7

690 32 0
                                    

"Kiranya sekarang, kau single lah kan?" Soalan Amir membuatkan aku mendongak ke atas, memandang wajahnya yang sedang tunduk melihat aku. Aku membetulkan kedudukan kepalaku yang sedang berbaring di atas pahanya.

"Hurmmm.." Aku tahu yang aku sudah terluka dek perbuatan Azim dan Aswan namun entah mengapa, masih ada rasa sayang dan cintaku pada Aswan. Seharusnya rasa itu hilang dengan terbongkarnya keselingkuhan Aswan tetapi benarlah kata orang, hati mahu apa yang ia mahukan.

"Tak single?" Soal Amir lagi.

"Hurmmm.." Sahutku.

"Asyik hurmmm je." Komen Amir lalu dia memandang nun kejauhan.

"Amir tau kan? Kalau Amir dah keluar hospital dan dah tengok dunia luar, Amir akan jumpa jauh lebih banyak orang yang macam Adib? Entah² ada yang seratus kali lebih baik, lebih handsome dari Adib." Kataku. Amir tidak menjawab. Matanya masih menatap ke arah sesuatu yang terletak entah dimana.

Aku bangkit dari pahanya dan memandangnya. Aku tidak pasti apa yang dia fikirkan, namun wajahnya tampak sedikit kecewa.

"Hey?" Tegurku lalu menyentuh bahunya. Amir menoleh ke arahku. Matanya tampak sedih.

"Kalau dia dah buat macam tu kat kau sekali, apa jaminan dia tak ulang benda yang sama?" Soalnya. Aku diam.

"Kejadian kali ni, kau nampak dengan mata kau sendiri. Macam mana dengan kejadian lain yang kau tak nampak?" Sambungnya.

"Saya tak rasa awak ada hak nak cakap macam tu kat saya. Kami berdua dah jadi pasangan lama dah. Kami dah sama² lalui suka duka dalam hubungan, dah harung macam² halangan. Normal lah kan kalau kita sebagai manusia buat silap?" Balasku keras. Aku tidak suka nadanya yang sangat² menilai kata²ku seolah olah aku dan dia sudah lama mengenali satu sama lain.

"Lagipun, awak cuma nak rasa tubuh saya je kan? Nak puaskan nafsu awak? Nak hilangkan teruna awak? Jadi saya tak rasa apa yang awak mahu lakukan tu, jauh bezanya dengan apa yang Aswan dah buat." Sambungku lagi. Amir tiba² bangkit berdiri.

"Aku tak tikam kau dari belakang macam Aswan dengan kawan kau. Aku tak sakitkan hati kau sampai kau kemalangan dan hampir hilang nyawa." Balasnya pula dan terus melangkah pergi.

Aku mengeluh kuat. Hatiku sakit dengan nada suaranya. Hatiku pedih dengan kejujurannya. Namun aku tahu yang apa yang dia ungkapkan, ada benarnya.

Aku menyandar ke kerusi dan mengeluh lagi. Aku tidak tahu apa yang perlu aku lakukan. Aku meletakkan kedua belah tanganku ke mukaku. Meski berada dibawah pohon yang rendang, haba panas mentari masih kuat terasa.

Rasa dingin yang kuat mengenai leherku, membuatkan aku terkejut dan terus membuka mataku. Amir berdiri ditepi ku dengan satu botol air mineral yang dingin.

"Minum. Hari ni panas, sebab tu kau pun ikut panas kot?" Katanya tanpa melihat ke arah aku. Aku mengambil botol air itu dari tangannya lalu ku buka dan terus aku minum. Rasa dingin terus memenuhi rongga tubuhku.

Amir duduk disebelahku dan meminum airnya perlahan. Kami berdua duduk tanpa berbicara.

"Aku minta maaf."

"Saya minta maaf."

Kami berdua mengucapkan itu serentak. Kami saling melihat satu sama lain dan mula ketawa.

"Aku minta maaf sebab melampau. Apa kau cakap tu betul. Aku baru kenal kau beberapa hari. Aku tak layak nak cakap lebih² pasal hidup kau." Amir memandangku dengan senyuman.

