6

768 28 0
                                    

Terdengar bunyi esak tangis sayup² ditelingaku membuatkan aku membuka mataku. Aku melihat kepulan awan berwarna merah jambu dilangit, bergerak perlahan ditolak oleh angin diluar tingkap. Aku mengerutkan dahiku lalu bangkit.

Mataku memandang sekeliling. Hanya ada aku disitu, tiada orang lain.

"Siapa yang nangis pagi² ni?" Rungutku. Aku kembali melihat keluar namun langit dan awan yang tadinya berwarna merah jambu kini sudah bertukar putih.

"Aku dah jadi Amir dah. Nampak yang bukan²." Selorohku lalu ketawa. Rasa sakit menusuk dadaku membuatkan aku mengaduh.

"Still hurts." Keluhku.

"Kenapa mama dan papa tak visit aku ek? Dorang tak tau ke?" Tanyaku pada diri sendiri.

"Good morning Adib! Awal bangun hari ni?" Suara Maya memecahkan kesunyian didalam bilikku. Aku menoleh ke pintu lalu senyum.

"Tak lah awal. Dah siang dah." Balasku. Maya mula memeriksa tubuhku dan mengambil bacaam menggunakan alat² yang dibawanya.

"Hurmm.." Aku mengerutkan dahiku mendengar keluhan Maya.

"Why?" Tanyaku.

"Nothing. It seems like, you're getting better. So why wouldn't you wake up?" Tanyanya.

"Huh? Adib dah bangun lah." Balasku sambil ketawa kecil. Maya nampak terkejut dengan jawapan ku lalu ikut ketawa.

"Betul jugak. Sorry. Maya penat sikit hari ni." Katanya lalu mula mengemas kembali alatannya.

"It's okay. Adib faham. Eh, parents Adib dah kena inform ke?" Aku bertanya kepada Maya. Aku melihat riak wajah Maya berubah sedikit sebelum dia senyum dan memandangku kembali.

"Dah. Since the day Adib admitted lagi." Jawabnya. Aku merasa sedikit pelik. Ada sedikit nada kekok didalam suara Maya.

"Really? Kenapa dorang tak visit Adib ek? Pelik." Keluhku.

"Maybe dorang busy? Anyway, Maya yakin dorang akan datang lawat Adib lepas ni. Stay strong okay?" Katanya lalu melangkah pergi.

"Maya is acting weird today." Fikirku.

"Pagi!"

Aku menoleh ke pintu dan melihat Amir berdiri disana. Senyuman lebar terukir diwajahnya. Rambutnya yang panjang masih serabai namun kini ditolak sedikit kebelakang membuatkan wajahnya nampak lebih jelas. Aku senyum.

Ternyata wajah Amir boleh tahan segaknya dengan kulitnya yang sedikit gelap dan bulu keningnya yang tebal membuatkan dia nampak seperti seorang pelakon filem hindustan. Aku menatap matanya yang sedikit sepet ketika dia senyum lalu ketawa.

"Eh? Kenapa gelak?" Tanyanya lalu melangkah masuk kedalam bilikku. Dia duduk dihujung katil sambil menghadap aku.

"Saya tak sedar yang mata Amir sepet. Baru perasan sekarang." Sahutku. Amir tersengih.

"Ada nampak macam cina tak? Tapi kawan² ayah selalu cakap muka Amir ni nampak macam orang hindustan." Amir duduk bersila dikatil.

"Actually, ya. Memang ada nampak macam hindustan sikit." Balasku lalu ketawa. Amir ketawa kecil sebelum mukanya kembali serius.

"Aku nampak awan tu lagi tadi. Warna merah jambu." Katanya tiba².

"Saya pun sama." Balasku, mengingat kembali awan yang aku lihat sebaik sahaja bangun tadi. Amir memandangku dengan wajah tidak percaya.

"Betul. Saya nampak awan dengan langit tu tadi warna merah jambu." Kataku sambil menunjukkan ke arah awan² yang berwarna putih.

"Sekurang kurangnya, aku tak gila." Komen Amir lalu ketawa lagi. Aku senyum melihat Amir yang kini nampak sedikit ceria.

awan merah jambuWhere stories live. Discover now