Model

10 0 0
                                    

Sentuhan berus pemerah pipi di pipi gebunya membuatkan Charisa berasa geli. Pipinya lembut dan senang merah.

Jurusolek kemudian memakaikan pemerah bibir berwarna cerah. Charisa mengemam bibir perlahan sambil menilik wajah di cermin.

Semburan untuk membuat solekan tahan lama disembur ke wajah. Rambut diikat tinggi dihiasi dengan cucuk sanggul mahal.

Charisa nampak seperti wanita bangsawan zaman dahulu yang anggun mengenakan gaun merah labuh. Ikatan hiasan di pinggang agak ketat namun dia masih boleh bernafas.

Kasut tumit tinggi lima inci dipakai. Pengurusnya, Puan Lia masuk ke dalam ruangan dengan telefon bimbit di tangan.

"Kamu dah siap?" Charisa mengangguk. Dia bangun sambil mengangkat sedikit gaun merah hingga ke paras buku lali.

Dia harus menjaga gaun yang ditaja oleh butik ternama di negara ini. Tema sesi penggambaran hari ini ialah alam semula jadi.

Namun, mereka melakukan penggambaran di studio kerana jika mengambil gambar di hutan akan memakan kos yang banyak. Jadi, Charisa perlu kreatif untuk menampakkan gaun merah dengan hiasan bunga kecil ini nampak hidup.

"Get ready!"

Semua orang mengambil kedudukan. Wajah Charisa tidak kelihatan kaku kerana dia sudah lama di dalam bidang ini.

Penat? Ya. Masih ada beberapa lagi gaun yang harus dipakai nanti. Charisa berdiri membuat gaya sambil memegang rama-rama. Hiasan latar di belakang adalah pemandangan hutan.

Charisa tidak kering idea untuk membuat gaya. Dia terlihat seperti puteri bunian yang bersatu dengan hutan sebagai latar.

"Very good." Puan Lia bertepuk tangan. Jurugambar masih tidak berhenti mengambil gambar Charisa dengan gaun hijau muda dari pelbagai sudut.

"Enough! Take five."

Charisa menghela nafas panjang. Dia membalas pujian yang dilontarkan setiap orang kepadanya. Bibir dipaksa mengukir senyuman.

"You did a great job, Miss Charisa." Sebotol air mineral dihulur kepada Charisa. Penutup dibuka sebelum diteguk perlahan.

"Thanks," ucapnya lembut. Jurusolek datang untuk memperbaiki solekan sebelum penggambaran seterusnya bermula.

Tisu dibawa ke wajah mengelap peluh. Satu lagi lapisan bedak ditambah. Awalnya, Charisa sudah meminta solekan yang tidak tebal untuk menampakkan kesan natural sesuai dengan tema hari ini.

"Jadual cik untuk minggu depan masih kosong. Saya akan maklumkan kalau ada apa-apa perubahan." Puan Lia melirik fail yang sedang dipegang.

Charisa menutup kembali botol minuman lalu diletakkan di atas bangku. Belum sempat dia menyusun langkah, panggilan dari pengurusnya menarik perhatian.

"Bagi saya masa." Charisa berdiri di sudut ruangan untuk menjawab panggilan. Nama pemanggil ditatap lama.

"Ya? Hi, pa."

"Afternoon, dear. Dah habis kerja?"

"Belum. Petang nanti baru Sky balik. Papa nak Sky singgah rumah dulu?"

"Boleh juga. Kamu dah makan? Kalau belum, boleh makan dekat restoran nanti."

"Sky dah lunch tadi. Papa saja telefon atau nak kirim sesuatu nanti?"

Charisa melirik sekilas ke arah Puan Lia yang sedang bersembang dengan jurugambar. Lama baru Tuan Chris membalas.

"Papa nak susahkan kamu boleh?"

Deg!

"Tak ada ayat yang sopan lagi? Macam tak biasa pula papa ni."

"Kamu cakap macam papa selalu susahkan kamu pula. Gila-gila betul kamu ni."

"Gurau. Cepatlah, pa. Sky nak kena ambil gambar lagi nanti lepas tu nak tukar baju."

"Boleh tak kamu ambil Melisa dekat universiti dia? Papa tahu kamu tak rapat."

Charisa menggigit bibir. "Well, not a big deal. Nanti papa hantar lokasi. Sky nak kena pergi dah ni."

"Papa hantar nombor dia. Thanks."

Charisa terus menutup panggilan dan bergegas ke ruang utama studio. Dia membetulkan hiasan di kepala.

•DIFFERENT PAST•

Langkah dipercepatkan. Dahi ditepuk perlahan. Cawan kopi dipegang kuat, nanti tumpah pula. Satu lagi masalah.

Pintu kereta biru gelap dibuka. Sempat dia berperang di dalam fikiran dan bekukan masa sama ada nak duduk di depan atau belakang.

"Maaf lambat, kak." Melisa menolak rambut perangnya ke belakang. Blazer yang dipakai sedikit berayun dan kembali dikemaskan.

"Hm." Charisa menekan minyak. Rasa kekok dengan panggilan yang diberikan.

Melisa ceria. Mudah rapat dengan sesiapa yang baru dikenali. Rambutnya berwarna perang cantik. Gaya perempuannya terserlah pada gaya pemakaian.

"Dah lama tunggu?" Melisa sisip kopi sedikit. Bahu diurut perlahan. Penat asyik menghadap kanvas sahaja sepanjang kelas di dewan tadi. Namun, dia tidak kisah. Itu yang dia suka lakukan.

"Kau rasa? Baru sampai." Charisa membalas bersahaja. Terdengar Melisa ketawa kecil. Ada juga yang kena tendang keluar kereta nanti.

"Kau ambil course apa?" soal Charisa mengerling Melisa sekilas. Orang di sebelah terlihat sedang memandang lurus ke hadapan. Dah lama tak balik negara asal.

"Designer." Mulut Charisa terbuka sedikit, takjub. Namun, cepat-cepat ditutup kembali. Melisa bertanya soalan yang sama.

Kereta berhenti di lampu isyarat. Kalau boleh, semua jalan yang dia lalu mesti ada lampu isyarat. Bertambah sesak jalan raya yang memang sibuk.

"Screen writing." Melisa bertepuk tangan.

"Kau nak jadi pustakawan ke?" Badan Charisa yang bersandar menunggu lampu isyarat bertukar tersentak sedikit.

Dijeling Melisa lama. "Nak jadi penunggu dekat perpustakaan tu."

"Kak Cha ni kelakarlah!" Melisa tutup mulut yang ingin melepaskan tawa. Charisa tarik senyum dalam diam. Dia pandai melawak juga rupanya.

"Kak Cha?"

Lampu berubah warna.

"Chayang." Melisa hirup kopi hingga habis. Hampir tersembur semula selepas teringat kembali jawabannya tadi.

"Diam sebelum aku koyak mulut kau."

Riak wajah Charisa berubah dingin. Meremang pula dia jadinya. Lain pula dengan Melisa yang nampak selesa bersamanya.

"Kalau koyak, macam mana nak tutup?"

Deg!

Memang ada yang kena tendang keluar kereta nanti. Jelingan tajam yang diterima membuat Melisa terdiam seribu bahasa.

Cepatlah sampai rumah. Dah macam apa rupa berkerut tak selesa Charisa. Melisa? Jauh dari kata terseksa. Dia dah tidur dulu sebelum sampai rumah.

Ikut hati, dia tinggal saja di tepi jalan.

Sweet

Charisa's WorldWhere stories live. Discover now