Siapakah Watak Utama?

1 1 0
                                    

Ringkasan :

Sekumpulan rakan sekelas perlu meneka antara satu sama lain untuk mengetahui siapa watak utama atau mereka akan mati.

***

Sekumpulan rakan sekelas sedang bersembang di dalam kelas mereka.

Tapi dengan tiba-tiba ruang tingkap dan pintu mereka ditutupi besi dan membuatkan mereka terperangkap.

Salah seorang daripada mereka panik dan menjerit meminta tolong.

Namun malang sekali tiada sesiapa daripada luar mendengar suara itu.

*Kedengaran di speaker 🔊 pengumuman kamu semua perlu meneka siapakah watak utama dalam kelas anda ataupun anda semua akan mati.*

"Apa????" jerit mereka.

* 🔊 Tiada masa untuk keliru, anda hanya mempunyai masa 4 jam sahaja*

Apa yang kau mengarut ni..lepaskan kami!

"Diam! dengar dahulu apa yang orang ini hendak sampaikan" ketua kelas bercakap.

*🔊 Terbaik bosku, ketua kelas yang bagus.. baik cara bermainnya adalah seperti ini...

Bawah meja kamu semua mempunyai pen dan kertas, kamu semua layak untuk mengundi siapakah watak utama dalam kelas kalian, next kamu perlu masukkannya kedalam kotak yang berada di hadapan papan putih ini.

Rulenya amat mudah

1. Jikalau tekaan betul, kamu menang dan kamu semua selamat.
2. Jikalau tekaan salah, orang yang mengundi akan mati.
3. Jikalau tiada tekaan betul sebelum waktu habis, semua akan mati.

Itu sahaja,

*THE GAME BEGINS*

CERAY : Cerita Rawak JayWhere stories live. Discover now