lima belas | ibu

426 36 0
                                        

Ibu.
Insan yang bertarung nyawa melahirkan anaknya.
Insan yang sanggup mengorbankan apa sahaja untuk anaknya.

Jadi mana mungkin insan ini,
sanggup melihat jasad tidak bernyawa satu satunya anak perempuannya.

Wajah Puan Asma pucat lesi. Mata tidak lepas menatap sekujur tubuh yang dibaluti pakaian terakhir gadis itu.

Tidak pernah singgah di benak akal dia akan melihat jasad puterinya ini dibaluti kain kafan. Terluka hebat hati seorang ibu tika ini.

Anak yang dia kandung 9 bulan lamanya.
Anak yang dia nanti nantikan kewujudannya.
Anak yang dia korbankan nyawanya melahirkan.

Kini Tuhan tarik anugerah ini darinya.

Mana mungkin seorang ibu.. tidak terluka.
Di saat Tuhan tarik satu satunya anak gadisnya.

Bisha.. maafkan ibu.

Wajah gembil abisha sewaktu bayi masih segar diingatan. Bagaimana anak kecil itu sering menempel pada dirinya.

Makanan pertama Abisha.
Senyuman pertama Abisha.
Mainan pertama Abisha.

Langkah pertama Abisha.

"cepat adik.. tatih adik tatih.."
Langkah kaki kecil itu diteliti.

"okay cepat adik sayang.. abang han jaga tepi !."
Tuan Malik memegang tubuh kecil Abisha yang melompat lompat dipegangannya.

Abhan yang masih kecil dengan penuh teruja menjaga sisi sang adik. Gusar jika adiknya terjatuh.

"come to ibu.."

Dengan langkah perlahan, tubuh kecil Abisha melangkah terkedek kedek menuju ke arah Puan Asma.

"sikit lagi adik.."

Tubuh kecil itu ditangkap lalu digomol.
"YEAYYY ADIK DAH BOLEH JALAN !."

Abhan memeluk tubuh adiknya membuatkan si kecil abisha terkekek kecil.

Perkataan pertama yang disebut Abisha.

"ibu.. cepat adik.. iii buuu.."
Memuncung mulut Puan Asma cuba untuk melatih abisha menyebut.

"bisha sebut walid lah sayang.."
Tuan Malik di sisi menganggu.

"ish abang diam.."

"HAHAHHA."
Tertawa Tuan Malik. Tahu bahawa isterinya tidak puas hati apabila Abisha menyebut walid dahulu sebelum ibu.

"lid.."

"yeayy pandainyaa puteri walid !!."
Pipi gembil itu digomol geram.

"ishh bisha.. ibuuu."

Abhan di sisi tersenyum seraya tangan bermain dengan tangan kecil adiknya.
"abang han.."

Mata bulat Abisha terkebil kebil menatap wajah Abhan sebelum mulut kecil itu terbuka.
"han.."

Hanya hujung perkataan yang terbit dari bibir tapi masih mampu menguntum senyuman lebar di wajah tiga insan dihadapan.

"ee adik ! apa sebut abang han pulak."

"HAHAHAHHA."
Gelak tawa Abhan dan Tuan Malik turut disertai oleh Abisha yang terkekek kecil.

Semuanya masih segar diingatannya.

Pakaian pertama Abisha berona merah jambu yang dijahit sendiri olehnya.

Hygge Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang