Bismillah

1.2K 38 3
                                    

Mereka, jatuh tanpa dipinta.

Persis kisah
Ali bin Abi Thalib dan Fatimah Az-Zahra
Yang mencintai dalam diam

Persis kisah
Nabi Yusuf dan Zulaikha
Yang mencari cinta Illahi

Tetapi, aksara ini mengisahkan,
kisah Noah Al Haq dan Abisha Nayyira.

Noah Al Haq
Sebaris nama yang terkenal dengan satu sifat yang sudah sebati di dalam diri.
Noah. artinya tenang.
Seiring dengan dirinya yang sering bersikap tenang.
Dia. Lebih gemar memerhati berbanding bertutur.
Dia. Lebih gemar meluangkan hal sendiri berbanding mencampuri hal orang lain.

Tetapi..
satu hal mengubah seorang Noah Al Haq
Helaian puisi yang membuatkan hatinya seolah olah ingin mencari sang pemilik.

Puisi tentang bulan.

Abisha Nayyira.
Anugerah Tuhan.
Senyum tidak pernah lekang di bibir.
Senyuman yang tak ubah seperti plaster.
Senyuman yang menutup segala resah.

Dia. Ibarat anugerah Tuhan.
Hadirnya dia mengubah hala tuju hidup sang jejaka.

Dia..
hadir menemani si gadis

Disaat dia tergapai gapai di tengah lautan.
Dia hadir memberi ketenangan.

Disaat dia mempersoalkan ketentuan diri.
Dia hadir memberi kebenaran.

Disaat dia tiada tempat untuk bergantung.
Dia hadir sebagai tempat bersandar.

Disaat dia hilang sebuah rumah.
Dia hadir sebagai persinggahan.

Noah Al Haq
tempat nyaman
Abisha Nayyira.

Tetapi mereka tahu,
Dunia itu kejam.

Dua hati yang berdetak hebat.
Pada akhirnya salah satunya akan berhenti berdetak.

Dan diri terpaksa,
Melepaskan di kala perit.

Walaupun nama itu masih tersemat di dada,

dia harus akur dengan kehendak Illahi.

Cinta itu tak semestinya memiliki bukan ?

-dee

Hygge Where stories live. Discover now