*Kringg kringg
Kedengaran bunyi lonceng sekolah berbunyi menandakan waktu rehat telah tamat.
Apabila mereka mendengar bunyi lonceng tersebut, mereka terus bangun dari tempat duduk lalu bergerak keluar dari dewan tersebut untuk ke kelas masing-masing.
"Okey lah dah habis waktu rehat ni, jom lah masuk kelas" - Elyra berkata setelah berdiri dari tempat duduknya
Semua yang mendengar hanya mengangguk kepala tanda mengiyakan kata-kata Elyra.
Selepas mereka semua keluar daripada dewan tersebut, mereka pun berpisah menuju ke kelas masing-masing.
"Hmm korang" - Athilah memanggil kawan-kawannya selepas kelibat TheBoys hilang dari pandangan
Selepas mendengar panggilan dari Athilah, mereka terus menoleh memandang Athilah dengan pandangan tertanya-tanya.
Tanpa menunggu lama, Athilah terus menyoal kepada mereka ber-empat.
"Korang perasan something tak dekat TheBoys tadi?" - soal Athilah dengan nada sedikit berbisik
"Perasan something?" - Riesya menyoal kembali
"Haah lah.. Macam ada benda yang diorang sorok" - balas Athilah
"Entah lah taktahu.. Asal kalau dorang ada sorok sesuatu? Ada kaitan dengan kita ke?" - kini Elyra pula menyoal sambil menyilangkan tangannya
"Nice soalan kau El.. Memang takde kaitan dengan kita but maybee ada kaitan dengan orang tu" - jawab Athilah sambil menunjukkan jarinya kepada Afrina
"Haa? Kenapa dengan orang tu?" - dengan nada kebingungan Athiyah menyoal kakaknya
"Alah kau ni.. Nanti-nanti kau tahu lah tu" - balas Athilah pasrah
"Aik asal aku pula? Aku bukannya kenal sangat pun diorang tu.. Paling pun si Hannan tu je lah" - Afrina berkata apabila melihat empat pasang mata itu memandang kearahnya
"Takde lah, mana lah kita tahu kan.. Tiba-tiba satu hari nanti kau sangkut dengan member TheBoys tu ke" - balas Athilah sambil tersenyum melihat kawannya itu
"Ahh takde-takde, mengarut lah kau ni.. Malas aku nak layan kau niey Thilah.. Thiyah jom masuk kelas" - kata Afrina sambil menarik tangan Athiyah untuk melarikan diri dari kawan-kawannya
"Jumpa korang balik nanti" - sambung Afrina sebelum berlalu pergi bersama Athiyah
***
"Okey class itu sahaja untuk hari ini.. Jangan lupa siapkan homework yang saya bagi tu"
"Baik cikgu" - balas pelajar kelas itu
"Ohh btw, Afrina Azuani jumpa saya di bilik guru sekejap sebelum kamu balik" - minta cikgu itu
Mendengar namanya diseru, Afrina hanya mengangguk tanya mengiyakan arahan cikgunya itu.
"Nur Athiyahh sayanggg, hehe teman aku pegi bilik guru kejap bolehh.. Pleaseeee" - rayu Afrina dengan nada memujuk agar Athiyah menemaninya ke bilik guru
"Ish takyah nak mengada lah.. Ye lah aku teman kau.. Tapi jangan lambat tau, kau lambat aku cau"
"Yeayy sayang Athiyah.. Hehe jangan risau aku tak lama punya"
***
"What?" - soal Afrina terkejut
"Since bulan depan sekolah kita adakan perkhemahan, so saya nak awak jadi ketua untuk kumpulan perempuan boleh?" - cikgu yang memakai tanda nama 'Waheeda' itu menerangkan tujuan sebenar dia memanggil pelajar tersebut
YOU ARE READING
Hate or Love [OG]
Romance[SLOW / LATE UPDATE!] "So kau lah lelaki yang semua perempuan tergila-gila tu eh?" - Afrina menyoal kepada Ashwin yang berada dihadapannya "Yes i'm.. Kenapa kau pun dah tergila-gilakan aku ke? - jawab Ashwin dengan berlagak "Me crazy over you? Huh...