Istimewa | Syed Arif Athar.

526 34 4
                                    

Arif menatap serius setiap butir aksara yang tertera di skrin tab mini miliknya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Arif menatap serius setiap butir aksara yang tertera di skrin tab mini miliknya. Bibir perlahan mengukir senyuman senget melihat komen negatif orang tentang kewujudannya.

Ada yang mengatakan dia hanyalah penipuan. Ada juga yang mengatakan dia anak luar nikah pasangan itu. Arif tenang biarpun hati panas apabila disangka anak luar nikah.

"Arif.."
Arif mengangkat wajah menatap susuk Tuan Malik Hadi melangkah turun dari tingkat atas diikuti Abhan di belakang dengan satu kotak file.

"Walid.."
Tangan itu disalam sopan sebelum dia kembali duduk.

Abhan meletakkan kotak itu dihadapan Arif sebelum dia turut melabuhkan duduk.
"fuh berat betull."

Arif meletakkan tab di atas meja kopi. Abhan melirik kecil paparan skrin tablet mini itu.
"huh.. reporters."

Arif hanya tersenyum senget.

"Arif betul betul ready ?."
Soal Tuan Malik Hadi serius disambut anggukkan dari Arif.

"Tanggungjawab Arif pada peninggalan Ayah dan ibu.. Arif dah lama sangat lari dari tanggungjawab ni. and i think it's the time.."
Tenang Arif menyatakan.

"And you ready to appear as anak diorang.. you know the consequences right?."

"Arif tahu walid.. dan insha'Allah I can manage."

Tuan Malik menatap lembut wajah tampan lelaki dihadapannya. Sedikit sebanyak hati diterpa rasa sayu. Wajah Arif tidak ubah seperti sahabatnya Anas.

Raut wajah serius tetapi memberi aura tenang dan lembut. Lirih hatinya setiap kali menatap Arif. Arif seolah bayang kepada sahabat handainya yang sudah kembali.

"ni semua file Yayasan. Other than this nanti Walid email dekat Arif."

"okay Walid. Thank u for taking care of Imarah."

Tuan Malik hanya tersenyum.
"all the best Arif. Walid tahu you can be a great leader."

"just like you dad."

.⁠。⁠*⁠♡

Arif merenung lama rumah agam yang sudah lama dia tidak menjejakkan langkah. Rumah ini. Kali terakhir dia berada di dalam rumah ini hari terakhir dia menduduki peperiksaan SPM. Selepas itu dia mengambil keputusan untuk meninggalkan semuanya.

Meninggalkan gelaran Syed dan harta harta warisan. Tetapi hari ini dia kembali.

Kembali sebagai Syed Arif Athar.

Pagar kecil rumah dibuka lalu dia menapak masuk. Rumah ini masih tidak berubah. Semua kedudukan pokok bunga arwah ibunya masih berada pada kedudukan asal biarpun ada yang sudah diganti baru.

Kaki Arif menapak ke pintu utama rumah. Dengan perlahan tangan naik hendak meletakkan kata kunci pintu ini.

Pintu terbuka. Tersenyum nipis Arif apabila sedar kata kunci rumah ini tak pernah berubah sepanjang dia pergi.

Hygge Where stories live. Discover now