3

360 42 2
                                    

Mereka menyambut kemenangan Luna di restoran milik rakan mereka. Riuh rendah suara manusia memenuhi ruang restoran itu. Luna duduk bersama Micha, Kevin dan beberapa orang rakan mereka.

"Cheers!" sorak mereka. Luna meneguk air coke itu sedikit kerana dia bukanlah pengemar air manis.

"Congrats, Luna." ucap Kevin. Luna hanya mengangguk dan senyum sebagai balasan.

"Cayalah Luna, I dah lama geram dengan geng Dragon tu acah je tapi spare part pun pinjam orang," ujar Naina salah seorang dari kumpulan mereka merangkap  ketua mekanik mereka. Apa ingat perempuan tak boleh jadi mekanik? Kevin hanya ketawa bukan dia tak tahu Naina memang berdendam dengan kumpulan Dragon.

"Well, well, Look who's here? Luna Marshal guys!" satu suara mencelah perbualan mereka. suara lelaki yang baru datang itu kedengaran seperti menyindir Luna. Luna sudah menjeling lelaki itu tanda tidak suka. Bukan dia tak kenal siapa lelaki itu malah terlebih kenal. Lelaki penyibuk yang selalu mengimpikan kejatuhan dia.

"Where's your beloved husband, Luna? you guys ada nampak tak?" sengaja dia buat buat tanya pada mereka yang berada di situ. Luna diam malas mahu bergaduh. Dia terus menyuap makanan ke dalam mulutnya tanpa menghiraukan lelaki itu.

"Adrian, shut up," tegur Kevin apabila lelaki itu sudah melebih. Adrian buat tak tahu. Malah di provok lagi wanita itu.

"Hey, Luna jawablah," provok Adrian sambil menunjal bahu Luna. Luna gengam erat sudu besi di tangannya. Suasana didalam restoran menjadi tegang dengan drama yang di bawa oleh Adrian.

"Shut up, biatch." maki Micha. Semak sahajalah jantan ni. Tak cukup kasih sayang cakap.

"Kesian you kena bela biawak hidup sekarang. Yelah siang malam bekerja untuk biawak hidup tu. I kesian sangat dekat you-" tak sempat Adrian menghabiskan kata katanya sudu besi sudah mendarat di mukanya. Melekat bekas merah dia mukanya.

Terkedu manusia yang menonton drama itu. Adrian jugak terkedu tak sangka tindakan drastik  Luna itu. Matanya memandang Luna dengan penuu dendam.

"Opss! sorry Adrian I tak sengaja. Do you want more?" soal Luna sambil mengangkat sudu besi yang digunakan Micha tadi.

Adrian mengetap bibir menahan sakit di wajahnya.

"Ahh before you nak kesiankan I better you kesiankan diri you sebab you nampak bodoh sangat bila bercakap. Lagi satu, you tak layak bercakap tentang suami I dengan mulut longkang you. You dont even know him so shut the fuck up, Mr. Adrian." bidas Luna dengan wajah tenang. Sedaya upaya dia tahan agar tidak melenting jauh. Kalau diikutkan mahu sahaja dia tonyoh wajah Adrian pada tempat grill daging yang sedang panas itu.

Adrian yang baru hendak menyerang Luna ditahan rakan yang lain.

"Pondan, dengan perempuan pun nak cari gaduh," getus Naina. Dia menyambung menyuap makanan. Kevin memandang Luna dia tahu disebalik wajah tenang itu ada kemarahan yang membuak yang tidak sabar mahu dilepaskan.

"I minta diri dulu," pinta Luna. Lantas kakinya melangkah pantas kearah kereta miliknya. Kevin keluar mengejar Luna yang sudah membolos diri ke dalam kereta.

Tok, Tok

Luna menurunkan cermin kereta.

"Take care, Luna. Abaikan apa yang dia cakap dia memang sampah," kata Kevin sambil menggaru kening. Rasa segan menyerbu kerana sebelum ni mana dia pernah bercakap dengan Luna personal begini. Luna hanya senyum sahaja.