"Tak. Apa yang awak cakap tu, betul. Saya pun rasa benda tu dah lama berlaku. Saya je yang baru tahu. Cuma rasa sayang tu masih ada. Macam saya cakap tadi, kami dah lalui banyak benda bersama." Kataku. Amir mengangguk.

"Aku tak hanya mahukan tubuh kau je. Atau nak puaskan nafsu aku. Atau nak hilangkan teruna aku. Aku mula ada rasa sesuatu kat kau bila kau dengar luahan aku hari tu. Tak pernah lagi ada orang yang cukup peduli dengan aku untuk luangkan masa mendengar apa yang aku nak cakapkan. Lagipun, aku cakap kalau kau sudi. Aku tak paksa." Amir meneguk lagi air mineralnya. Aku tunduk.

"Sorry." Ucapku.

"Takpe. Aku okay je." Balasnya lalu mengusap lembut kepalaku.

"Sini. Baring. Aku suka rasa kepala kau baring kat paha aku." Amir menepuk nepuk pahanya. Aku senyum lalu kembali baring.

"Kalau.. Ni kalau je. Kalau kita buat tu betul², lepas tu apa?" Tanyaku. Aku merasai mukaku mulai panas. Bukan kerana haba matahari, tetapi kerana merasa malu untuk berbicara soal itu.

"Sebab tu aku tanya kau single ke tak tadi." Sahutnya.

"Bukan aku dah cakap jugak tadi ke yang aku dah mula ada rasa sesuatu terhadap kau?" Sambungnya. Kini mukaku sememangnya merah.

"Kalau awak tak pernah couple dengan lelaki atau perempuan, kenapa awak yakin apa yang awak rasa kat saya tu adalah perasaan..suka?" Soal ku pula.

"Lelaki ke, perempuan ke, sama je. Kalau hati dah suka, tetap suka. Memang aku takde pengalaman tapi aku tahu yang aku tertarik dengan kau." Jawabnya.

"Tapi kalau lepas ni awak jumpa perempuan yang buat awak tertarik, saya macam mana? Takpun awak jumpa lelaki yang lebih baik, lebih sempurna dari saya?" Aku mahukan kepastian.

"Kau ingat aku ni senang sangat ke nak suka dengan orang? Pengalaman hidup aku dah ajar aku untuk hargai orang yang sudi pandang aku, layan aku, macam manusia. Semua orang yang aku kenal, tengok aku macam sampah. Kau je yang tengok aku macam manusia." Jawabnya.

"Muka kau merah dah kenapa? Panas sangat ke?" Soalannya membuatkan aku terkejut lalu mukaku aku tutup dengan kedua belah tapak tanganku.

"Jap. Kau malu ke? Dengan apa yang aku cakap?" Amir mula ketawa kuat. Aku ikut ketawa namun masih menutup mukaku dengan tangan. Amir menyentuh tanganku dan memindahkannya.

"Aku suka tengok kau malu. Comel." Katanya. Aku boleh mendengar kenakalan didalam suaranya.

"Takyah nak mengampu. Saya belum buat keputusan lagi." Selorohku. Amir ketawa.

"Bukan mengampu. Jujur." Balasnya. Kami ketawa lagi.

"Ni soalan serius." Kataku.

"Okay. Apa?" Katanya.

"Awak yakin ke..yang..batang awak tu..boleh keras? Dengan lelaki?" Soalku. Amir terdiam seketika.

"Jujur aku tak tau. Tapi..selagi kita tak cuba, kita tak tau kan?" Jawabnya.

"Mungkin bukan aku yang tak boleh keras tapi mungkin kau yang tak pan.."

"Hey! Apa ni? Nak cakap orang tak pandai layan dia lah tu. Eh? Saya ni dah banyak pengalaman tau? Awak ingat saya couple dengan Aswan tu sebab nak belajar bina jambatan ke?" Potongku. Amir tunduk memandang ku lalu ketawa kuat.

"Kenapa mesti bina jambatan? Sebab aku cakap aku kerja kat tapak pembinaan ke?" Soal Amir. Masih dengan gelak tawanya. Aku akui, aku suka mendengar ketawanya. Aku suka melihat dia gembira, tanpa rasa sedih atas kisah silamnya. Hanya dia, senyumannya dan gelak tawanya.

awan merah jambuWhere stories live. Discover now