Bab 29

496 17 1
                                    

"Ini teruk" Shadow menongkat dagunya.

3 manusia sedang duduk bersama di meja. Nazira, Candy dan Shadow.

Candy mengangguk. "Sekarang kita tahu dia bukan sembarangan orang, jual organ, dadah, terrorist, semua tu si General"

Jarinya masih kaku di papan kekunci laptop.

"Since dia ada kuasa and selalu aktif dalam politik, nak diamkan mulut pihak berkuasa tu senang je bagi dia" giliran Nazira membalas.

Nazira memalingkan muka pada Shadow. "Banyak ke yang kau tahu, tapi aku tak tahu lagi?"

Shadow menggeleng perlahan. "Aku macam kau. Baru je tahu kenapa dia perlukan Faiz untuk completekan blueprint"

"Kalau ada pun benda yang aku tahu tapi kau belum, mungkin seberapa berharganya Aryan sekarang ni. Dia kunci untuk General tarik Faiz"

"Apa kata kita minta Faiz tu selesaikan je blueprint dengan kita?"

Kening Nazira terangkat. "Kau gila? diorang akan track kita and bunuh kita sebelum sempat start lagi. Plus, kalau nak buat dari sini, susah, barang tak cukup"

Candy mengeluh. "Guys, listen, kita still tak ada apa lagi nak tawar ganti blueprint tapi yang pasti, kita tak boleh terus lawan General"

Candy bermain dengan stylus pen dengan memusingkannya. "Tapi, ada benda yang aku asyik terfikir"

"Apa dia?"

"CCTV masa dekat sana"

********

"Mice, tepi tepi!" Candy membawa banyak makanan ke atas. Di mulutnya juga penuh. Nazira menggeleng, Candy pasti mahu mengunci dirinya lagi dalam bilik.

Nazira turun ke tingkat 2. Habis saja rangka plan, Shadow buat keputusan untuk terbang ke luar negara atas sebab tertentu.

Profesor Faiz juga tak ada, dia di hospital, melawat Prof laij yang satu fakulti.

Dia berjalan ke arah tingkap besar. "Aku sorang-sorang?" Nazira berfikir sendirian.

Splashhh!

Tentu saja tidak. Dia lupa. Ada lagi sorang. Nazira membuka tingkap itu dan menjenguk ke bawah.

Aryan sedang berenang di kolam. Tidak berbaju, dan hanya berseluar. Nazira tahan mukanya.

"Sa-sangat bahaya"

Ketika lelaki itu sedang mengapungkan diri, matanya bertemu mata Nazira.

"Honey, tak nak turun ke?"

"Me? Why should I?" Honey?! sejak menjak ini, sensitif betul dia dengan panggilan tu. Dadanya terasa kembang. Pipinya terasa memanas.

Aryan senyum sipi. "Yah, tak selesa kalau ada orang tenung dari atas. Apa kata turun sekali? tapi kalau awak malu, tak apa!" dia naik dan sekadar duduk di tepi kolam.

"Hah? siapa kata saya malu?" Nazira kemudian laju berlari ke bawah. Ida menapak perlahan ke kolam.

Aryan sengih. Dia berdiri sambil mendepakan tangannya. "Ew, siapa nak peluk awa-"

Tiba-tiba muka Aryan berubah. Dia tergelincir dan terjatuh ke dalam kolam. Apalagi, paniklah Nazira.

"Aryan!!" Dia laju cuba tarik Aryan. Namun tangannya tidak kesampaian.

Malah, bajunya pula yang ditarik. Nazira jatuh ke dalam kolam bersama Aryan.

Ketika Nazira membuka mata, Aryan sudah tersenyum. Nazira terkedu.

'See? Nazira? You worried about me, Honey'

Ketika itu, barulah Nazira sedar. Dia dipermainkan. Dia ingin marah, namun mereka sedang berada di dalam air. Blubb..

Mice [✓]Where stories live. Discover now