"Alright, bye Kevin and thanks for today," seraya Luna manaikkan cermin keretanya. Menderu sahaja kereta Porsche itu menghilang dari kawasan restoran itu. Kevin menghela nafas busebelum menapak kembali ke dalam restoran.

Luna memejam mata sekejap hampir sepuluh minit dia berada di dalam kereta. Dia tak sanggup menjejak kaki ke dalam rumah apabila kepalanya masih tergiang apa yang dilontarkan Adrian tadi. Perasaannya bercampur baur saat ini.

Memang perkahwinan mereka ini buianlah atas rasa cinta tetapi dia rasa sakit hati bila orang bercakap buruk tentang Ghaz. Seolah olah mencabar dirinya. Ghaz baik dan pada pandangan mata Luna, Ghaz tidak seperti lelaki di luar sana. Ghaz ada satu sikap yang membuatkan Luna merasa tenang. Lelaki itu pandai bermain dan mengawal emosi.

Sedang Luna mengelamun cermin keretanya diketuk. Serta merta Luna tersedar sari lamunannya. Dia menoleh melihat gerangan itu.

Ghaz Ibrahim.

"You buat apa kat luar tak masuk rumah?" Ghaz membuka pintu bahagian memandu. Luna memandang Ghaz sesaat sebelum dia keluar dari kereta.

"You tunggu I ke?" soalan dibalas soalan. Ghaz tidak mnejawab tetapi disebaliknya dia meminta beg tangan Luna untuk dibawa. Luna hanya menghulur sahaja sebelum mereka berjalan bersama masuk ke dalam rumah.

"Tak mengantuk ke?" soal Luna lagi.

"Tak, I tak boleh tidur," jawab Ghaz. Tipu. Alasan  itu akan digunakan setiap kali Luna bertanya dan dia tahu Ghaz menipu. Bukan Luna tak tahu selalu sahaja Ghaz duduk menunggu dia sambil termenung di kerusi luar rumah kalau dia balik lewat malam. Ghaz bukanlah seorang yang ada masalah insomnia. Tak macam dia.

Ghaz menghulur gelas yang berisi air kosong. Terus Luna menyambut dan meneguk. Habis meneguk Luna memandang wajah Ghaz lama.

Ghaz kerut dahi.

"Kenapa you pandang i semacam je?" Luna sedar dan terus ketawa sebelum suasana hening dan sunyi kembali menjengah.

"Ghaz, you kacaklah baru I perasan," Ghaz mengerut dahi buat kali kedua. Oh, ini sudah pelik.

"You kalah ke malam ni? lain macam je I tengok you," aju Ghaz risau sambil meletak telapak tangan di dahi Luna.

"Ish, you ni kan memang suka mencabar emosi I la. I menanglah malam ni dan I tak pernah kalah and never ever forever okey," geram Luna tengok Ghaz ni. Suka sangat memancing emosi dia.

"Dahtu tiba tiba je puji I. Selamani you kata i boroilah lepastu gemoklah lepastu muka tak simetrilah, rambut macam kaktus bergeraklah-"

"Diam Ghaz." Luna menjeling. Rasa menyesal pula dia puji Ghaz. Tetapi rambut macam kaktus bergerak tu betul sebab masa mula dia jumpa Ghaz memang itulah gaya rambut Ghaz. Dah macam komando lagi rupa lepastu boleh pula tanya handsome tak I? nak je dia jawab 'tak, macam orang OKU'.

Ghaz ketawa sehingga menampakkan lesung pipit.

"Lun, jom tidur I dah mengantuk esoklah you sambung puji I," Ghaz masih ketawa sambil memeluk bahu Luna berjalan naik tangga. Luna menjuling mata tanpa dia sedar bibirnya mengukir senyuman bahagia.















Ghez|15.47

GhezWhere stories live. Discover now