Luna menyarung baju tshirt putih ke tubuhnya tidak lupa jaket kulit hitam dikenakan sekali dengan baju tshirt putih. Siap menyembur minyak wangi dia selepas itu dia membetulkan rambutnya agar lebih kemas. Luna memusing tubuh menghadap Ghaz yang berada diatas katil sambil melihat laptop.
"Ghaz, how my outfit tonight? okey tak?" soal Luna sambil memusing tubuhnya. Ghaz mengangkat kepala sekilas.
"Lawa." pendek sahaja balasannya selepas itu dia menyambung menaip sesuatu di laptopnya. Luna mencebik bibir.
"I tanya okey ke tak bukan lawa ke buruk sebab I tahu I memang lawa," dengus Luna. Lain ditanya lain yang dijawab. Geram pula dia dengan perangai Ghaz ni.
"Okey." balas Ghaz. Matanya tidak lepas dari memandang skrin laptop bagai hendak tertembus skrin laptop tu.
"Asal fokus sangat you ni? tengok porn ke apa?" kata Luna tak bertapis sambil menapak kearah suaminya. Fokus bebenor.
Lah. Kerja ke.
"Hey, Mata I masih suci lagi okey nak tengok benda gila tu," jeling Ghaz. Suka hati mulut dia je cakap macam tu.
"Manalah tahu kempun sangat." perli Luna.
"Dahlah I nak keluar. Tata sayang," sempat dia mencium pipi Ghaz sebelum berjalan keluar.
"Pergi mana?" tanya Ghaz.
"Fest. Nak ikut? bolehlah you cuci mata kut kut ada yang sangkut," usik Luna. Ghaz membuat muka.
"Sorry, I tak berminat. Dah dah pergi I doakan you sempatlah habiskan penamat,"
Luna menjeling Ghaz. Apa dia ingat isteri dia ni lembap sangat ke. Dia ni juara setiap kali permainan tahu.
"Tengok tengok apa? pergilah," kata Ghaz sambil ketawa. Dia tahu Luna cukup pantang orang memandang rendah terhadapnnya. Walaupun hakikatnya dia tahu sahaja Luna selalu menang. Sengaja mahu mengusik.
"Ooo macamni perangai ko kan kalau kawan dengan si gay tu. Ooo paham, paham." Ghaz menekan perut tidak tahan gelak. Luna membebel seorang diri sambil keluar dari bilik.
"Bye, Lun!" laung Ghaz. Luna buat pekak sahaja malas mahu melayan.
Luna menekan punat lock keretanya. Lantas membolos masuk ke dalam kereta sebelum Porsche 911 miliknya menderu keluar dari kawasan pekarangan rumah. Langit malam kian gelap. Hanya bulan purnama sahaja menerangi malam gelap itu.
Kereta mewah miliknya diparkir elok ditempat khas. Sempat dia menilik wajahnya sebelum membolos tubuhnya keluar dari kereta. Matanya meliar mencari susuk tubuh seseorang seketika bibirnya menarik senyuman kecil. Seorang lelaki sedang melambai kearahnya. Festival kereta yang diadakan di lumba litar sekali setahun dan malam ini spesial kerana dia bakal berlawan dengan seseorang.
Luna tarik senyum kecil sambil melambai kembali sebelum mendekati Micha yang duduk bersandar di kereta Lamborghini Ruvuelto milik wanita itu.
"How's going?" Luna menyoal.
"Mofos from Dragon" ujar Micha sambil menaip sesuatu di telefonnya.
Litar Salvator 1785. Malam ini meriah kerana ada pertunjukan kereta mewah dan orang ternama yang terlibat dalam industri kereta lumba.
Litar dimana kumpulan kunpulan drift dan race berlawan satu sama lain. Boleh dikatakan litar ini sama sahaja seperti underground fighter cuma yang membezakan ia adalah secara legal. Disinilah dia mula bersosial mencari teman sama minat sama seperti Micha. Dia bukanlah car girl yang title perempuan dambakan apabila jejak sahaja kaki disini. Dia hanya mahukan keseronokan dan ketenangan.
