Bab 18

457 17 2
                                    

Aryan berjalan melepasi bangunan kerjanya. Tangannya diseluk ke dalam seluar. Sudah 2 bulan sejak Nazira meninggalkannya. Tanpa khabar, tanpa kesan, tanpa jejak. Hari berganti hari.

'Hey Nazira, semua tu bohong ke? yang awak senyum, ketawa. Saya berhalusinasi? Hey, Nazira..'

'Ha! aku pun tak sanggup nak jawab soalan sendiri. Seolah-olah benda tu tak pernah wujud?'

Tanpa dia sedari, matanya mula berkaca. Perlahan-lahan air matanya jatuh menuruni pipi.

****

"Aryan, kau dah gila ke?! " jerit Lim tepat di mukanya. Turun naik dada wanita itu.

"No, Im not" balas Aryan. Lim yang berdiri di hadapan mejanya saat ini dipandang kosong.

"Ambil cuti. Aku tak kisah. Ambillah cuti berbulan. Lepas bertahun kau belajar, dan kau nak tutup syarikat macam tu je?! " geram Lim. Dia tahu Aryan sedang bukan dalam kondisi baik. Otaknya serabut, jiwanya hilang, bahkan penampilannya seperti orang yang tidak cukup tidur.

Lim menghentak meja. "Aryan. Kau serius ke nak menghilang macam tu"

"Fine, kau take cover syarikat aku" Aryan ringkas menjawab. Dia bingkas daripada kerusi. "Sebab aku tak tahu bila aku balik, ataupun, adakah aku akan balik"

"Thankyou, Lim"

Dia terus menonong keluar daripada bilik officenya sendiri.

Di luar bilik, seorang wanita menghampirinya. Walaupun tak begitu ingat siapa, Aryan tahu dia adalah pekerja.

"Boss, betul ke boss nak pergi?" ucapnya sayu.

"Yes"

"Bos tahu tak bos mengarut je sekarang ni? Nanti bos menyesal.. dengarlah cakap Miss Lim.. Bos tak faham ke buat-buat tak faham?" mukanya sudah ingin menangis. Dia menggapai tapak tangan Aryan.

Aryan menolak dan berjalan. Ketika berada tepat di sebelah bahu wanita itu, dia berkata

"I do, but I know I will regret it even more if I don't go after her now"

Wanita itu menggigit bibirnya. "Apa yang spesial sangat perempuan tu?! bos sedar tak dia merosakkan bos? bos tak pernah macam ni tau bos" Dia kembali mengejar langkah Aryan.

"Tak ada satu pun benda dekat sini yang bermakna buat bos?! kami? Miss Lim, Sir Syed?! "

Kaki Aryan terhenti. Dia menjeling tajam. Wanita itu terus menunduk.

"Don't cross the line"

"Bukan tak bermakna, tapi saya jumpa benda yang lagi bermakna. Awak pun akan jumpa satu hari nanti. Well, goodluck for work"

Aryan terus melangkah laju. Kali ini, wanita itu tak mengejarnya. Dia sekadar berdiri sambil menundukkan kepalanya. Sudah sedar akan dirinya yang melampau. Sedangkan itu adalah bosnya sendiri. Siapa dia hendak mencampuri urusan lelaki itu. Pangkat dan darjat jauh berbeza.

Cuma, dia tidak boleh menerima jika ada wanita lain yang bahkan dia tidak tahu siapa, memiliki sekeping hati lelaki itu.

****

Aryan melepaskan keluh sambil duduk di kerusi. Dia sekarang sedang berada di lapangan terbang.

Skrin telefonnya diteliti. 'Hm.. easy investment. At least aku kena start dulu dari somewhere'

Dia bangun apabila menerima panggilan. 'She should be there..'

'Nazira, you must be there. I will come to pick you'

****
1 Bulan kemudian..

Motor Shadow laju membelah angin. Dia memecut dengan kelajuan penuh. Risau di dadanya. Dalam sedang fokus memandu motorsikalnya, mulutnya terjerit-jerit

Mice [✓]Where stories live. Discover now