"Hii guyss" - sapa Athiyah dengan nada kurang ceria
"Hii Thiyah" - balas kawan-kawannya
"Thiyah, adik kenapa senyap betul hari ni?" - bisik Riesya apabila perasan kawannya yang sentiasa ceria itu tiba-tiba senyap tanpa sebab
"Hmm actually Thiyah ada benda nak bagitahu korang semua"
"Bagitahu apa?" - soal Suhaizal
"Hmm kalau Thiyah bagitahu ni korang jangan terkejut tau"
Semua yang mendengar hanya mengangguk tanda mengiyakan apa yang dikatakan oleh Athiyah.
"Korang tahu kan kelas kami ada new student?" - Athiyah menyoal sambil memandang satu persatu muka kawan-kawannya
"So?" - soal Ashwin ringkas
"Actually new student tuu..."
"Niel" - sambung Afrina dengan nada seakan-akan berbisik namun dapat didengari oleh kawan-kawannya
"WHATT?!!" - jerit Riesya terkejut setelah mendengar apa yang dikatakan oleh Afrina sebentar tadi
"Oi pompuan kau dah kenapa menjerit.. Dah lah duduk sebelah orang.. Sakit telinga aku dengar" - celah Elyra sambil menjeling kearah Riesya
Riesya yang berada disebelah Elyra hanya tersenyum malu.
"Jantan tu sekolah sini?" - soal Athilah dengan nadanya geram
Melihat Afrina mengangguk kecil membuatkan yang lain mengelu kecil.
"Jangan risau lah kitorang ada dengan kau" - Hannan berkata sambil tersenyum melihat Afrina
"Hmm takpe lah.. Saya taknak susahkan korang semua.. Lagi pun dia tu bahaya sikit" - balas Afrina takut apabila menyebut perkataan 'bahaya' itu
"What do you mean by dangerous?" - soal Zarith pelik
"Dia sanggup lakukan apa saja untuk dapatkan apa yang dia nak.. Dan saya taknak libatkan korang semua" - terang Afrina
"Kau takyah nak risaukan kitorang.. Yang dia nak sekarang ni tu kau, bukan kitorang.. Kitorang hanya tolong kau dari lelaki tak guna tu" - balas Elyra sambil menenangkan Afrina
Afrina hanya mengangguk mendengar ayat yang dikatakan oleh Elyra tadi.
*Kringg kringg
Bunyi lonceng yang menandakan waktu rehat telah tamat, membuatkan mereka semua berdiri dari duduk masing-masing.
"Hmm jap, Athiyah yang mana satu ehh?" - soal Ashwin kepada si kembar
Memandangkan Athilah dan Athiyah kembar seiras, membuatkan member Theboys belum dapat membezakan mereka berdua.. Hanya kawan mereka sahaja yang dapat membezakan mereka.
"Saya Athiyah.. Kenapa?" - Athiyah menyoal kembali
"Oh tak just nak minta tolong kau tengok-tengokkan budak ni.. Apa-apa inform aku" - balas Ashwin sambil menunjuk kearah Afrina sebelum berlalu meninggalkan kawan-kawannya
"Erk ohh.. Okeyy" - jawab Athiyah pelik
***
"Dik, kau jangan jauh dari aku tauu" - pesan Athiyah kepada Afrina
"Okeyy" - ringkas Afrina menjawab sambil matanya melilau sekeliling kelas
*Tokk tokk tokk
"Good afternoon class" - ucap guru yang baru sahaja masuk ke dalam kelas mereka itu
"Good afternoon Madam"
"Before we start our class today.. I want to tell you guys about our camp program that will be conducted next week"
Setelah beberapa minit guru itu memberi penerangan tentang program perkhemahan mereka, dia mengakhiri penerangan itu.
"So if any of you want to participate the program, you can meet me at the office after class okay?" - sambung guru tersebut
"Alright that all about our camp program.. So now let's continue our class"
***
"Hii pretty.. Jom balik sama-sama nak?" - soal lelaki yang berada disebelah Afrina itu
Melihat soalan nya tidak dibalas, membuatkan lelaki itu geram lalu menarik lengan Afrina menyebabkan Afrina bertambah ketakutan.
"Ehh Niel, kau ni dah kenapa nak ganggu Afrina ahh?!" - Athiyah mula bengang sambil menyoal
"Dah aku tanya kat dia baik-baik, dia buat tak dengar" - balas Daniel tenang
"Takyah lah nak kacau sangat si Afrina tu" - celah seseorang yang baru sahaja menapakkan kakinya ke dalam kelas itu
"Jom balik.. Athiyah jom" - sambung nya sebelum membawa buku Afrina yang terletak kemas diatas mejanya
"Kau siapa ha nak halang aku dari dekat dengan diorang? And apa hubungan kau dengan Afrina!?" - soal lelaki yang masih setia berada di sebelah Afrina itu
"Aku Ashwin dan aku rasa kau tak perlu tahu pasal hubungan aku dengan Afrina" - balas Ashwin sebelum berlalu pergi bersama Afrina dan Athiyah
Daniel hanya melihat mereka keluar dari kelas itu dengan pandangan tajam kearah Ashwin.
"Te-terima kasih sebab to-tolong kami tadi" - ucap Afrina sedikit gagap
"Welcome" - balas Ashwin ringkas
"Lepas ni kalau nak balik, balik dengan member aku.. Bukan waktu balik je, even nak pegi mana-mana inform kitorang" - sambung Ashwin sebelum berjalan meninggalkan Afrina dan Athiyah dibelakang
"Ehh lah mamat ni, tadi cakap macam tu lepas tu tinggalkan kita pula.. Tak faham lah aku dengan Ashwin tu" - Athiyah mengelengkan kepalanya melihat perangai Ashwin
*Hii everyoneee🤗Since masih raya, Az nak ucapkan selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin.. Hehe belum terlambatkan.. Ohh btw boleh pnggil author as Az yaa.. Hehe.. As always sorry if ada kekurangan or typo dimana" ayat.. And also jngn lupa vote tauu.. Hehe thankyou so muchh.. Syggg korangg💙
YOU ARE READING
Hate or Love [OG]
Romance[SLOW / LATE UPDATE!] "So kau lah lelaki yang semua perempuan tergila-gila tu eh?" - Afrina menyoal kepada Ashwin yang berada dihadapannya "Yes i'm.. Kenapa kau pun dah tergila-gilakan aku ke? - jawab Ashwin dengan berlagak "Me crazy over you? Huh...