BAB 36

1.7K 106 5
                                    

"Oh.." itu perkataan yang keluar daripada mulutnya apabila si penumpang hadapan munculkan diri.

Marsyah keluarkan separuh badannya daripada tempat penumpang hadapan dengan wajah yang jelas menyampah dengan adanya Dahlia di sini.

"Kereta dia adik dia guna. I terpaksa tumpangkan." jelas Qaum. Dan perkataan 'Terpaksa' itu jelas membuatkan wajah Marsyah makin jadi keruh dan menyampah.

"It's okey. Lagipun buat apa you nak bagitahu I semua ni. I don't care." sindir dia. Mata masih memanah tajam kepada Marsyah.

Serta merta Marsyah keluar daripada perut kereta. "Kalau kau tak kesah. Apasal nak tumpang dia juga!" kali ini wanita itu meninggikan suara.

Dahlia tersenyum sinis. "Maaf. Aku tak ada niat nak tumpang atau nak minta bantuan daripada 'kekasih' kau ni. Kau pun boleh nampak sendiri siapa yang berhenti?" balas Dahlia.

"Dan yang penting dia nampak tak 'terpaksa' pun untuk tolong aku sampai tumpangkan aku pergi bengkel." sambungnya.

Terus-terusan Marsyah ke hilangan kata-kata untuk membalas debat dengan Dahlia. Seperti selalu.

Kalau berhadapan dengan wanita api seperti Marsyah ini. Kita kena jadi ais. Biar melebur terus tak dapat nak cairkan separuh daripada diri.

Terlihat Marsyah mengigit bawah bibir. Jelas hilang kata-kata. Dan itu, makin menimbulkan sengihan Dahlia. Menang!

"Dahlia." panggil Qaum lembut.

Tapi tidak Dahlia berpaling. Sebaliknya, dia akur dan masuk ke dalam kereta. Pintu di tutup oleh Qaum setelah itu mereka semua masuk semula ke dalam kereta.

Tidak langsung dia perdulikan mereka yang berada di hadapannya. Dia bersandarkan diri dengan telifon pintar serta tas tangan yang di bawa bersama.

Telifon yang masih menunjukkan log nombor telifon Tuan Edlan dia biarkan sahaja tidak menekan untuk menelifon.

*********

Jam 9.45 malam, Bengkel Chin Lim.

"Ini kena tukar baterilah. Dah tamat tempuh seminggu lepas." beritahu Lim. Iaitu rakan kepada Qaum pemilik bengkel kereta mewah ini.

Dahlia mendengar dengan penuh perhatian. "So berapa lama boleh siap?" soalnya.

"Kalau hari ini, tak boleh siapkan lagi. Maybe dalam 3 hari. I kena order bateri. And after that masukkan yang baru." jelas Lim.

"Tiga hari?"

Lim menagnggukkan kepala. Dahlia mengosok pelipisnya. Aduh...3 harilah dia kena naik taksi ni?!

"Macam mana?" soal Lim.

Dahlia memandang silih berganti keretanya dengan Lim. "Bolehlah...boleh." balasnya.

Mahu kata tidak. Dia tidak tahu mana kedai kereta yang ada. Apapun dia kena setuju sahajalah. Malas mahu berfikir.

Dia berlalu ke kuanter pembayaran. Kata Lim dia harus membayar mukanya dahlu untuk mereka melakukan kerja. Setelah siapa akan di bayar penuh.

"Berapa duit muka?" soal Dahlia. Dia mengorek dompet duitnya di dalam tas tangan tersebut.

"RM 100 miss." balas gadis muda berbangsa cina itu.

Baru sahaja dia mahu mengeluarkan kad kreditnya. Ada satu tangan lain yang menghulurkan duit RM 50 dua keping kepada gadis tersebut.

"Biar I bayarkan." ujar satu pemilik suara tersebut.

Cepat-cepat Dahlia tegah. "No. Tak payah. Ambil kad I." ujarnya sepantas mungkin dia menghulurkan kad kreditnya.

Dan gadis tersebut seakan menegerti langsung mengambil kad kredit milik Dahlia dan terus membuat proses pembayaran.

C | Anata ga ichiban suki: Aku paling cintakan kauWhere stories live. Discover now