mendekati isterinya.

“Siapa nama awak?” Atas bawah Kasih menilik penampilan gadis itu. Sengaja dia bertanya walaupun dia masih ingat nama wanita itu.

“Zira.”

“Ooo… Zira. Ini kali kedua kita berjumpa. Kali pertama kita berjumpa, saya dah dapat agak yang awak memang sukakan suami saya. Awak masih kenal saya?”

Zira mengangguk sedikit. Selangkah Kasih mendekati wanita itu. Darwish sudah gelisah. Janganlah isteri dan rakan sekerjanya bergaduh di sini.

“Awak belum jawab lagi soalan saya. Kalau saya benarkan awak berkahwin dengan suami saya, awak yakin dapat mengandung?”

Tercengang Darwish. Lengan isterinya diraih.

“Sayang cakap apa ni?”

Kasih tak hiraukan Darwish. Anak matanya masih tepat merenung wajah Zira.

“Saya yakin mampu berikan Syakil zuriat. Saya ada seorang anak hasil dari perkahwinan sebelum ini. Umur anak saya sekarang dah empat tahun.” Zira tayang senyuman bangga.

Air muka Kasih berubah mendadak.

“Awak…”

“Saya dah lama bercerai. Hampir tiga tahun yang lepas. Saya tak kisah jadi isteri kedua Syakil.”

Lemah kedua lutut Kasih. Berani betul Zira menawarkan diri sebagai isteri kedua.

“Kita sama-sama perempuan. Jangan sakitkan hati kaum sendiri hanya disebabkan perasaan yang wujud di hati awak. Masih ramai lagi lelaki bujang di luar sana. Tapi kenapa suami saya juga yang awak pilih? Atau awak dah terdesak sangat untuk berkahwin?”

Terus berubah wajah Zira. Tercabar egonya dengan kata-kata Kasih.

“Sebab dia tak sama seperti lelaki lain. Syakil lelaki yang saya impikan untuk hidup bersama. Tapi disebabkan awak, saya terpaksa lupakan dia.” Zira semakin berani.

😬

Sudahhhhh... Adakah Zira ni masa lalu Darwish👉👈

Last day hari ni untuk preorder. Lepas ni kak dah tak ambil tempahan. Sila berhubung dengan penerbit selepas tarikh tempahan tamat. Buku ni dicetak ikut permintaan. Buku dah habis, boleh beli ebook ya ❤️

Yang tanya bila dapat file SAR? Rasanya kak dah beritahu banyak kali. File SAR hanya diedar selepas buku SAR siap dicetak dan dipos. Semuanya bergantung kepada penerbit. Tq yang dah buat tempahan melalui MA. Kak target 150 orang Aje. Tak sangka lebih 200+. Rezeki di bulan Ramadan 🤩

Sungguh Aku Rindu ( spin off dari Rindu Yang Terpendam )Where stories live. Discover now