Cahaya memasuki ruang mata. Pandangan masih kabur. Jarinya digerakkan sedikit.
Badannya berasa lemah. Dia menoleh ke samping selepas kelopak mata berkelip sekali. Satu figura menyapa mata.
"Charisa..." Lembut suara itu memanggil. Tangannya memegang lengan Charisa membantu wanita itu duduk.
Tajam anak mata hitam mencerlung lelaki di sebelah. Senyuman yang memberi keselesaan. Dia jatuh pada senyuman itu.
Rambut ditolak ke belakang. Otaknya masih bekerja untuk menangkap apa yang sedang terjadi. Charisa menunduk.
Dia sedang berada di atas katil hospital sekarang. Saluran di tangan menghadkan pergerakan. Charisa kembali memandang Noah.
"Kau buat apa dekat sini?"
"Teman kau. Kau tak perlu tahu apa yang terjadi semalam. Rest, okay?"
Charisa terdiam tatkala merasa sesuatu yang hangat naik ke pipinya. Tangan Noah ditangkap pantas. "Semua orang tunggu kau bangun. Papa nak datang nanti."
"Dengan aunty Marissa?" Charisa mula tenang. Noah mengusap pipi pucat itu lembut.
"Siapa?" Suara berat Noah menyapa gegendang telinga Charisa selepas suasana sunyi beberapa ketika.
"Bakal isteri papa..." Perlahan sehingga hampir tidak dapat didengari. Dadanya sesak kembali mengingat makan malamnya bersama Tuan Chris.
"Charisa. Tengok aku." Satu lagi tangan naik memegang pipi wanita yang dicintainya. Noah senyum lagi.
"It's okay kalau papa nak kahwin lagi. Kau ada aku, kan?" Charisa menepis perlahan tangan Noah. Nafas dilepaskan susah.
Mata dipejam sebelum iris hitam miliknya kembali bertembung dengan Noah. Secepat itu dia lupa tentang pergaduhan mereka?
"Kau tak ingat apa yang jadi dekat restoran? Kita dah tak ada apa-apa."
Deg!
Jantung Charisa berdegup kencang selepas mengucapkan itu. Pandangan terhadap Noah berubah kosong.
"Kita mulakan balik. Kau ingat aku pernah cakap yang kau pengakhiran aku? Kau pergi, aku mati." Noah mengambil tangan kecil Charisa.
Charisa beku. Dia masih belum sempat membalas dan bunyi pintu wad VIP terbuka. Seorang lelaki berusia masuk dengan membawa sesuatu di belakangnya.
"Noah. Macam mana dengan Charisa?" Tuan Chris meletakkan sesuatu di atas meja.
"Dia yang papa tegur dulu? Sky?" Charisa mula tarik muka. Sengaja dia mahu mengenakan papanya. Terus hilang wajah dingin tadi.
Tuan Chris ketawa. "Sorry. Papa ada kerja dekat pejabat tadi. Tak dapat temankan kamu."
Charisa mengangguk faham. Dia menoleh ke samping melihat apa yang papanya letak di atas meja. Chocolate!
Terus bersinar matanya. Noah yang melihat sesi pertengkaran kecil itu hanya tersengih. Dia bermain dengan jari Charisa.
"Kamu rasa, papa dengan aunty Marissa macam mana?" Dua sudut bibir Tuan Chris naik ke atas. Melebar.
"Macam friendzone versi duda dengan janda." Selamba sahaja jawaban yang diberikan Charisa.
"Ada-ada je kamu ni. Aunty Marissa ucapkan 'get well soon' untuk kamu. Dia tak dapat datang."
"Hm. Kena... Auch!" Charisa membesarkan anak mata pada Noah yang baru sahaja mencubit lembut perut rampingnya.
Tuan Chris hanya menggeleng. Noah tertawa kecil berjaya menggangu Charisa. Dia kemudian menggeletek tangan Charisa yang berada di dalam pegangannya.
"Aunty Marissa pergi jemput Melisa." Tuan Chris tetap menjawab walaupun tahu dia diabaikan.
Pasangan itu sibuk. Noah sibuk mengacau Charisa. Wanita itu pula hanya mampu menggigit bibir menahan jeritan kerana tidak dapat lepaskan diri dari Noah.
"Melisa? Siapa?" Charisa menampar tangan Noah.
"Anak aunty Marissa. Bakal adik tiri kamu." Tuan Chris mencapai manisan yang dia letak atas meja.
Deg!
Jantung Charisa berhenti berdegup. Noah menghentikan perbuatannya. Faham keadaan Charisa yang terkejut dia akan memiliki ahli keluarga baru.
"Jemput dekat mana?" Ada getaran di dalam suara Charisa. Tangan berurat Noah naik mengusap belakang kekasihnya.
"Airport. Melisa muda setahun dari kamu," balas lelaki berusia itu. Bungkusan chocolate dibuka dan satu bar disuap ke dalam mulut Charisa.
Charisa memasang riak wajah biasa. Selagi perkara itu tidak mengganggu hidupnya, dia tiada masalah.
Ini permulaannya. Tiada lagi Charisa lama yang lemah. Hanya ada Sky Charisa Chris.
Into Darkness
YOU ARE READING
Charisa's World
RomanceTakdir yang berbeza bagi setiap manusia Takdir Charisa? Untuk kembali bersama lelaki yang dulu pernah mencipta luka di hati. Kenapa di saat dia cuba melupakan, Noah kembali datang memberi cinta? Masa lalunya dan Noah kembali menghantui diri. Peluang...