Dua jiwa yang tinggal sebumbung tetapi haluan hidup langsung tidak sama. Seorang ke sini, seorang ke sana. Begitulah kesimpulan kisah mereka berdua. Luna Marshal dan lelaki itu, Ghaz Ebrahim.
Pada pandangan orang luar merekalah pasangan paling bahagia seperti Romeo dan Juliet sudahlah sama padan dari segala sudut. Itu yang membuatkan mereka berdua manjadi buah mulut orang. Pergi mana sahaja mesti ada sahajalah pujian dilontarkan. Kadang kadang ia terasa bagai hidup didunia dongeng dimana tiada satu pun jalan kisah yang cacat cela semuanya nampak sempurna. Walaupun perkahwinan mereka ini sebenarnya diatur oleh orang tua mereka atas sebab terhutang budi. Terbinalah hidup mereka sebagai pasangan tanpa cinta. Namun tiada siapa tahu apa sebenarnya yang berlaku disebalik kisah bahagia mereka yang ditanyangkan selama ini. Hakikatnya...
"Ghaz! mana stokin I?" jerit suara lantang itu dari atas bilik. Lelaki itu memejam mata sesaat sebelum nafas dihela. Perbuatan membaca tadi terbantut dek jeritan sang isteri dan tangannya bergerak menutup buku lalu diletak atas meja kopi di ruang tamu.
Ya. Lelaki itu adalah Ghaz manakala wanita yang menjerit tadi adalah Luna Marshal merangkap isterinya.
"Sekejap, I carikan!" laung Ghaz dari bawah. Terus kaki panjangku melangkah naik tangga.
Sememangnya tugas seorang Ghaz di rumah ialah mengemas rumah serta menyediakan sarapan pagi, tengahari dan malam. Memenatkan? entah dia sudah terbiasa melakukan kerja itu.
"Harini you balik tengahari?" soal Ghaz sambil menyapu jem di roti.
"Tak," balas Luna. Fokus dia hanya pada makanannya. Ghaz mengangguk dan meletak roti yang siap disapu jem atas pinggan si isteri.
"Okey, sebab tengahari ni I ada kerja sikit," beritahu Ghaz.
Terus kunyahan Luna terhenti. Dia berpaling memandang Ghaz yang sedang ralit mengunyah roti.
"You nak pergi mana? jumpa mamat gay tu?" tebak Luna sambil menjeling lelaki itu.
Ghaz ketawa kecil. Geli hati melihat perangai cemburu Luna. Selama ni dia keluar dengan lelaki gay ke sesiapa pun mana isterinya kisah langsung.
"Takdelah I ada kerja sikit kat luar bukan jumpa dia." kata Ghaz bibirnya masih tidak lepas dari senyuman.
Luna mencebik.
"Dahlah I gerak dulu," Luna menolak kerusi beg tangan dan kunci kereta dicapai. Ghaz angguk sambil mengunyah makanan. Matanya menghantar kelibat si isteri sehingga ke pintu rumah. Kemudian dia bangun mengambil pinggan kotor lalu dibawa ke sinki dan basuh sebelum dia berlalu naik ke bilik.
Kertas berselerak disusun kemas serta pen yang berterabur diletak di tempat asalnya. Luna melepas nafas lega. Selepas sahaja habis meeting terus dia bergegas pergi kelas kemudian habis sahaja kelas barulah dia dapat rehat. Memenatkan! sudahlah tiga jam dia mengajar tanpa berhenti. Mahu tak penat namun dia sudah biasa. Kau jugakkan nak kerja pensyarah hadap jelah.
Baru sahaja dia mahu memejam mata terdengar bunyi ketukan pintu. Luna menjenguk sedikit kepalanya.
"Masuk," laung Luna malas. Terjegul wajah seorang lelaki sebelum pintu dibuka luas.
"Ini laporan kursus minggu lepas tolong semak dan betulkan. I letak sini eh?" kata pensyarah lelaki yang bernama Ilham. Luna mengangguk.
"Am, you tak kesian ke dekat I?" soal Luna sambil menongkat tangan memandang Ilham yang berdiri di depannya.
"Tak," selamba Ilham jawab. Luna mencebik.
"Sampai hati u, Am. Dahlah keluar cepat sakit mata I tengok you," Luna acah menghalau Ilham sedangkan lelaki itu galak ketawa.
