Bab 22

472 13 0
                                    

Bangg!

Satu das peluru dilepaskan tepat mengenai titik sasaran. Dia melepaskan nafas.

" Perfect Score again. Tahniah Nazira. Uncle rasa Nazira dah boleh start misi luar " Lelaki tua itu menghulurkan beberapa kertas tebal.

"Kita dapat permintaan dari Bosnia. Bunuh pengkhianat"

"Goodluck on your first mission" senyumnya dengan pandangan puas.

Nazira mengangguk faham.

Sejak dari itu, dia mula menjalankan pelbagai misi yang diberi. Bermula dari menembak sehingga membunuh orang. Tidak pernah sekali dia gagal dalam misi.

Tak ada sekali pun dia menyoal mengapa dan kenapa kepada Uncle. Dia percaya sepenuhnya kepada lelaki itu. Dia percaya lelaki itu adalah satu-satunya darah sedaging yang dia ada.

Walaupun hampir diletupkan bom, walaupun banyak kali ditusuk, tak ada sekalipun dia meragukan lelaki itu.

Lelaki yang dianggap sebagai darah dagingnya sendiri bangga akan Nazira. Setiap kali dia selesaikan misi, dia akan dihujani pelbagai pujian dan senyum bangga si Uncle.

Ketika dia duduk, Uncle menghulurkan tangan sambil senyum bangga. "Now youre our best agent, Mice. Congrats! "

Nazira mendongakkan kepalanya. Tangan yang dihulur dipandang lama. Nazira terus mencapai tangan yang sudah mula menunjukkan seribu lipatan itu.

Tiba-tiba tempat dia duduk mulai retak. Nazira terkejut. Dia jatuh. Seolah-olah dia berada di atas kaca yang sudah lama menanti retak.

Dia terpinga-pinga.

"Aku jatuh.."

"Aku akan jatuh.."

Nazira menutup mata. Tiba-tiba sepasang tangan menahannya daripada jatuh. Dia membuka sebelah matanya.

Sosok tubuh lelaki tanpa muka sedang memegang erat tapak tangannya.

"..Siapa..? " tanya Nazira. Namun tiada balasan. Lelaki itu masih berusaha menarik dirinya. Penuh usaha.

"Nazira!"

Badannya yang tadi sedang bergayut menunggu jatuh kini berada di atas katil. Matanya terbuka luas. Dia sedang berbaring sambil diselimuti.

Seluruh tubuhnya berasa sejuk selain tapak tangan kanan. Dahi Nazira berkerut. Tangan kanan?

Dia memusingkan kepalanya kearah kanan. Lelaki yang amat dikenalinya sedang tidur di atas kerusi putih. Tangan besarnya memegang erat tangan kanan Nazira.

'Aryan?' hatinya monolog sendiri.

'Aryan, selamatkan aku?'

Nazira mengambil kesempatan ini untuk merenung ke arah wajah tampan itu. Dengan alis tebal, wajah penuh maskulin.

Sekejap-kejap dahi lelaki itu berkerut. Nazira mengangkat tangan kanannya ingin menyentuh dahi si Aryan. Baru sahaja hendak beralih, tiba-tiba tangannya dicengkam laju.

Mahu tidak terkejut gadis ini. Perlahan-lahan Aryan membuka matanya dan merenung muka Nazira.

Nazira terdiam. Melihatkan riak muka Aryan yang serius membuatkan dirinya tidak berani mengajukan sebarang soalan.

"..12 jam dari Malaysia ke Los Angeles. Lepastu, 5 jam untuk ke Honduras. Daripada kereta, ke kapal terbang, hingga helikopter, sampai naik bot. Awak nak tahu apa yang saya tertanya sepanjang masa tu? " tanya Aryan.

"...." tiada balasan daripada mulut Nazira.

"Saya fikir, apa yang patut saya buat dekat awak, apa yang patut saya cakap dekat awak bila saya jumpa awak balik. Patut tak saya ikat awak? patut tak saya marah awak? bila terfikir awak tinggalkan saya macamtu je, saya rasa saya patut ikat awak dan marah awak " luah Aryan. Dadanya sesak tapi gembira pada masa yang sama. Sesak dengan rindu.

"Atau.. saya patut peluk awak, pegang awak kuat-kuat. Biar awak tak boleh lari daripada saya dah "

Aryan memejamkan matanya. Dia menarik nafas dan menghembuskannya kembali.

