Hujung baju ditarik supaya terlihat lebih kemas. Baju kain satin putih menambahkan kecantikan wanita berambut hitam itu.
"Papa pergi jumpa Aunty Marissa."
Charisa menapak turun tangga dengan berhati-hati. Jejaka yang berdiri di hujung tangga mencebik sinis.
"Jangan cakap pasal orang-orang tak penting," kata Sean. Nada suaranya berubah dingin secara tiba-tiba.
"Tak habis-habis kau ni." Charisa mencapai kunci rumahnya sebelum menolak Sean keluar dari rumah. Pintu dikunci.
"Buat apa peduli dekat orang yang dah bahagia? Tak ada makna." Sean memasukkan tangannya ke dalam poket seluar.
Jejaka tinggi itu memakai seluar jean yang dipadankan dengan baju hitam dan jaket kulit sebagai baju luar.
"Kau bawa." Kunci kereta dilempar dan disambut secara spontan oleh Sean.
"Duduk depan woi! Aku bukan driver kau!"
Charisa menghiraukan Sean. Cermin mata berbentuk bulat dipakai. Pipi gebunya hari ini hanya dipakaikan sedikit pemerah.
"Sea. Kau dekat mana selama ni?" soal Charisa dengan nada rendah pada Sean yang sedang fokus di jalan raya.
"Benua kelima." Sean membalas tanpa memandang ke arah Charisa yang mula menarik muka. Geram!
Stereng diketuk kuat. Hari cuti seperti ini memang akan terjadi kesesakan jalan raya. Charisa mengajak Sean untuk meluangkan masa bersama. Sean pula hanya ikut saja.
"Kau ada boyfriend?"
Charisa yang baru sahaja ingin membuka penutup botol air mineral yang dibawa terus terhenti. Nasib baik dia belum minum.
"Yeah. Papa restu hubungan aku tau!" Tiba-tiba sahaja perangai budak-budak Charisa keluar. Langsung tiada rasa tidak selesa walaupun sudah beberapa tahun tidak bersua.
"Tch. Menyesal pula aku tanya." Tali pinggang keledar dibuka. Sean bawa tangan berototnya ke belakang kepala sebelum bersandar pada sofa.
Charisa meneguk minuman perlahan. "Bangunkan aku bila dah boleh gerak," ucapnya dengan suara yang mula serak.
"Kau tidur ke tak semalam?" Dia hanya menggeleng melihat perangai abangnya yang seorang ini. Sudah biasa.
Telefon bimbit dikeluarkan dari dalam beg. Orang di sebelah sudah lena dibuai mimpi yang tidak seindah realiti.
Dia mengambil gambar kesesakan jalan raya dan beberapa gambar Sean sedang tidur tanpa sedarkan diri.
Dahi ditepuk perlahan. Charisa baru teringat makan malam hari ini dengan Tuan Chris. Bukan. Tuan Chris dengan keluarga barunya.
Papanya ada memberitahu tahu yang bakal adik tiri Charisa sudah tiba di lapangan terbang semalam.
•DIFFERENT PAST•
Kedudukan beg dikemaskan. Dia berjalan dengan cepat ke arah satu kereta sport yang terletak di hadapan hotel.
Prakkk
Tersentak Charisa tatakala kaki kasut tumit tingginya patah. Kalau patah dua-dua terus lagi baik. Badannya pula hampir melayang ke hadapan.
Satu tangan menahannya. Wajah diangkat memandang Noah yang menangkapnya dari jatuh tadi. Noah menunduk.
Dia menanggalkan kasut Charisa. Charisa dapat rasa dengan jelas tangan Noah yang melingkar di pinggangnya dan badannya yang diangkat.
"Argh!" Satu kata. Noah agresif!
Pintu kereta dibuka. Noah meletakkan Charisa dengan lembut di tempat duduk penumpang. Tangan naik menutup muka yang merah membahang.
Kereta mula memecut keluar dari kawasan hotel. Charisa membaca mesej yang dihantar oleh Tuan Chris yang masih berada di hotel bersama Puan Marissa dan Melisa.
"Jangan buat macam tu lagi boleh tak?" Tangan naik meletakkannya di dada. Noah tertawa kecil. Dia meraih tangan Charisa lalu digenggam.
"Mood tak elok? Hm?" Pandangan Noah masih lurus ke hadapan. Cinta mati pun agak-agaklah. Kalau dia asyik merenung bidadari di sebelah, memang terbabas kereta ini jawabnya.
"Setengah. Setengah lagi okay," balas Charisa perlahan. Dia menunduk.
Kereta berhenti di lampu merah. Langit sudah berubah warna dari jingga berubah gelap. Cahaya bulan dapat dilihat samar.
Noah mengeluarkan telefon bimbitnya. Dia menekan sesuatu di skrin telefon lalu menghalakan ke arah Charisa.
Gambar seekor kucing berbulu lebat. Bulunya cantik berwarna putih seperti dijaga elok. Telinganya naik ke atas.
"Nama dia Milky." Charisa memegang telefon bimbit sambil matanya sibuk menatap kucing gebu di skrin telefon.
"Mana dia sekarang?" Senyuman nipis mula terukir di bibir Charisa. Riak wajah yang tadi beku berubah ceria.
"Aku suruh abang aku jaga. Bukannya aku boleh bagi dekat kau pun. Kau alah bulu kucing, kan?" Noah tarik sudut bibir.
Senyuman seakan-akan mengejek.
"Apa yang kau tahu pasal aku?" Charisa menutup skrin telefon. Bersinar-sinar anak matanya memandang Noah di sebelah.
"Sky Charisa, bakal isteri aku. Kau anak kesayangan. Suka menulis dan membaca. Last, you're mine," ucap Noah mengenyit mata nakal.
"One more fact. Aku ada abang. Sean." Charisa larikan anak mata ke luar tingkap. Melihat pemandangan kota pada waktu malam.
"Huh? Sian? Kesian?"
Bugh!
Tangan Noah ditampar perlahan. Bukan apa. Kalau tampar kuat, nyawa dia juga dalam bahaya kerana lelaki itu sedang memandu.
"Salah sebut. Se-an. Macam kau sebut sea dalam English cuma ada bunyi 'n' dekat belakang," balasnya geram.
"Abang kau belajar dekat luar ke selama ni? Tak pernah tahu pun." Noah mengetuk stereng perlahan. Sengaja bermain-main.
Charisa menggeleng. "Dia lari rumah."
Love
YOU ARE READING
Charisa's World
RomanceTakdir yang berbeza bagi setiap manusia Takdir Charisa? Untuk kembali bersama lelaki yang dulu pernah mencipta luka di hati. Kenapa di saat dia cuba melupakan, Noah kembali datang memberi cinta? Masa lalunya dan Noah kembali menghantui diri. Peluang...