Again?

10 0 0
                                    

Udara dihirup perlahan. Oksigen masuk memberi ruang di dada yang terasa sempit. Pernafasan cuba diatur menjadi biasa.

Pemandangan dari atas bumbung dapat dilihat melalui pandangan mata. Masa seakan-akan berjalan lambat.

Ya. Dia di sini. Melihat dari atas bumbung dengan tatapan kosong. Lebih tepatnya, melarikan diri dari masalah.

"We need to talk." Satu ayat dikeluarkan dengan nada suara yang tidak terlalu tinggi. Pandangan masih lurus ke hadapan.

Tiada balasan.

Wanita yang sedang berdiri bertentangan arah dengannya dipandang lama. Anak mata mereka berbicara dalam diam.

"Aku tak kan lepaskan Noah dengan mudah." Gila. Ya. Charisa mungkin kedengaran gila hanya kerana pertahankan hak dia di sini.

"Video yang tersebar tu, aku tak kisah. Berhenti ganggu Noah kalau kau rasa tak nak kena balasan."

Alexa tidak membalas. Anak matanya memandang tajam ke dalam mata Charisa.

"Jangan ingat apa yang kau buat ni boleh jadi peluang untuk kau dekat dengan Noah. Cari orang lain," ujar Charisa dingin.

"Nak rosakkan hubungan kami? Aku dah pernah hadap benda macam ni." Charisa mengambil selangkah ke hadapan mendekati Alexa.

Alexa perlahan-lahan menarik sudut bibirnya tersenyum nipis. Aura yang tidak senang mula dirasai di sekeliling.

"Maaf. Salah aku sebab sebar video tu. Aku baru tahu yang korang bercinta selepas ramai orang back up kau."

Senyuman kembali mati. Alexa berpaling dan mula menyusun langkah pergi dari situ. Langkah terhenti seketika.

Sempat dia memberi peringatan. "Jangan cakap banyak sangat. Bila aku buka mulut nanti, kau yang terdiam."

Charisa meraup wajah. Dia perlu berjumpa dengan Noah untuk selesaikan semua ini. Kalau putus jalannya, kenapa tidak?

Telefon bimbitnya berdering. Charisa menekan butang hijau sambil berjalan pulang ke kelas. Nama si pemanggil dikerling sekilas.

"Aku dah nak masuk kelas."

Mata berhenti pada figura yang berdiri tidak juah darinya. Panggilan dimatikan. Bukan seorang, tapi tiga.

Langkah terasa berat. Charisa memasang lagak biasa dengan wajah dingin. Dia melirik Noah sekejap sebelum memandang Zeline dan Fernia.

Suasana sunyi di taman univerisiti. Semua orang masih menunggu untuk salah seorang mengangkat topik perbualan.

"Semua yang jadi, salah faham," ucap Zeline secara tiba-tiba. Noah memeluk tubuh. Pandangan masih pada Charisa.

"Video Alexa dan Noah tu adalah pada dua tahun lepas. Orang di video bukan mereka. Mungkin, telah diubah oleh si pelaku."

"Alexa?" Charisa tersenyum sinis.

Zeline menolak anak rambutnya. "Jadi, kau dah tahu. Korang tak perlu bergaduh pasal video ni lagi."

"Mana kau tahu semua ni?" Fernia menyengetkan kepala memandang Zeline dengan tatapan pelik.

Charisa mencapai beg tangannya. Dia meminta diri sebelum pergi diikuti dengan Noah. Langkah dipercepatkan.

Satu tangan hangat menahannya. Sentuhan tangan Noah yang menahan lengannya dapat dirasa melalui baju tebal yang dipakai.

"Aku minta maaf. Memang salah aku sebab tak hati-hati dengan Alexa. Dia dah semakin berani." Mata Noah sayu.

Badan Charisa ditarik ke tempat yang agak terperinci. Wanita itu bersandar di dinding sambil memeluk tubuh menanti penjelasan.

"Alexa pernah hampir ditunangkan dengan aku dulu." Noah pandang ke dalam anak mata Charisa yang mula mengangkat wajah.

Berhasil. Dia berhasil membuat Charisa memandangnya. Anak mata mereka bertembung.

"Tapi, aku tolak. Just that. Nothing special." Noah cuba meyakinkan. Pegangan pada tangan Charisa sudah terlepas.

"Kau ingat ni novel? Aku kena hadap orang ketiga dalam hubungan kita?" Kening diangkat naik sebelah.

Noah rapatkan wajah dengan Charisa. "Benda tu tak akan jadi. Dalam hubungan kita, hanya kau dan aku."

"Nak aku hantar balik?" Terkebil-kebil mata Charisa memandang Noah. Wajah mereka hanya berjarak beberapa inci.

Hanya jarak yang menjadi penghalang.

"Sure," balasnya perlahan.

•DIFFERENT PAST•

Di lautan manusia yang baru turun dari kapal terbang, ada seorang wanita dengan rambut diikat tinggi berjalan sambil membawa beg tangannya.

Iris gelapnya melihat sekeliling lapangan terbang yang mewah. Dilengkapi dengan semua peralatan dan tempat menunggu.

Kaki melangkah ke arah pintu keluar. Langkah dipercepatkan. Telefon bimbit dikeluarkan dari dalam beg.

Kad jemputan digital yang terpapar di skrin telefon spontan membuatnya menggigit bawah bibir perlahan.

Tangan berpeluh. Siapa yang mahu menghadiri perkahwinan ibu mereka bersama orang baru? No one.

Tetapi, asalkan dia dapat melihat ibunya bahagia, dia tidak kisah. Senyuma ibu adalah yang paling bermakna baginya.

Senyuman cuba dikoyakkan. Sudut bibir tertarik paksa ke atas. Fikirannya tiba-tiba mengingat perbualan pada minggu lepas.

"Kamu dah nak balik, kan?"

"Nanti masa hari perkahwinan, kamu dengan Charisa pakai warna putih."

Ya. Dia akan mendapat keluarga baru. Semalaman dia tidak tidur memikirkan kenyataan yag bakal diterima.

Adakah kisahnya akan berakhir seperti Cinderella?

Love

Charisa's WorldWhere stories live. Discover now