tiga belas | hati

513 44 5
                                        

Menginjak Dua tahun semenjak Noah berlepas ke Luar Negara, Kini dia mula terbiasa dengan suasana di Kota Mesir ini. Bergelar pelajar Jurusan Pengajian Islam bukanlah mudah lebih lebih lagi apabila berada di Negara orang.

Tetapi Noah sering ingatkan diri bahawa menuntut ilmu itu satu Ibadah. Dan hampir setiap hari, dia akan mendapat panggilan dari umi.

Dan panggilan itu akan berakhir dengan kata kata umi yang tidak pernah lekang dari ingatan.

"Haq belajar elok elok ye sayang.. umi dan abi sentiasa doakan Haq. Ingat Haq.. belajar ini satu ibadah. Umi dan Abi bangga dengan Haq.."

Noah melangkah turun ke bawah dari bilik miliknya Sistem penglihatan dihiasi tubuh rakan serumahnya.

"صباح الخير نوح." (pagi, Noah)
Sapa Lelaki yang sedang duduk di meja makan apabila melihat tubuh Noah.

"صباح الخير إكرام." ( Pagi, Ikram )
Noah menyapa kembali sebelum melabuhkan duduk dihadapan Ikram.

Muhammad Ikram,
Juga merupakan pelajar dari Malaysia.
Lain dengan dia, Ikram merupakan pelajar jurusan perubatan. Sukar untuk dia menemui Ikram di memandangkan lelaki ini sering sibuk.

"makan ?."
Soal Ikram seraya menghulurkan jem strawberry yang berada dihadapannya.

Noah menggeleng. Beg miliknya disangkut bahu seraya tangan bergerak menuang air teh ke dalam cawan.
"kau kelas pukul berapa ?."

Ikram melihat jam yang berada di dinding. Mulut masih ralit mengunyah roti.
"9pagi."

Noah mengangguk mengerti. Teh di cawan dihabiskan sebelum tubuh itu bergegas ke rak kasut.
"aku pergi dulu.. Assalamualaikum.."

"Walaikumusalam.."
Jawab Ikram tenang seraya kembali menyambung suapannya setelah tubuh Noah hilang dari pandangan.

Noah berjalan tenang menyelusuri laman universiti, Mata menikmati suasana indah kotak Mesir pada waktu pagi. Daun yang berguguran mengingatkan Noah pada si gadis yang berada di Malaysia.

Handphone dibawa keluar dari pocket sebelum satu gambar ditangkap. Butang hantar ditekan. Senyuman terukir di bibir apabila jari kembali melihat message gadis itu sebelum ini.

Perbezaan masa menyukarkan mereka untuk berinteraksi, jadi setakat ini mereka berdua hanya menghantar gambar dan memberi pesan ringkas

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.


Perbezaan masa menyukarkan mereka untuk berinteraksi, jadi setakat ini mereka berdua hanya menghantar gambar dan memberi pesan ringkas. Updating each others life.

Tersentak kecil Noah apabila tubuhnya dilanggar.
"AllahuAkhbar.."

"آسف، آسف، لم أقصد أن..." (maaf, maaf. saya tak sengaja)
Berkali kali gadis itu meminta maaf kerana melanggarnya.

"لا بأس.. أنا بخير." (tak apa.. saya okay)
Senyuman nipis diberi cuba untuk mengatakan bahawa dia tidak apa apa. Handphone yang terjatuh dari pegangan dicapai.

Hygge Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang