Saksi

1K 55 33
                                    

2006(Kahar form5):

Aku berdiri di depan Naim. Kahar pulak berdiri sebelah aku. Kami berdua hanya tengok Naim. Naim yang tercungap-cungap macam baru lari marathon. "Ma-mana mia?" Dia tanya aku dengan nada tergesa-gesa.

Malam semalam, Mia ada datang dekat aku. Dia cakap yang dia dah nak berangkat pergi. Dia cerita dekat aku sambil nangis-nangis pasal apa yang Naim cakap dekat dia.

"Adik.." aku mula perlahan-lahan. "Mia mana kak? Tolong lah bagitau Naim."

Aku geleng dan pegang bahu dia. "Mia dah tulis surat tu dekat naim-"

"Akak! Tolong lah akak! Mana mia!" Naim jerit ke muka aku. Tangan aku di bahu dia tadi dia tarik ke bawah. I hissed in pain sebab tangan aku belum baik lagi.

"Dik jangan picit tangan akak kau tu." Kahar cakap dengan lembut sambil mengambil tangan aku yang terluka tu. Dia faham perasaan Naim. Aku pon. Misal kata tiba-tiba Kahar hilang. Aku pon serabut macam tu.

"Sorry sorry." Naim cakap.

"Akak tak tahu naim. Maaf." Aku cakap. Naim terus terduduk atas lantai gym. Dia menangis dan menangis. Aku duduk depan dia. "Mia dengan Naim dah janjikan? Ke UK? Naim jangan risau dia tak hilang." Aku pujuk dia. "Naim, adik balik sekolah ya? Rehat." Kahar cakap.

Naim hanya angguk dan berjalan ke arah kereta
Papanya. Pak su keluar dari kereta dan berjalan ke arah aku. "Akak. Pak su nak mintak tolong boleh?" Pak su tanya aku dengan nada yang sepi. mata dia tengah tengok gym. Aku angguk. "Mak su mintak balik hak penjagaan Fakhri. Dia bawak isu ni ke mahkamah. Pak su nak mintak tolong akak jadi saksi... boleh?"

Aku terdiam. Fakhri. Entah apa mama cerita dekat Fakhri pasal Wan yang dia nak gaduh sangat dengan aku.

"Boleh pak su." Aku cakap. Aku kesiankan dekat Pak su. Mak su tu adik Mama, dia kali lima ja perangai.

Pak su senyum dan terus bergerak balik ke kereta dia. Kahar terus berjalan ke arah office. Menarik tangan aku sekali.

"Awak lapar?" Aku tanya dia. Sejak Ayam jatuh, lepas kelas ja Kahar terus fly ke gym aku tak tahu macam mana dia boleh lepas dari warden. Dia cakap dia tak sanggup duduk dekat sekolah tu. dia bawak baju-baju sekolah dia, buku-buku sekali. Setia pagi baru dia fly masuk bali sekolah.

Kahar geleng dan duduk atas sofa. "Awak tak makan lagi. Saya pergi beli makan ya?" Aku tanya dia. Kahar dah dua hari senyap macam ni. Tanya sepatah jawab sepatah. Kadang-kadang jawab pon geleng, angguk sahaja.

"Awak tido lah dulu. Awak tak tido semalam." Aku cakap sebab aku tahu. Sleeping arrangements dia ialah aku tidur atas sofa manakala Kahar bentang tilam atas lantai. Aku terjaga dua tiga kali malam semalam. Bila aku tengok Kahar ja dia tengah study dekat meja office aku.

Kahar angguk dan mula baring atas sofa. Cahaya di letakkan atas dada dia. Aku berjalan keluar dan hidupkan motor.

Aku tak berani pon nak pergi hospital tengok Ayam. Aku rasa bersalah sebab aku sepatutnya datang jaga dia bukannya biarkan dia.

Bila aku dah bungkus makan aku terus balik ke gym dan masuk office. Kahar tengah tidur sambil pegang cahaya atas sofa. Aku biarkan dia. Aku keluarkan pinggan dan sudu untuk makan sekejap lagi.
Aku selak-selak bill gym tu. disebabkan bapak meninggal. Aku dibenarkan masuk university tahun depan. Jadi aku akan masuk sekali dengan Kahar.

Entah berapa lama aku dekat situ tiba-tiba Kahar meronta-ronta atas sofa.

"Maaf ayam maaf!" Kahar jerit dan terus terduduk di atas sofa tu. aku pusing terkejut. Nafas Kahar yang pendek mula stable bila dia sedar yang dia dekat office. Aku berjalan ke arah dia. "Sayang." Aku cakap dengan lembut. Kahar ambil tangan aku dan pegang. Dia tengah menangis dengan perlahan-lahan. Cincin di tangan aku di pusing-pusing oleh dia.

Aku selalu ada || Abdul KaharWhere stories live. Discover now