Rayban hitam dipakai cuba untuk menutup lingkaran hitam di mata. Rumah Agam yang tersergam indah dihadapannya ditatap. Rumah ini tak ubah seperti rumah keduanya. Rumah keluarga Tuan Malik Hadi.
Rumah yang dia akan datang setiap hari bagi menjemput gadis kecil keluarga ini Abisha Nayyira.
Everyday without miss he will come here.
Sebagai pengawal peribadi Abisha.
Tetapi sekarang..
Gadis itu telah tiada.Membuatkan Arif tertanya tanya adakah dia akan masih datang ke rumah ini seperti kebiasaannya.
Kereta yang dia sedang pandu tika ini adalah milik Abisha. Kereta khas milik Abisha. Lihat sahaja plat nombor kereta mewah ini.
ANM
singkatan kepada Abisha Nayyira Malik.Dan tujuan dia berada di hadapan rumah agam ini adalah untuk memulangkan kembali hak milik gadis itu.
Kereta dipandu mendekati pagar mewah itu sebelum pagar itu dengan sendirinya terbuka membenarkan dia masuk. Kereta dipandu ke garaj yang disediakan.
Entah kenapa hari ini.. suasana rumah ini tidak seperti kebiasaan. Rumah yang menjadi antara tempat dia pergi untuk mencari tempat nyaman kini rumah ini seolah dipenuhi hiba.
Tiada lagi suara Abisha yang menjerit teruja melihatnya tiba. Ataupun suara Abisha yang sibuk berlari mengejar kucing kucingnya.
Kereta dikunci sebelum tubuh tegap itu melangkah ke pintu utama rumah. Loceng ditekan biarpun dia tahu kata laluan rumah ini.
Beberapa minit menunggu akhirnya pintu terbuka dari dalam. Susuk Sofia Daneena menghiasi pandangan. Kepala ditunduk sedikit menyapa wanita yang bergelar isteri Abhan Nuaim ini.
"Assalamualaikum."
"Walaikumusalam.. Arif.. masuklah."
Serak suara wanita itu menjemputnya masuk.Kaki panjang milik Arif melangkah masuk ke ruang utama rumah. Kosong. Entah kenapa rumah ini terasa kosong.
"han ada dekat atas.. ibu dengan walid pun dekat atas. Jap Sofia panggilkan eh. duduklah dulu."
Arif hanya mengangguk seraya melabuhkan duduk. Tidak kekok memandangkan dia sudah biasa ke rumah ini.
Tetapi hari ini lain.
Dia hadir tanpa susuk Abisha.
"meow.."
Suara ngauman itu menarik perhatian Arif. Meredup pandangannya apabila mata dihiasi tiga ekor bulus kesayangan Abisha.
Senyuman dipaksa mungkin untuk diukir.
"Hai Pearl.. Coco.. Luna."Tiga ekor bulus itu melompat naik ke atas ribanya lalu tidak sudah menggeselkan tubuh mereka pada tubuhnya. Mungkin mereka rindukan Abisha.
Tubuh kecil Luna diletakkan ke atas riba lalu kepala itu dielus lembut. Sebak dihati ditahan sebaik mungkin.
"hai Luna..""meoww.."
"miss her ?."
Soal Abhan perlahan."we all do.."
Tenang. Tiga tubuh bulus itu tenang menempel pada tubuh Arif. Entah kenapa Arif merasakan seolah tiga ekor bulus ini sedang cuba untuk memujuknya.
They know.
Seolah mereka tahu..
semua di dalam rumah ini merasa kehilangan."Coco Pearl Luna tu sekarang banyak duduk bilik adik. Kadang tak keluar langsung."
Suara Sofia yang baru tiba dari tangga menyentakkan lamunan Arif.
YOU ARE READING
Hygge
RomanceHygge A feeling of warmth and cosiness as you enjoy life's simple pleasures. "Dengan Nama Allah Abisha perasaan ini hadir tanpa dipinta" -Noah Al Haq "Dengan izin Allah Noah, hati yang lemah ini kembali berdetak" -Abisha Nayyira Satu kisah di a...