' Selamat Malam My Flower '
________________________________________
LINA POV:Selepas aku pergi dari sana secepat mungkin, aku terus masuk dorm aku dan sandar di pintu tersebut. Aku mengeluh kecil dan tiba2 aku baru teringat yang aku belum beli air lagi.
' aduu... malasnya nak keluar balik. Kang tak pasal2 jumpa diorang lagi. '
Tapi aku keluar jugak sebab aku memang haus sangat2 sebab belajar tadi walaupun aku hanya menumpukan perhatian saja.
Aku keluar dan mengintai sikit takut2 diorang masih ada dan alhamdulillah diorang dah beredar. Aku pun apa lagi? Terus gi vending machine dan mengeluarkan duit aku kat situ.
Tapi dari tadi aku asyik ulang perbuatan yang sama sahaja.
Eii vending machine ni.. kang ada jap lagi aku bertepuk tampar karang.
Tiba2 aku dapat merasakan seperti seseorang di belakangku. Tak sempat nak toleh ke arah orang tu-
Tiba2 sahaja dia memegang tangan aku lalu terbalikkan duit kertas tersebut lalu memasukkannya semula.
Dan ianya berhasil !
Laa... aku masukkan duit terbalik ke tadi ?
Manalah aku tahu...Aku terus menekan option air tin milo di vending machine tersebut lalu cangkung ke bawah untuk mengambil air itu.
"Wuishh boek doh kau! Terima kasih tau-" kataku terhenti apabila menoleh ke belakang dan ter eye contact dengan Kahar .
Noh- diam terus ko ek Lina.
"Hehe.. sama2." Katanya sambil tersengih2 .
Aku hanya mampu diamkan diri sambil mengundur ke belakang. Aku tak sedar yang aku dah sampai di penghujung dunia-
EH BUKAN !
hujung dinding.
ha gitu.Aku nampak Kahar datang ke arah aku sambil tersenyum sinis. Kau faham kan apa maksudnya?
Maksudnya al-Fatihah .
Baru nak cuba untuk bergerak Kahar sudah meletakkan dua2 belah tangannya ke sisi kepalaku.
Kabedon la dikatakan.
HUH !? DIA BUAT APA-
"Haih... comel je kau ni. Nak lari pun tak dapat.. dengan kaki pendeknya tu. Tsk.. tsk.. tsk..
tak patut tak patut...""Erm.. a-aku... err... nak.."
WAKTU SEKARANG LA KAU TAK NAK BERFUNGSI OTAK !
DALAM KELAS BOLEH JE JAWAB SOALAN MATH .
DASAR OTAK-
"Hehe... nak apa ? Nak saya ke ? Haih.. sian lak ko ni . Aku kalau boleh nak biarkan kau duduk sini lama2 dengan aku tapi nanti kang pengsan pulak anak dara orang ni." Kata Kahar tersengih lalu
melepaskan tangannya yang berada di sisi kepalaku dan menjarakkan dirinya ke belakang sedikit.
SIKIT JE KE ??
BANYAK LA LAGI !"Ehem." Kata seorang lelaki yang aku tak nampak.
Yela, tinggi Kahar ni bukan biasa2 kau tau tak? So aku tak nampak dengan jelas siapa belakang dia tu.
Tapi aku rasa suara dia ni macam-
"Kahar. Hakeem cari kau."
ARIZ !?
Aku ter eye contact dengannya lalu cepat2 aku meminta izin diriku dan terus beredar dari situ .
Sian coklat ngan air aku . Dibiarkan lama2 kang dah tak sejuk dah .
Tapi Ariz sempat tarik tangan aku sambil melihatku . Entah kenapa tapi aura dia tu lain macam ko tau tak ?
Aku memandang ke arah matanya dan aku terkejut sebab nampak mata dia warna
MERAH !
~Merah membara semangat waja~
"Kau tunggu malam ni Si Comel . Aku hisap darah kau puas2 ." Kata Ariz gelak jahat .
Hah !? Jadi maknanya aku mimpi sebelum ni tu betul lah !? hah sudah .
Mampos aku .
"Eish budak tu pun , aku bukannya masuk alam bunian ke apa pun . Nak berduaan dengan Si kecik ni pun tak boleh..." kata Kahar bengang lalu beredar dari situ tapi
sempat lagi dia mencubit pipiku sambil bermain dengan lidahnya.
Dasar anak Abu Yamin-
Orang tengah dalam bahaya boleh lagi dia bersweet-sweet dengan aku ehh ?
NYAWA AKU DALAM BAHAYA LA KAHAR !
Aku tak buat apa2 pun Ariz masih nak hukum aku.. patutnya yang kena hukum tu Kahar . Bukannya aku...
huhuhu...Aku menarik tanganku dengan laju dan terus berlari menuju ke kejayaan-
Ya Allah sekali lagi ... sorry2 ...
Menuju ke bilik dorm aku dan terus mengunci pintu kalau2 Ariz kejar aku . Nasib tak la . Aku terus pergi ke arah katilku dan duduk di situ .
Apa yang dah jadi tadi ?
.
.
.
.
.Hai korang ! Sorry tau kalau saya TERLALU lambat untuk update . Saya ada buat chapter ni sebelum ni tapi entah bagaimana semua author tulis dah delete dengan sendiri 😭😭 tak pasal2 author kena redesign balik 😑 jadi saya nak minta maaf kalau saya terkasar bahasa atau typo selama saya menulis cerita ini .
Lagi beberapa hari lagi nak raya so marilah kita semua bermaaf-maafan ye 😊
Byee dan semalam bersahur atau berbuka puasa !
YOU ARE READING
-Vampire-
VampireCerita ini mengesahkan tentang seorang lelaki bernama Ariz Reza (sorry kalau salah) yang telah disumpah jadi seorang PONTIANAK atau lebih bagus dikenali sebagai Vampire... Sejak lahir keluarga Ariz disumpah menjadi Vampire kerana ayah Ariz. Ariz bel...