×Penafian : Cerita ini adalah rekaan semata mata. Tiada kena mengena dengan orang yang masih hidup ataupun yang sudah meninggal dunia. Sebarang persamaan adalah kebetulan semata mata. Cerita ini adalah bergenrekan homoseksual (gay) dan jika anda tidak berminat, mohon jangan baca. Sebarang ketidaktepatan fakta atau hal2 berkaitan, mohon di abaikan. Sekiranya cerita ini menepati citarasa anda, sila komen, like dan vote. Sekian terima kasih.×
Keretaku memecut laju di lebuhraya, meninggalkan kawasan bandar jauh dibelakang. Air mataku jatuh, membasahi pipiku. Sesekali, aku mengesat mataku yang ku sukar melihat dek air mata yang semakin banyak.
Pokok² ditepi jalan nampak kabur, seolah menghilang. Begitu juga dengan lampu jalan yang semakin jauh jaraknya dari satu sama lain. Aku tahu yang aku sedang memandu terlampau laju namun aku tidak peduli. Aku hanya ingin pergi jauh. Jauh dari orang yang melukakan hatiku, jauh dari tempat yang menyimpan seribu satu kenangan indah bersamanya.
"You are receiving a call from 'Cinta'."
Aku terkejut mendengar bunyi notifikasi itu lalu memandang ke arah layar infotainment. Mataku memandang nama yang tertulis disana dan hatiku hancur.
"Cinta." Bisikku. Apabila aku menoleh ke depan, kereta ku sudah menghampiri selekoh tajam, membuatkan aku membelok kereta dengan agak kuat. Terdengar bunyi tayar kereta seolah membantah kelakuan itu. Sebaik berada dijalan lurus, aku tekan simbol 'answer'.
"Awak nak apa lagi?" Jeritku. Air mataku jatuh lagi. Esak tangisku semakin kuat.
"Sayang? Sayang kat mana? Come on! Let's talk about this!" Sahutnya. Aku menggigit bibirku, menahan marah dan geram.
"Talk about what?! Hah! Talk about what? Talk about how you stab me in the back with my best friend? Talk about how you betray my trust? Talk about what?!" Aku menjerit didalam kereta. Hatiku kembali terbakar.
"Look. I need you to calm down, okay? Let's talk about this. Sayang? Come on.."
Sebuah lori membunyikan hon nya kerana keretaku sudah mula masuk ke haluan yang bertentangan. Aku terkejut dan cuba membetulkan kembali arah keretaku.
"Hey? Adib? Are you driving? Please tell me that you're not.."
"What if I do?! It's not your god damn business is it?" Aku memotong kata²nya.
"Sayang? Please stop driving? Please? Adib kat mana? Nanti Aswan jemput. Just..stop the car. You're not stable enough to.."
"Whose fucking fault is that?! I gave you everything. Fucking everything!" Tangisan ku semakin kuat. Aku lelah. Aku tidak mahu melalui semua ini. Hatiku sudah penat mempertahankan cinta yang aku agungkan. Aku penat.
"Adib pleaseeeee.. Stop the car!"
Aku menekan pedal minyak sehingga mencecah lantai dan keretaku mendapat satu kejutan tenaga lalu memecut lebih laju.
"What the.. What's that sound? Did you step on the..? Adib! STOP THE FUCKING CAR!"
"As if you care." Aku seolah berbisik kepadanya.
Serentak itu, aku sampai ke satu lagi selekoh tajam. Dengan kelajuan yang sangat tinggi, aku tahu aku tidak sempat untuk membrek, lalu aku memusingkan steering kereta dengan kuat. Keretaku mula berpusing dan hilang kawalan. Aku sempat melihat sebuah lagi kereta dari arah yang bertentangan menghampiri keretaku. Aku tahu yang tiada apa yang dapat aku lakukan. Semuanya seolah terjadi dalam gerak perlahan.
Keretaku masih berpusing 360 darjah. Kereta yang satu lagi cuba berhenti dan aku boleh melihat kepulan asap yang keluar dari belakang keretanya, kesan dari breknya. Aku sempat melihat wajah pemandu kereta itu yang jelas takut dan terkejut. Aku menutup mataku. Aku pasrah.
"It's time." Fikirku.
Kereta kami berdua bertembung.
"Sayang!? Adib?! ADIB!!!" Telingaku mendengar sayup² suaranya dan aku kemudiannya diselimuti kegelapan.