BAB 28

1.9K 103 6
                                    

Klik...klik...klik...

Setiap kali gambar di ambil mereka berdua dengan professional-nya dan penuh gaya yang cukup membuatkan semua yang berada di situ.

Setiap kali ada peluang mereka akan mengambil gaya memandang antara satu sama lain. Seakan pasangan yang sungguh sedang jatuh cinta.

Itu menjelaskan mereka serasi bersama. Dahlia yang melihat daripada sesi pertama sehingga yang terakhir ini hanya melihat tanpa ada perasaan apa langsung.

Walaupun dia perasaan setiap kali itu, lelaki itu akan mencuri pandang kepada dia. Tapi tidak langsung dia ambil kesah.

Dia malas. Lagipun dia terlalu sibuk untuk urusankan kerjanya yang tiba-tiba kak Sue hubungi dia untuk selesaikan.

"Okey guys is a wrap!" terdengar daripada suara Roy melaung.

Dan langung seisi ruangan tersebut riuh dengan suara sorakkan serta tepuk tangan. Kerana pada akhirnya semuanya selesai juga.

Langsung Dahlia masuk ke bilik persalinan Qaum untuk mengemas semua pakaian lelaki itu pakai.

Dalam beberapa minit setelah itu terdengar pintu bilik tersebut di buka. Tapi tidak langsung dia perduli.

Dan lelaki itu, langsung berjalan menuju ke bilik persalinan untuk menukar kepada pakaiannya semula.

Sekitar 15 minit Qaum keluar semula. Dan Dahlia sudah bangun daripada duduk berhadapan dengan Ket dan mendekati kepada lelaki tersebut.

"Baju." arah Dahlia sangat dingin. Wajahnya tidak langsung memandang.

Seperti lembu cucuk hidung lelaki itu segera memberikan sepasang pakaian tersebut kepada Dahlia semula.

Dan terus Dahlia ambil dan gantungkan ke penyangkut baju dan kerja lain-lainnya.

Tidak memandang kepada lelaki tersebut pun. Dia tahu Qaum sudah berlalu ke meja make up untuk menghapuskan make up-nya di bantu oleh Ket.

Setelah aksesori serta lain-lain di asingkan langsung sahaja Dahlia keluar daripada ruang bilik bersalin tersebut.

Kerjanya sudah selesai. Dan sekarang dia hanya kena tunggu kak Bell selesaikan semuanya barulah dia boleh pulang.

Dia mendekati kepada Roy dan Kak Bell yang seakan sibuk berbincang sesuatu.

Tapi itu, tidak membuat mereka tidak menyedari kehadiran dia. Kak Bell dan Roy sama-sama berpaling kepada dia.

"Dah habis dah uruskan pakaian Qaum?" soal Kak Bell.

Dahlia menganggukkan kepala. "Dah kak. Dia tengah bersihkan make up dia." beritahu dia.

"You work hard to day Lia. Great job." puji Roy.

"You pun apa kurangnya. Mr fotografe. You work hard too." balas Dahlia. Lagi-lagi melihat kepada hasil fotoshoot hari ini.

Boleh di katakan sempurna hasilnya. Roy...siapa tidak kenal. Fotografe paling berbakat serta berpengalaman dalam kemahiran ini.

"Lia. Duduk-duduk dulu ye. Ini sikit lagi nak siap kita balik terus." ujar Kak Bell jam yang sudah hampir menunjukkan pukul 6.35 petang itu sungguh merisaukan dia.

Bila nak sampai pejabat bilalah. Tambahan sekarang pasti jalan akan sesak dengan kereta yang balik pada office hour serta kilang yang balik pada pukul 7 pasti bakal bertambah sesak!

"Okey kak. No problem." balas Dahlia. Luar nampak seperti tiada masalah. Tapi dalam ini siapalah yang tahu.

Dia mengambil duduk di belakang mereka berdua sesaat mahu mengambil telifon pintarnya sementara kerja selesai baru dia perasan telifonnya tidak berada bersama dia.

C | Anata ga ichiban suki: Aku paling cintakan kauWhere stories live. Discover now