"Jangan lupa siapkan laporan tu kalau you tak nak tengok muka KJ tu bertukar jadi king kong jadian," sempat Ilham berpesan sambil bergurau. KJ? King kong? Huhu menakutkan tidak boleh dia bayangkan.
Sebaik sahaja tubuh Ilham hilang dari pandangan dia menjerit.
"Arghh!" sekadar membuatkan stressnya berkurang. Tetapi sayang, tidak berkurang malah bertambah.
Satu satu kerja datang tidak bolehkah bagi pada orang lain ini tak asal laporan je hempuk atas kepala dia asal kursus je suruh dia pergi. Apa ingat dia tak ada life ke?.
Luna cuba menarik nafas san tidak mengamuk sebaik mungkin. Profesional Luna. You can do it!
Fail laporan itu dicapai dan diselak satu persatu kemudian mulutnya terkumat kamit membaca kalimah yang tertera. Sekali sekala dia membulat perkataan dan membetulkannya. Pensel 2B otu setia di dalam gengamannya. Sememang rutinnya sebelum menaip laporan dia akan menyemak dan membetulkan perkataan sebelum ditaip didalam laptop.
Jari panjang itu menari nari diatas papan kekunci laptop. Sekali sekala dia bergerak menghirup kopi selepas itu pandangannya beralih kembali ke skrin laptop. Fokus sangat sehingga orang yang lalu lalang langsung tidak dihiraukan.
"Abang Ghaz," panggil seseorang dengan nada lembut. Ghaz mengangkat kepala. Kening kanan dijungkit sedikit.
"Lama lagi ke nak siap kerja abang?" soal gadis itu sambil meletak coklat panas diatas meja Ghaz.
"Sikit lagi. Kenapa?" aju Ghaz sambil menaip. Gadis itu tersenyum melihat Ghaz yang tekun membuat kerja. Iman, merangkap adik kepada Izzat kawan baiknya.
"Saja tanya," Iman menongkat dagu dengan tangan. Matanya tidak lepas dari memandang lelaki didepannya ini. Indah sungguh ciptaan Tuhan.
"Kacaknya abang," tanpa sedar Iman mengumam. Ghaz yang sedang menaip itu berhenti menaip.
"Iman cakap apa, ya? sorry abang tak dengar." telinga menangkap sesuatu tetapi tidak jelas pula. Manakala Iman sudah merah muka menahan malu. Dia ingatkan kawan abangnya ini tidak dengar. Arghhh! Iman malu!.
"Err... tak ada apalah abang saja iman cakap sorang sorang hehe." ujar Iman cuba menutup malu. Mampus kalau kawan abangnya ini tahu mahu kena sebat dengan Izzat, abang kedua itu.
Ghaz menggeleng kepala melihat keletah adik kawan baiknya ini. Risau pula dia lihat cakap sorang sorang.
"Dah tak ada kerja ke, Iman?" tersentak Iman. Aduh! sudah datang dah harimau jadian ini. Izzat mencekak pinggang memandang adik bongsunya itu. Mencicit Iman lari apabila Izzat sudah memberi pandangan maut.
Ghaz geleng kepala melihat kelakuan Izzat.
"Kau ni garanglah, Jat." omel Ghaz sambil menghabiskan kopinya. Izzat mengeluh sebelum mengambil tempat di depan Ghaz.
"Mahu tak garang Ghaz kau tengoklah perangai tak semengah dia tu habis semua kawan aku dia nak mengorat tu belum masuk kes dia mengorat kawan Indra. Pening kepala aku nasiblah dia sorang je adik aku yang perangai gila," luah Izzat sambil mengurut pelipisnya. Indra merupakan abang sulung kepada Izzat dan Iman. Mereka mempunyai 4 adik beradik. Lagi seorang itu lelaki tapi jarang menonjol iaitu Irhan.
Ghaz mampu ketawa je. Tak sangka hebat juga adik bongsu Izzat ni habis semua kawan abangnya dia sapu masuk list mengoratnya. Bakat terpendam yang hanya layak dipendam.
Ghez|10.56
YOU ARE READING
Ghez
Mystery / ThrillerGhez | The Ebrahim's Dua jasad dan jiwa yang mempunyai agenda tersendiri. Luna Marshal seorang wanita bekerjaya yang sudah melangkah masuk ke alam 30-an. Seorang yang diktator dan ego tinggi. Hidupnya baik baik sahaja sehinggalah ayahnya membuat kep...