10 - | kisah senja

298 34 92
                                    

- the sunset is beautiful, isn't it?

─────────────

tanganku masih tidak berhenti dari menulis sesuatu di atas secarik kertas itu.

entah mengapa aku masih menulis sepucuk surat untuknya, sedangkan ia sahaja sudah sangat membenciku untuk sekadar melihat wajahku.

setelah selesai menulis, aku sedikit menghias surat itu dengan sebuah kertas berbentuk hati yang aku lekatkan pada tengah kertas itu -- untuk mengelakkannya dari terbuka.

menyimpan rapi kertas itu didalam beg galas ku. aku sempat mengerling ke arah katilku, memori naim yang sering bermain ke bilikku kembali datang.

"adakah kalau aku tidak mempunyai perasaan kepada kau, kau akan masih jadi kawan aku sampai sekarang?"

aku mengeluh setelah berkata, melangkah ke arah pintu untuk memulas tombolnya dan berlalu pergi dari bilikku.

aku telah membuat keputusan untuk berjumpa dengan naim pada hari ini, pada hari aku akan keluar dari sekolah ini.

amirr sudah ku ceritakan tentang hal ini tetapi tidak dengan naim. seperti yang sedia maklum, ia sibuk dengan kekasihnya.

"maaf do, naim langsung tak balik bilik hari ni." ujar amirr dengan raut wajah yang seperti merasa bersalah. aku hanya mengangguk maklum dan mengucap salam perpisahan kepadanya.

kemana agaknya jejaka itu pergi sehingga langsung tidak balik ke biliknya.

akhirnya aku putuskan untuk pergi ke dewan makan untuk sedikit mengisi perutku yang sudah pun berbunyi.

sesampainya disana, aku melihat figura seseorang yang aku tercari - cari sedang bermesra dengan seorang perempuan.

dan tentunya aku tahu siapa perempuan itu.

aku bercadang untuk memberikan surat itu kepada naim tetapi itu sepertinya idea yang sia - sia kerana aku yakin lelaki itu tak akan menghiraukan ku. jadi aku mengambil keputusan untuk memberikan surat itu kepada kekasihnya, mia.

"harap mia tak benci aku." itulah satu - satunya harapanku saat ini, berharap mia tidak seratus persen memercayai kata naim.

mia sepertinya sadar akan kehadiran ku, ia dengan pantas meminta izin untuk pergi sebentar kepada naim yang hanya mengiyakan.

"kenapa? nak makan ke?" mia bertanya kepadaku.

"tak apa. aku.. nak minta tolong boleh?" soalku.

mia hanya mengemam bibir sebentar dan akhirnya bersuara, "tolong apa?"

"tolong bagi surat ni dekat naim, boleh?" sembari menghulurkan sepucuk surat itu kepadanya, dapat ku lihat wajahnya yang sedikit menegang.

"jangan risau, ni surat perpisahan. aku nak keluar dah dari sekolah, aku pindah." risau ia salah faham, aku dengan pantas menerangkan.

"oh boleh je, betul ni tak nak makan dulu?"

"tak apa."

mia hanya mampu memahami ku, ia kemudian sempat mengucapkan sesuatu kepadaku sebelum ia beredar dari hadapanku, "naim kata, dia tak benci sepenuhnya. dia cuma benci kenapa kau kena buat macam tu."

hanya mampu mengeluh panjang, aku bergumam kepada mia, "dalam surat tu ada jawapan yang dia nak."

dan akhirnya aku berlalu pergi dari sana.

─────────────

pada nyatanya, aku tak pindah pun.

senja itu indah; n. naim [✓]Where stories live. Discover now