PROLOG

27 1 0
                                    

"73636"

Dia bangun dan berjalan dengan perlahan ke arah sebuah meja berwarna keemasan yang berada di tengah-tengah pentas yang luas. Jantungnya seakan-akan mahu keluar dari tulang rusuk dengan kehadiran lebih 10,000 mata-mata yang memandang dari seluruh sudut. Stadium tertutup megah yang beratap tinggi, dilengkapi dengan susunan tiang sebesar pemeluk setiap satu tersusun rapi di koridor stadium. Diserikan lagi dengan seni ukiran yang memenuhi setiap permukaan tiang-tiang dan atap. Di tengah-tengah stadium pula terletaknya sebuah pentas berbentuk bulatan yang luas, dengan kehadiran lampu chandelier yang amat besar di atasnya. Kemegahan ini pasti memukau setiap susuk yang baru menjejakkan kaki ke dalamnya.

Suasana sunyi. Yang kedengaran hanyalah bunyi tapak kaki seorang manusia. Kehebatan teknologi moden yang digunakan membuatkan dewan itu seakan-akan boleh menyerap bunyi-bunyi yang tidak diingini. Perkara ini turut menambahkan debaran di dadanya.

Dia memberhentikan tapak kaki setelah tiba di hadapan meja di tengah pentas. Di atasnya terdapat lima mangkuk kaca yang ditanam ke dalam meja berisi cecair merah pekat, di sebelah mangkuk pertama terdapat pembalut kain yang bersederhana besar.

Dia mengambil dan membuka pembalut kain tersebut dengan berhati-hati. Sebuah alatan tajam berkilau berwarna perang keemasan memantulkan cahaya daripada chandelier di atas kepalanya. Pisau itu dipegang.

Zapp...

Satu torehan dilakukan ke atas kelingking. Cecair merah segar menitik-nitik dengan laju membasahi seluruh tangan kanannya. Dia terus menghalakan jari kelingking itu ke dalam salah sebuah mangkuk kaca.

"Adler"

Bergema suara tersebut di dalam dewan lalu disambut oleh hingar-bingar suara yang lain. Mereka bersorak dengan meriahnya.

"Tahniah, 73636"

Topia : Tidak BernamaWhere stories live. Discover now