♥︎ Bab 17 ♥︎

6 2 9
                                    

*Day-1

*Bunyi siren pembesar suara (Korang bayangkan lah sendiri yaa, Az pun tak tahu nak desc mcmna bunyi siren pembesar suara tu)

"Perhatian kepada semua pelajar, diminta untuk berkumpul sebelum kita mulakan aktiviti pertama kita"

Seorang guru yang memakai tanda nama Rabiyatul tersebut memanggil semua pelajar untuk berkumpul.

Setelah memastikan semua pelajar telah berkumpul, cikgu Rabiyatul memulakan sedikit penerangan tentang aktiviti pertama mereka.

"Baiklah sebelum kita mulakan aktiviti kita, cikgu ada sedikit penerangan tentang aktiviti, apa yg perlu kamu lakukan serta perkara yg tidak boleh dilakukan oleh kamu semua.. Faham semua?"

"Faham cikgu"

Selepas beberapa minit cikgu yang dikenali sebagai cikgu Bia itu memberi penerangan, semua pelajar yang berada di padang itu mula bersurai bagi memulakan aktiviti pertama mereka.

Sebelum melakukan aktiviti pertama mereka iaitu mendirikan khemah ditempat yang telah ditetapkan, mereka diminta untuk bergerak kearah papan kenyataan bagi melihat nama kumpulan yang telah ditetapkan.

Kumpulan 1
Aira Natasha
Afrina Azuani
Elyra Nur Nabilah
Riesya Azwani
Putri Mikayla

Kumpulan 2
Nur Athilah
Nur Athiyah
Farra Ardyna
Nisha Zulaikha
Raihana

Kumpulan 3
Muhd Faizal
Muhd Danish Haiqal
Suhaizal
Shahrul Nizam
Shazwan

Kumpulan 4
Danial Ashwin
Farish
Abdul Hannan
Zarith Farehin
Daniel Hazeeq

Setelah melihat senarai nama, mereka semua berpecah mengikut kumpulan masing-masing sebelum bergerak ke tapak perkhemahan yang telah ditetapkan.

"Koranggg" - panggil seseorang kearah dua rakannya

Afrina dan Riesya yang mendengar seperti dipanggil seseorang itu terus memberhentikan langkah lalu memusingkan kepala serentak kearah si pemanggil dengan wajah tertanya-tanya.

"Ye ada apa El?" - soal Afrina apabila melihat Elyra hanya diam

"Kenapa El?" - Riesya turut menyoal

Mendengar soalan dari rakannya, Elyra mempercepatkan langkahnya bagi menyamakan kedudukan mereka bertiga.

"Nak cakap sikit ni"

"Korang perasan tak minah tu" - tunjuk Elyra kepada seseorang yang berada beberapa meter dari kedudukan mereka

"Yang mana?" - sekali lagi Riesya menyoal

"Alah yg jalan tak betul tu" - geram Elyra

"Oh tuu kan Mikayla.. Haa asal dengan dia?" - kini Afrina pula menyoal

"Aku rasa ada something lah dengan minah tu" - balas Elyra sambil menjeling-jeling pelajar yang mereka katakan itu

"Apa yang tak kena?" - Afrina memandang pelik kearah Elyra

"Tak tadi waktu kita kat tempat papan kenyataan tuu, time aku nk pegi tengok senarai nama lelaki.. Aku perasan minah tuu pegi kat senarai nama lelaki juga" - terang Elyra

"And yang paling aku terkejut adalah, dia tunjuk nama Ashwin then dia senyum" - sambung Elyra

Mendengar apa yang dikatakan oleh Elyra membuatkan Afrina memalingkan pandangannya kearah Mikayla atau lebih dikenali sebagai Kay.

Hate or Love [OG]Where stories live. Discover now