BAB 60

1.3K 82 9
                                    

Suasana yang lagi-lagi hening itu membuatkan hati Dahlia makin terasa mencengkam.

Matanya tidak habis ke kiri dan ke kanan. Melihat kepada suasana ruang restoran yang sedikit tertutup daripada pandangan orang.

Dia masih ingat semasa mereka baru sampai tadi.

Break kereta di tarik. Dan belum lagi Dahlia mahu membuka tali pinggang keselamatannya itu Edlan bersuara.

"Dahlia kejap." ujar Edlan.

Sekaligus memberhentikan langkah Dahlia itu tadi. Perlahan-lahan Dahlia berpaling kepada lelaki tersebut yang kelihatan masih dingin tersebut.

Di lihat lelaki itu sedikit beralih mendekatinya hatinya sudah mula berdebar sehingga jarak mereka hanya tinggal satu jengka jari lelaki itu membuka laci di hadapan tempatnya duduk tersebut.

Lalu mengeluarkan sesuatu. "Pakai pelitup muka ni. Walaupun tak akan ada wartawan dekat sini. Tapi mesti akan ada orang dah kenal wajah awak." bicara lelaki tersebut.

Tapi tidak sempat lagi Dahlia mengambil pelitup muka itu daripada Edlan lelaki itu sekali lagi bertindak di luar dugaannya.

Segera lelaki itu menyarungkan pelitup muka berwarna hitam ke wajahnya dengan penuh lembut dan berhati-hati.

Walaubagaimana pun tidak langsung mengubah bibir tersebut daripada tersenyum secalit pun.

'Edlan...awak kecewa dengan saya ke?' bisik hatinya. Entah mengapa hatinya terasa sedih melihat setiap tidakkan Edlan yang jelas kaku tersebut.

Dia kembali ke masa kini. Di situasi yang sama mereka saling berhadap-hadapan antara satu sama lainnya.

Pada masa yang sama di bawah meja tidak habis-habis kedua tangannya meramas antara satu sama lain.

Ada perasaan janggal. Ada perasaan tegang. Ada juga perasaan sedih apabila setiap kali melihat kepada Edlan yang hanya diam memandang kepadanya.

Akibat rasanya terlalu lama mereka dalam keadaan ini maka dengan itu langsung sahaja Dahlia terlebih dahulu memecahkan kesunyian antara mereka.

"Kenapa Tuan bawa saya ke sini?" soal Dahlia.

"Macam apa yang saya cakap tadi. Saya nak kita berbual. Hanya kita sahaja." balas Edlan.

Perlahan-lahan Dahlia menganggukkan kepala menandakkan dia mengerti. Dan sebenarnya sudah pun mengerti maksudnya Edlan bawanya ke sini.

"Betul ke apa yang jadi. Semalam Qaum melamar awak?" soal lelaki tersebut.

Dalam diam Dahlia menelan air liurnya yang terasa payah. Tapi pada akhirnya dia perlahan-lahan menganggukkan kepala.

"Betul." balasnya.

"Jadi awak akan terima dia. Kalau dia dapat hafal satu al-quran dalam masa seminggu ni?" nyata lelaki itu.

Terpampang jelas lelaki itu sudah mengetahui semuanya. Dan atas persyarataannya itu dia menerima banyak kecaman.

Sedikit Dahlia menganggukan kepala sebagai jawapan. "Awak memang akan berkahwin dengan dia juga kan? Awak masih cintakan dia." nyata lelaki itu membuatkan Dahlia segera mengangkat kepada memandang kepada lelaki tersebut.

Sekali lagi mereak tepat memandang antara satu sama lain. "Saya." belum lagi Dahlia menjawab lelaki itu berucap lagi.

"Awak masih ada perasaan pada dia Lia? Lepas apa yang pernah dia buat pada awak sebelum ni?" nyatanya lagi.

Serta merta membuat Dahlia sedikit tersentak dengan persoalan tersebut.

Pada masa yang bersamaan ingatannya di ingatkan kembali di saat pertemuan dia dengan wanita yang memperkenalkan diri sebagai bakal tunang kepada Edlan.

C | Anata ga ichiban suki: Aku paling cintakan kauWhere stories live. Discover now