Bab 10

191 10 1
                                    

PADA pagi itu Ariana dikejutkan dengan perutnya yang tiba-tiba terasa sangat mual. Sebenarnya dari semalam lagi perutnya sudah berasa tidak selesa. Selalu saja berasa ingin muntah.

Ariana yang peka akan keadaan itu terus bingkas dari tudurnya dan berjalan ke arah meja solek untuk mengambil sebatang alat yang bernama pregnancy test yang sudah dibelinya semalam.

Ariana mula berjalan masuk ke dalam bilik air dan sudah mempersiapkan segala peralatan untuk memeriksanya. Ariana membuang air kecil dan urinya diletakkan di satu bekas kecil. Dan selepas itu, Ariana memasukkan dua pregnancy test sekaligus ke dalam bekas kecil itu.

Ariana mula menunggu sekitar dalam sepuluh minit untuk mendapat keputusannya. Dia sangat gelisah menunggu keputusannya saat ini.

Sepuluh minit sudah berlalu, kini Ariana mempersiapkan dirinya untuk mengetahui keputusan dari pregnancy test itu. Ariana mengambil pregnancy test tersebut dengan perlahan-lahan. Dan ternyata, keputusannya adalah...

Positif!

"Perlu ke aku berkata jujur pasal perkara ni kepada mereka sang pembuat luka? Walaupun dalam perjanjian itu aku kena berikan anak ni kepada mereka, aku berasa seolah-olah sesuatu yang menghalang aku. Tak guna! Kenapa perasaan menyesal tu baru datang sekarang?!" Ariana mengelap kasar air matanya.

Lantas, Ariana berlalu pergi dari dari bilik air itu dengan langkah yang tergesa-gesa. Sebaik sahaja Ariana membuka pintu, susuk Iman sudah berdiri tegak di hadapannya.

"Phone Riana dari tadi tak habis-habis berbunyi. Naik bingit telinga Iman dibuatnya! Rasanya penting sangat kut. Cuba Riana pergi angkat. Kesian orang tu dari tadi asyik call Riana..." ujar Iman. Ariana tersenyum manis ke arahnya lalu mula membuka langkah untuk mencapai telefon bimbitnya yang berada di atas meja.

Ariana mencapai telefon bimbitnya dan tenyata nama Daniel yang terpapar di skrin telefonnya. Ariana menarik nafasnya sejenak lalu mengangkat panggilan tersebut. Mana tahu kalau panggilan itu penting?

"Helo?" baru sahaja Ariana mengucapkan satu kata penyapa Daniel sudah terus straight to the point alasan mengapa dia menelefon gadis itu.

Setelah mendegar tutur kata daripada Daniel di atas talian itu, Ariana menutup telefonnya dan terus bergegas bersiap-siap untuk menuju ke hospital.

"Iman boleh tolong hantar Riana ke hospital? Daniel cakap Kak Adrin masuk hospital. Riana takut kalau apa-apa terjadi dekat dia!" ujar Ariana kepada Iman yang sedari tadi hanya membatu di situ.

Iman hanya menganggukkan kepalanya sebagai jawapan lalu terlebih dulu keluar dari bilik. Untungnya Ariana masih menggunakan baju semalam jadi tidak perlu berganti baju lagi.

Setelah siap, Ariana terus keluar dari bilik.  Langkah dituju ke arah Honda Civic hitam milik Iman di hadapan sana. Kini Ariana dan Iman sudah berada di dalam perut kereta itu. Ariana meminta Iman untuk melajukan keretanya dengan kecepatan yang sedikit tinggi.

"Riana jangan risau okey? Adriana pasti tak apa-apa. Lagipun, mungkin ini semua karma bagi dia sebab dah banyak lukakan hati orang di sekelilingnya. Riana masih tak sedar ke luka yang Riana dapat sekarang ni bukan hanya dari Daniel, melainkan dari Adriana juga? Andai saja Adriana tak rancang permainan bodoh ni, Riana pasti tak akan terluka macam sekarang." ujar Iman menenangkan Ariana.

"Jangan salahkan Kak Adrin sorang aje, tapi Riana pun salah sebab dah ikut permainan ni. Riana kena terima apa saja luka Riana yang Riana dapat seperti mana Riana terima permainan yang dibuat oleh kak Adrin." Tidak ada apa-apa jawapan dari Iman. Dia terlihat seperti kecewa dengan ucapan yang dilontarkan dari mulut Ariana.

𝐂 | 𝐎𝐮𝐫 𝐅𝐥𝐚𝐲𝐞𝐝 𝐇𝐞𝐚𝐫𝐭𝐬Where stories live. Discover now