naim gubah bunga weh weh weh weh weh awak sayang dinda ku pujaan hati kanda
you cringe babi patutlah single
naim gubah bunga
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
kau lapar tak
you aku dahaga dahaga kan cinta si dia kepadaku 😔💔🥀
naim gubah bunga aku tengah serious ni
you nak serious" datang rumah lah apa barang chat
naim gubah bunga kau aku datang betul" menggelupur kau pat a lapar dak
you lapar sikit je beli snek lepas la pehal tibe kau tanya
naim gubah bunga nak gi dm amirr ajak nanti aku singgah koop belikan tuk kau
you baik do kau naim kenapa eh kau single lagi
naim gubah bunga kan their lost
you ye do dorang taknak kau, aku je lah ngan kau boleh ak
naim gubah bunga boleh gak tu bila rombongan
you bukan aku ke yang kena tanya
naim gubah bunga kita ikut cerita nabi perempuan yang masuk minang sweet en
you pandai lah ko ni yang suka tapi aku akan lagi suka kalau kau yang belanja aku makanan tu sayang kau/mini lope
naim gubah bunga ☺️ memang aku mesin atm ko pun memang aku beli roti camtu je la tahu
you bereh boss🤗 maceh my bro seen
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
aku sedang menunggu makanan yang ku pesan kepada naim beberapa belas menit yang lepas. merasa seperti naim akan datang sedikit lewat, aku putuskan untuk berjalan - jalan sebentar di sekitar kawasan sekolah.
dan entah kenapa kaki ku berhenti dibelakang dewan makan. mengapa kaki aku membawa aku ke sini, ya? ada pesta muda - mudi ke?
menuju ke sebuah bangku yang diletakkan bersandar di dinding, aku melabuhkan punggungku di situ.
mengeluarkan telefon dan membuka sebuah aplikasi musik, aku menekan playlist secara rawak -- tidak tahu adakah ia lagu yang sedih atau gembira.
tapi aku kisah apa? aku hanya mahu membazirkan masa kerana naim yang masih lama.
tunggu punya tunggu, naim masih juga tidak menghantar pesan apa - apa kepadaku. mungkinkah ia masih sedang makan? tetapi sudah lebih dari 40 menit aku menunggu, adakah ia memang makan secara perlahan?
merasa tekak ku mula kering, aku bangkit bergerak ke arah mesin air yang berdekatan dengan tempat itu -- sesudahnya merasa menyesal kerana aku berbuat begitu.
ternyata naim bukan makan dengan perlahan yang buatkan ia lambat menghantar makananku, sepertinya ia terlalu fokus dalam berbual mesra bersama seorang perempuan.
aku tidak pernah melihatnya sebelum ini, siapa itu? ingin berkata pelajar sekolah ini, pakaiannya terlalu.. tidak pantas untuk disebut seorang pelajar lagi.
ternyata aku terlalu fokus menatap mereka sehinggakan tidak sadar akan kehadiran seseorang dibelakang, "kau buat apa berdiri tegak macam tunggul kayu ni?" spontan aku menoleh, melihat amirr yang memandangku bingung.
ia menatap ke arah yang ku renung, hanya untuk akhirnya menepuk bahuku, "kau mesti tengah tunggu makanan kau kan? naim ada pesan kat aku suruh bagi dekat kau tapi aku cari, kau tak ada dekat bilik."
oh, dia sampai menitipkan makanan ku ke orang lain hanya untuk berbual dengan perempuan itu?
"haah, terima kasih amirr. aku ingat dia lupa dah." hanya mengeluh singkat mendengar ungkapanku, ia berujar, "bukan kau ingat, memang dia dah lupa pasal makanan kau tu. nasib aku nampak plastik roti atas meja, kalau aku tak tanya dia aku rasa mahu bersemut roti tu sebab dia sibuk sangat dengan minah tu."
sekali lagi hati aku retak. hanya berdehem kepadanya sebagai balasan dan berlalu pergi.
sekarang aku mula rasa menyesal kerana memilih lagu secara rawak, mengapa lagu yang terputar haruslah lagu yang kena dengan situasi ku juga?