"Saya nak buat dua-dua. "

"Tapi, here you are. Buat saya tak mampu nak buat salah satu pun" senyum Aryan. "Baby, thats so unfair. Tak adil tahu?"

Tangannya masih memegang erat tangan Nazira dan diusap perlahan.

Nazira langsung menepis tangan Aryan dan berpaling arah. Dia menghadapkan badannya ke kiri. "Aryan, kenapa awak datang sini? awak tak perlu datang ke tempat yang tak sepatutnya awak jejak kaki"

"Saya dah cakap, balik" tegas Nazira dalam nada rendah.

"And you? awak cakap ni tempat untuk awak? dengan kena teruk belasah macam ni? awak ingat saya boleh terima ke? "

Nazira terus bangun dari pembaringan. "Kenapa awak nak kisah sangat? Benda tu pun tak mudah untuk saya?" suaranya sedikit baik.

Tiba-tiba dadanya sakit. Dia batuk. Tangannya menyentuh dada. Sakit. Rasanya seperti mencucuk-cucuk. 'Aku sakit dah berapa hari ?'

Aryan terus menyentuh badan Nazira. "Jangan bergerak sangat. Doktor cakap tulang rusuk awak ada yang patah"

"Aryan. Keluar" ringkas tapi tegas. Aryan menggigit bibirnya sendiri. Namun, dia masih menurut. Dia keluar daripada bilik itu.

'Nazira.. tak adil. Awak biarkan orang lain masuk. Awak biarkan semua orang rapat dengan awak, kecuali saya'

Dia duduk ditepi pintu bilik. Seperti anak kecil yang menunggu emaknya.

*****

"Aryan"

Aryan mendongakkan kepalanya. Muncul sosok ayahnya dengan riak serius.

"Let's talk. Papa akan terangkan semuanya. Bagi papa peluang. Sementara kita ada masa" tangannya menggenggam kuat.

"Aryan rasa Aryan dah sebut dengan jelas dan terang dah. Apa-apapun sebab dan penjelasan, Papa takperlu terangkan dekat Aryan. I don't need those thing" Aryan bangun daripada tempat duduknya.

"But, Aryan ucap terima kasihlah sebab bagitahu pasal Nazira. Or else, she could be worsen"  bayangnya hilang.

Daripada atas, Philip hanya menghirup airnya. Dia menggeleng kepalanya sendiri.

"Oh my, bila lah master nak balik. Ada drama best untuk ditengok ni"

****
2 hari berlalu.

Suasana tegang di meja makan antara Nazira, Aryan dan Faiz. Sebenarnya Faiz Arnande tidak terlibat, namun melihatkan anaknya dan kekasih sedang bergaduh, dia turut berdiam diri.

"Ehem, Encik Faiz, maaf ganggu masa makan kita, tapi saya dah sediakan bot tengahari ni. Boleh minta tolong bagitahu orang sebelah encik tu untuk balik ke Malaysia lepas makan ni? " ujar Nazira sambil menyuapkan makanan kedalam mulutnya.

'Oh? macam ni ke nak main, Nazira?' Aryan mulai merasa jengkel. Apatah lagi sepanjang dia berada disini, dia belum lagi sempat berjumpa Nazira.

"Papa, bagitahu orang sebelah, Aryan takkan balik Malaysia. Minta dia sekali tolong berhenti paksa orang balik sebab benda tu buang masa je" balasnya.

Nazira mengerling balas. "Encik Faiz, bagitahu dia, bot tu dah ditempah dah pun"

"Papa, bagitahu balik, tak kira berapa juta bot dia hantar, Aryan takkan balik Malaysia"

Nazira sudah tidak mampu menahan diri. Dia terus menepuk meja. "Apa kena dengan awak ni?! pergilah balik Malaysia, wahai CEO terkemuka"

"Pertama-tama sekali, im not longer a CEO, so stop. Kedua, awak tak boleh tentukan sama ada saya nak stay or balik"

"Awak tak ada hak dekat sini"

"Siapaa kata?"

"Philip, saya naik dulu" ujar Encik Faiz yang sudah bangun awal dari kerusi. Philip mengangguk sambil tersenyum. "Baik"

Mice [✓]Where stories live. Discover now