Luna yang ralit memakai pelembap muka di depan cermin terkejut apabila ada satu tangan menghulur telefon. Dia menoleh. Ghaz rupanya.
Ghaz dengan muka masih mamai menghulur telefon Luna yang dari tadi membingit menyuruh diangkat. Harini hari minggu yang sepatutnya dia menggunakan dengan sepenuh baik. Dia mahu qada segala tidurnya yang terbantut dek kerja.
"Telefon you," Luna terus menyambut. Dia melihat nama yang tertera di skrin telefon. Brother. Terus Luna menekap telefon di telinga sambil menyambung kembali membelek rambutnya. Ghaz kembali baring dan sambung tidurnya yang terbantut tadi.
"Hello, kakak..." suara perlahan itu menyapa halwa telinga Luna.
"Yow, brother," sapa Luna gaya brotherhood. Dia masih sibuk mengeringkan rambut yang lembap. Kedengaran suara disana mengeluh berat. Luna pelik. Dalam masa yang sama dia merasakan sesuatu yang tidak enak bakal dia dengari namun dia cepat-cepat menepis perasaan itu. Mungkin Han telefon hanya sekadar tanya khabar. Mungkin...
"Kakak..." Suara terjeda sebentar.
"Kakak... Han takut..." beritahu suara itu. Nadanya ketar dan sangsi. Luna mula rasa pelik yang mendalam sehingga dahinya berkerut.
"Han?" suara itu tidak menyahut. Lagi membuatkan dia merasakan sesuatu yang berlaku.
"Han, what's going on? are you hurt?" Bertalu talu soalan Luna. Dia mula risau apabila tangisan adiknya mula kedengaran.
Dan tangisan itu makin kuat menyapa gegendang telinganya.
"Han, please tell me what's going on? Dont be like this please, baby," Luna mula panik. Dia tak pernah nampak Han serapuh ini dan dia tak tahu bagaimana cara untuk menenangkan adiknya. Dalam tidak sedar Luna mula mendesak Han.
"Hisk...hisk... Han takut, kakak... Han sakit... orang tu buat Han... Dia pegang Han punya bawah... kakak, Han takut... dia suruh Han buka seluar... han takut, kakak...." teresak esak suara itu menceritakan hal yang terjadi. Luna diam lama, otaknya ligat mencerna perkataan yang keluar dari mulut si adik.
"Orang tu, siapa?" tanya Luna. Perasaan ingin tahu membuak buak. Jantungnya sudah mengepam laju menantikan jawapan.
"Uncle Khalif..." serta merta pengering rambut yang berada di tangan terus terlepas.
Prag!
Dunianya seakan berhenti berpusing. Lidahnya terkelu keras dan tidak mampu lagi berkata apabila mendengar nama yang keluar dari mulut sang adik. Perasaannya bercampur baur entah hendak menangis atau marah itu tidak dapat digambarkan saat ini.
Ghaz yang sedang tidur terus terjaga apabila terdengar bunyi yang kuat terhempas. Mata yang samar- samar dia paksa buka luas.
"Luna?"
Tangan Luna mengeletar kuat terus panggilan Han dimatikan. Dia bangun sari kerusi namun beberapa langkah sahaja badannya rebah jatuh ke lantai. Lembik badannya saat ini.
"Luna? kenapa ni?" tergesa-gesa Ghaz turun dari katil mendapatkan Luna.
Luna memandang Ghaz dengan pandangan mata yang kosong. Tiada sebarang emosi dikesan. Senyuman kelat diberikan. Lama dia diam begitu namun akhirnya air mata yang sedaya upaya ditahan langsung membasahi kolam mata.
"Are you okay, Lun?" tanya Ghaz risau.
"Nah, I'm okay,"
"Actually no, I'm not okay," kata Luna perlahan dan serak. Suaranya bergetar. Tangannya meraup wajah.
"Ghaz... I'm not okay," esak Luna. Tangisan akhirnya terlepas tidak dapat ditahan. Ghaz terkedu melihat tangisan si isteri yang semakin kuat. Lantas Ghaz menarik Luna rapat dengannya sambil mengusap belakang.
YOU ARE READING
Ghez
Mystery / ThrillerGhez | The Ebrahim's Dua jasad dan jiwa yang mempunyai agenda tersendiri. Luna Marshal seorang wanita bekerjaya yang sudah melangkah masuk ke alam 30-an. Seorang yang diktator dan ego tinggi. Hidupnya baik baik sahaja sehinggalah ayahnya membuat kep...