♥︎ Bab 7 ♥︎

6 2 3
                                    

*Theboys situation

Selepas berjumpa dengan abang Afrina, Hannan yang ingin pulang ke rumahnya terngendala apabila tiba-tiba mendapat panggilan dari rakannya..

"Oi Nan kau dimana?" - tanpa salam si pemanggil terus menyoal

"Waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh" - balas Hannan

"Erkk, kau perli aku eh sebab tak bagi salam" - balas seseorang yang berada didalam panggilan itu

"Ehh tak lah.. Kau yang terasa.. Siapa yang makan cili dia yang terasa pedas.. So ada apa kau call aku ni?" - soal Hannan kembali

"Oh tak, ingat nak ajak kau lepak tempat biasa jom.. Semua ada ni" - jawab orang yang berada didalam panggilan

"Hmm boleh juga.. Alang-alang aku kat luar ni.. Jumpa korang ka- .."

Belum sempat Hannan menghabiskan ayatnya, panggilan tersebut dimatikan oleh rakannya.

"Dasar set*n punya kawan.. Aku belum habis cakap lagi, kawan siapa lah ni"

Setelah Hannan menyimpan telefonnya, dia meneruskan perjalanannya menuju ke tempat mereka berkumpul.

Setelah hampir setengah jam, Hannan pun sampai ditempat mereka berkumpul.

Selepas Hannan nampak kelibat rakan-rakannya, dia terus menuju kearah mereka.

"Assalamualaikum.. Sorry lambat"

"Waalaikumsalam, kau asal lambat?" - soal Danish

"Aku dari rumah Afrina" - balas Hannan selambah

"Haa? Kau dari rumah Afrina? Kau buat apa pegi rumah dia malam-malam ni?" - dengan terkejut, Zarith menyoal

"Takde lah.. Aku pegi sana pun sebab nak jumpa abang dia.. Dah lama aku tak jumpa abang dia"

Mereka yang mendengar hanya mengangguk tanda faham

Setelah hampir satu jam mereka berborak, masing-masing akhirnya meminta diri untuk balik ke rumah masing-masing.

"Weyh okey lah, aku cau dulu kang bising mama aku kalau lambat balik" - kata Suhaizal sebelum beredar untuk balik

"Okey lah.. Jom lah balik, dah jam berapa ni.. Jumpa kat sekolah lah besok" - balas Ashwin

***

Cahaya matahari yang masuk dari celah langsir telah menyebabkan si dia terjaga.

Setelah terjaga dari tidurnya, Afrina terus menuju kearah bilik air nya untuk membersihkan diri.

Selesai bersiap, Afrina turun ke bawah dan menuju ke meja makan untuk bersarapan.

"Assalamualaikum, selamat pagi adik" - sapa abangnya apabila melihat kelibat Afrina yang sedang makan diatas meja makan itu

"Waalaikumusalam, selamat pagi abang"

Selesai bersarapan, Afrina menuju ke dapur untuk mencuci pingan yang digunanya.

Melihat abangnya yang sedang menunggu di dalam kereta, membuatkan Afrina bergegas keluar dari rumah lalu memakai kasut sebelum menuju ke kereta untuk kesekolah.

Setelah Afrina sampai di sekolah, dia terserempak dengan orang yang dia sangat kenal.

"Assalamualaikum Hannan" - sapa Afrina sopan

"Ehh adik, waalaikumusalam" - balas Hannan dengan senyuman

"Waalaikumusalam" - lelaki yang berada disebelah Hannan turut menjawab salam namun hanya dengan menggerakkan mulutnya

Hate or Love [OG]Where stories live. Discover now