kasih sayang senja🌙
you
WEH
WEH
WEH
WEH
CANE DO
WEH
EH SIAL
EH ANJIR BETUL
TIME DARURAT KAU TAK ON
WOI
WOI
BALAS LA GILA
WEHH
AH SHIBALLLL
CANE NAK BUAT UCAPAN NANTI WAKTU NAK BAGI BUNGA TUU🤕🤕🤕
WOIII
KASIH SENJANA
TOLONG LA AKUUU🥲🙏🏻🙏🏻
delivered at 3.45 p.m.─────────────
naim melihat kesal telefon pintarnya, "apahal minah ni tak balas - balas mesej aku ni? apa benda yang dia buat sampai langsung tak on." ia hanya mengetap geram bibirnya dan kemudian kembali memasukkan telefonnya ke dalam poket seluar.
kakinya sedari tadi tidak boleh duduk diam, ia terlalu gelisah. gadis yang ia puja akan berjumpa dengannya sebentar sahaja lagi -- sengaja ia datang lebih awal untuk membuat sedikit persediaan, takut - takut ia tergagap saat berucap.
tetapi sekarang ini naim semakin menjadi gelisah apabila senja tidak membalas pesannya. kemana gadis itu pergi? tidak selalu ia tidak membuka aplikasi pesanan itu.
ia menjadi gelisah kerana selalunya senja lah yang akan menjadi gurunya bagi memberikan sedikit informasi tentang apa yang boleh membuat seorang wanita terpikat kepadanya, apa sahaja yang wanita suka, serta apakah yang harus ia lakukan untuk membuat wanita itu merasa nyaman dengannya.
dan sekarang ini ia ingin meminta tolong untuk mengajarkannya bagaimana cara memberi ucapan sembari menghadiahi gadis pujaannya sejambak bunga.
"senja tolonglah, aku merayu sangat sila online sekarang juga. mia nak datang dah macam mana ni." kakinya bergerak kesana - kemari, tangannya sibuk mengutak - atik telefon itu.
ia hanya berharap satu benda sahaja, supaya senja membalas pesannya.
─────────────
naim gubah bunga
naim gubah bunga
senja weh
kau gi mana
weh sumpah tak kelakar do
dah malam ni sial
balik la gila
kalau kau risau aku marah sebab kau tak tolong aku tu sumpah aku tak marah
aku marah sekarang ni sebab kau fly gi mana" pastu tak balik"
kau gi mana bodoh
delivered at 12.20 a.m.
pesanan dari naim hanya aku hiraukan, langsung tidak mengambil peduli akan apa yang ia akan lontarkan sesudah aku menemuinya nanti.
sekarang ini, aku hanya sibuk memikirkan sakit di tanganku.
"sakit, tapi tak sesakit hati aku." tergelak kecil, darah segar yang mengalir aku biarkan -- langsung tidak mahu mengelapnya walaupun sadar akan bajuku yang mula dinodai akibat darah itu.
bukan, aku tak segila itu ingin membunuh diri.
setidaknya bukan dengan cara ini.
tanganku tidak sengaja menepis sebuah gelas kaca, mengakibatkannya pecah dan kaca itu tergores tanganku semasa aku hendak mengutipnya.
goresannya cukup besar, mungkin kerana aku yang dengan sengaja membesarkannya?
aku keluar dari asrama untuk pergi ke sebuah pantai yang mempunyai pondok dikawasannya. tempat ini cukup sempurna untuk aku sedikit meredakan fikiran yang bercelaru.
aku mengeluh panjang melihat matahari yang tadi masih timbul sekarang sudah lama tenggelam. lama juga ya aku keluar? dan naim baru sadar saat bulan mula muncul di langit?
sebegitu tidak pentingnya aku padanya.
mungkin aku penting, tetapi aku akan menjadi pilihan yang kedua pabila mia berada disisinya.
tidak, aku tidak membenci mia.
aku membenci diriku sendiri kerana merasa cemburu dengan posisi mia yang begitu istimewa pada naim.lama aku termenung menatap ke arah bulan di langit, "indah ya bulan? sudahlah boleh berada di atas langit dengan lama, bulan juga begitu indah."
"tidak seperti senja. ia indah, namun hanya muncul sebentar sahaja kemudian kembali digantikan. mungkin kerana itu aku diberikan nama senja? aku indah menurutnya, namun hanya akan menjadi peneman sebentar sebelum digantikan dengan orang baru."
darah di tanganku sudah pun mereda, tiada lagi titisan yang menitis. hanya memandang datar, aku menekan kembali tanganku bagi mengeluarkan lagi sisa darah.
"kan cantik macam tu." satu tawa sinis aku lontarkan, darah yang mula reda itu kembali menitis.
"naim cuba kau bawa bersabar-"
"bersabar? kau suruh aku bersabar sedangkan senja pun hilang entah kemana aku tak tahu?! kau ingat aku kawan jenis apa hah!"
"kau kawan yang lupakan kawan! kalau kau betul kawan dia, kau sekurangnya akan sedar perubahan sikap dia dari hari ke hari. tapi nyatanya? yang kau fikir hanya mia mia dan mia! siapa orang yang selalu ada dengan kau? mia ke senja? kau hanya perlukan dia untuk dapatkan mia sahaja ke? itu ke maksud kau dengan kawan?"
dan naim hanya terdiam membisu mendengarnya.
YOU ARE READING
senja itu indah; n. naim [✓]
Fiksi Penggemar"the sunset is beautiful, isn't?" - 2023 | @elaqrsp ══⛧⌒*。ミ > lowercase intended. > textfic and lil bit of writing.