Bab 8

165 11 0
                                    

KINI hanya ada Daniel, Adriana dan Puan Linda sahaja di ruang tamu. Tiada perbincangan apapun di antara mereka setelah Ariana berlalu dari situ.

Daniel sedari tadi hanya menatap tajam ke arah Adriana. Entah apa erti dari tatapan tajamnya itu. Daniel membalikkan tubuhnya hendak melangkah naik ke atas tapi tiba-tiba Adriana menahan tangannya.

"You tak rindu I ke, Dan? You tak nak balik rumah meluangkan masa dengan I? Dah lama I tak dapat pelukkan kasih sayang daripada you..." ujar Adriana.

Daniel melepaskan tangannya dari pegangan Adriana.

"Bukan ke saya boleh balik ke rumah setelah selesai tugas saya selama seminggu? And then, kenapa Cik Adriana minta saya balik kalau tugas saya masih belum selesai?" soal Daniel sambil merenung tajam ke arah Adriana.
 
Adriana terkejut tatkala mendengar jawapan yang keluar dari mulut Daniel. Terlebih lagi dirinya menggunakan bahasa formal dalam tutur katanya. Adriana tahu jika Daniel sudah mula berbicara formal dengannya, maka tandanya Daniel sedang marah padanya.

"You dah berubah, Dan..." lirih Adriana.

"You silap, Adrin. I tetaplah Daniel Eskandar yang you kenal dan seorang yang masih cintakan you hingga ke saat ni. Tapi, ada banyak perkara yang I dapat rasakan dalam diri Riana yang tiada dalam diri you. Itu yang membuatkan I berasa lebih nyaman dengan dia." ujar Daniel lalu membuka langkah untuk untuk menaiki tangga meninggalkan Adriana yang masih terkaku di situ.

Adriana yang mendengar itu terus menangis sejadi-jadinya. Rasanya sangat sakit tatkala mendengar suami sendiri yang mengaku dirinya lebih nyaman dengan perempuan lain.

"Ni semua bohong kan, bonda? Tak mungkin Daniel boleh berasa nyaman dan selesa dengan Riana. Daniel cuma milik Adrin, bonda... milik Adrin!" Adriana menangis keesakkan sambil memeluk erat Puan Linda.

"Daniel hanya milik kamu sorang saja, Adrin. Tiada sesiapa yang boleh merampas Daniel daripada kamu. Bonda akan pastikan yang kamu akan dapat apa saja yang kamu mahu. Bonda janji yang bonda akan buat apa saja asalkan anak bonda bahagia. Kalau keadaan memaksa, bonda akan hapuskan Ariana dari hidup kamu dan Daniel!" ucap Puan Linda memujuk anak tunggalnya itu.

"Riana yang buat semuanya menjadi hancur, bonda. Adrin tahu seberapa besar cinta Daniel pada Adrin. Mustahil Daniel akan nyaman dengan Riana kalau Riana tak buka hati dia untuk Daniel. Tak akan ada sesiapa yang boleh masuk ke dalam hatinya, jika dia sendiri yang tidak membuka pintu hatinya!"

Ariana sedang menyimpan semua pakaiannya dari dalam almari ke dalam bagasi miliknya. Jujur, dia benar-benar sudah muak berada di dalam rumah ini.

Ariana berasa terlampau letih dan dia sangat ingin mengakhiri semua ini. Tidak memperdulikan akan perjanjian bodoh itu, dia akan segera membayar hukumannya!

 "Kau nak pergi mana?! Kau nak tinggalkan aku?!" jerkah Daniel yang tiba-tiba datang dan terus mengeluarkan pakaian Ariana dari bagasinya.

"Ya! Memang saya akan tinggalkan abang! Saya di sini bukan sesiapa untuk abang dan tugas saya dah selesai. Kita cuma perlu tunggu hasilnya saja yang saya mengandung ataupun tak. Saya akan pergi dari dari sini dan akan kembali menjalankan kehidupan saya seperti biasa tanpa adanya abang dalam hidup saya!" ujar Ariana lalu kembali memasukkan pakaiannya ke dalam bagasi. Ariana mengelap kasar air matanya yang sedari tadi terus menitis membasahi pipinya.

Pang!

Terteleng wajah Ariana tatkala mendapat tamparan kuat daripada Daniel. Luka tumbukkan tadi saja masih basah, namun sekarang dia sudah mendapatkan luka lagi. Ariana dapat merasakan hujung bibirnya mula mengeluarkan darah.

"Kau dah lupa ke yang kau tu masih isteri aku?! Kau lupa ke yang sekarang ni kau tu masih milik aku?! Kau tak boleh tinggalkan aku dan aku tak akan izinkan kau keluar dari rumah ni. Kau tetap akan bersama dengan aku sampai bila-bila!" ucap Daniel sambil mencengkram kuat dagu Ariana.

𝐂 | 𝐎𝐮𝐫 𝐅𝐥𝐚𝐲𝐞𝐝 𝐇𝐞𝐚𝐫𝐭𝐬Where stories live. Discover now