BAB 23

1.8K 102 10
                                    

Ruang workstation masing-masing penuhi dengan bunyi ketikan papan kekunci walaupun sedikit berbunyi tapi orang seperti mereka sudah biasa dengan hal seperti ini.

"Hanin. Kau pergi hantar report ni dekat Tuan Edlan. Dia nak sekarang untuk tanda tangan. Aku dah minta izin. Pergi sekarang okey." ujar Kak Sue meletakkan file tebal di atas meja Hanin.

"Ah...kenapa saya? Bukan selalu akak suruh Lia ke yang hantar." rungut Hanin.

Kak Sue bercekak pinggang. "Sebab aku suruh dia banyak kalilah kali ni aku nak kau pula...dah jangan banyak songeh pergi hantar." arah dia dan terus sahaja berlalu pergi meninggalkan meja Hanin.

Mereka yang lain mendengar masing-masing mengetawakan Hanin. Dan makin cemberut gadis itu jadinya.

"Ha...kak Illy. Hanin takutlah nak pergi hantar!" ujar Hanin sengaja di buat muka comelnya itu.

"Alah...ko ni! Pergi hantar ja pun minta tanda tangan blah lehh...lagipun Tuan Edlan tu bukan nak cekek makan ko pun." ujar Kak Illy.

"Betul tu!" dan di sokong oleh Filez.

"Lagipun kau kan cakap bos baru kita tu handsome sangat. Inilah peluang dia kau nak tatap muka dia secara dekat." kali ini Aqriz bersuara.

"Hish! Korang ni! Tak membantu langsung!" omel Hanin.

Sedang Dahlia sibuk sendiri dan tidak mencampuri hal mereka dia di datangi oleh Hanin.

"Lia...kau tolong aku boleh." pujuk Hanin. Serta fail tebal tersebut di letakkan di atas meja Dahlia.

"Nak minta tolong apa cik Hanin??" Dahlia memandang kepada Hanin.

Dan gadis itu, hanya tersengeh sahaja. "Hehehe..tolong aku hantar dokumen ni dekat bos. Aku takut lah...kau kan dah biasa jumpa orang-orang atas ni." ujar Hanin.

"Itu bos lama bukannya sekarang cik Hanin" celah Aqriz.

"Diam kau." Hanin menghendik kecil kepada Aqriz.

Dahlia tergelak kecil dengan mereka berdua ini kalau tidak bergaduh tidak sah!

Langsung sahaja Dahlia bangun. "Dah-dah...korang ni kan...tak sah kalau tak bertikam lidahkan." ujar dia mencuit pipi pau milik si Hanin ini.

Fail tersebut di ambil daripada tangan Hanin. "Aku pergi hantar. Tapi...kau kena belanja aku makan aiskrim lepas ni." ujar dia.

"Okey! Kau suka aiskrim cookies and cream kan. Kau nak dua aku belanja." ujar Hanin tersenyum lebar apbila Dahlia dengan sukarela membantu dia.

"Kalau bab ni pandai kau bodek eh Hanin!" kali ini Kak Illy mengkritik.

Dan Hanin menunjukkan sengih. "Mestilah...thanks Lia..thank you." ucap Hanin.

"Ye..sama-sama. Dah aku pergi dulu. Lambat-lambat aku pula yang kena marah!" ujar dia.

Dan terus saja berlalu pergi keluar daripada pejabat jabatan mereka dan menuju masuk ke dalam lift untuk ke tingkat 50.

Sesaat pintu lift terbuka ada seseorang. Lelaki tinggi dengan pakaian kasual berwarna putih berseluar coklet gelap di dalam lift tanpa apa-apa selambar sahaja Dahlia masuk dan langsung menekan butang ke tingkat 50.

"You ada urusan dengan bos juga?" soal lelaki yang berdiri sedikit jauh di sudut kotak lift tersebut.

"Ye. Encik." balas Dahlia sungguh dingin.

Dia perasan bahawa tiada butang di tekan melainkan tingkat 50. Dia jangkakan lelaki ini juga antara orang atasan di tingkat yang sama.

46. 47. 48. 49. 50. ting!

C | Anata ga ichiban suki: Aku paling cintakan kauWhere stories live. Discover now