Malam ini meriah kerana pertaruhan lima puluh ribu yang diberikan oleh penganjur festival ini. Peraturannya jika salah satu pihak menang merka diberi pilihan dengan mengandakan lagi wang yang dipertaruhkan.
Micha menepuk bahu Luna.
"Goodluck, babe. Lawan kau budak Dragon. Dont worry budak dragon semua hingusan," sempat lagi Micha mengutuk. Luna geleng kepala melihat perangai tak semenggah Micha. Bab bab over confident boleh serah pada Micha.
Luna berlalu pergi kearah kumpulannya untuk bersiap sedia untuk perlawanan yang akan berlangsung sebentar lagi.
Kevin menghulur helmet kepada Luna manakala ahli lain menyiapkan kereta yang akan dipandu Luna untuk perlawanan nanti.
Palang kuning diturunkan tanda perlawanan belum bermula. Seorang gadis seksi berjalan di tengah antara keretanya dan kereta pihak lawannya. Gadis itu berdiri di tengah tengah sambil mengangkat bendera merah. Bunyi enjin kereta mewah itu menderu deras. Luna menoleh tepi bertentang mata dengan pihak lawan. Senyum sinis dicarik sebelum matanya memandang depan. Stereng kereta digengam kuat bagai mencekik seseorang. Matanya tepat memandang litar yang seolah menyeru kuat namanya.
"Are you guys ready? The competition betweenl Luna and Juan will begin....NOW!" jerit suara lantang gadis seksi itu.
1...
2...
3...Tika itulah Luna memecut kuat keretanya tangannya lincah mengawal stereng. Juan masih ketinggalan di belakang namun itu bukanlah masa untuk dia berlagak kerana bila bila masa lelaki itu boleh memotongnya. Dragon kumpulan yang dikenali suka bermain cara kotor. Tangan kanannya mengawal stereng manakala tangan kirinya mengawal break. Stereng dipusing kuat ke kanan. Litar berliku itu seakan mudah baginya. Langsung tiada rasa gentar didalam dirinya saat ini.
Luna fokus mengawal keretanya apabila kereta Juan sudah mendekati namun tak menyangka Juan bermain kotor. Juan melanggar belakang kereta Luna menyebabkan kereta itu sedikit terbabas ke tepi.
Luna berrdecit geram. "Wanna play a game huh? Let me show you the real game is"
Luna menekan minyak kuat memecut laju kereta miliknya mendekati kereta Juan. Keretanya tepat berada disebelah kereta Juan. Sempat dia perasan riak wajah Juan sedikit terkedu. Luna tarik senyum senget terus dia memusing keretanya berputar mengelilingi kereta Juan. Asap yang dihasilkan oleh keretanya menghalang pandangan Juan. Luna senyum sinis.
"I'm Dk, mofos" bisik Luna. Melihat kereta Juan tidak bergerak kerana asap yang dihasil olehnya terus dia ambil kesempatan itu memecut ke garisan penamat.
DK. Stand for drift king.
Juan yang didalam kereta itu mendengus kasar. Stereng kereta menjadi mangsa tumbukannya. Tak sangka lawannya bijak bermain kotor.
Riuh sorakan apabila kereta kereta itu mula beraksi satu sama lain. Bunyi deruman enjin kereta yang bertaruh itu seolah seperti melodi muzik yang merdu bagi mereka yang berada disitu.
Kereta yang dipandu Luna akhirnya sampai dipenamatnya. Ramai orang mula berkerumun sebaik sahaja kereta Luna berhenti di penamat.
Micha carik senyum lebar. Thats my girl!
Juan di belakang sudah memandanganya dengan pandangan tidak puas hati. Kalah dengan perempuan? betul betul mengugat maruahnya sebagai lelaki.
Ghez|22.31
YOU ARE READING
Ghez
Mystery / ThrillerGhez | The Ebrahim's Dua jasad dan jiwa yang mempunyai agenda tersendiri. Luna Marshal seorang wanita bekerjaya yang sudah melangkah masuk ke alam 30-an. Seorang yang diktator dan ego tinggi. Hidupnya baik baik sahaja sehinggalah ayahnya membuat kep...