Chapter 11

148 8 5
                                    

SKIP TIME:

Selesai menyiapkan kerja sekolah tersebut, aku terus melirikkan mataku ke arah jam di dinding lalu ia menunjukkan pukul 5:45 .

Aku membuat keputusan untuk terus mandi dan selepas itu menunggu azan subuh. Selepas siap mandi, aku terus membuat skincare harianku lalu aku terdengar suara azan subuh berkumandang, aku pun pakai telekung dan baca niat solat subuh.

Skip Time Again:

Sudah siap aku menggayakan rambut ponytail, aku terus menyusun buku-buku untuk memasukkan ke dalam beg dan terus digalas beg itu dan aku pun keluar dari bilikku itu.

Secara tak sengaja, aku terserempak dengan Kahar. Lalu dia berkata sambil tersenyum.

"Hai Cinta! Cinta tidur nyenyak ke semalam? " katanya sambil menelengkan sedikit ke tepi.

"Cinta? " tanyaku hairan dan hanya mengendahkan pertanyaannya.

"Salah ke kalau aku panggil kau Cinta? " tanyanya lagi.

"Memang salah pun sebab kau bukannya dia punya pakwe. Jadi kau tak payah nak acah sangat la ye Kapla. " kata orang di belakangku. Aku rasa aku tahu siapa..

"Apa masalah kau Fakhri..?" Kahar tanya sambil memberikan pandangan yang tajam.

"Kau ingat aku takut sangat ke dengan jelingan maut kau tu sial!?" Teriak Fakhri lalu menarik tangan kananku untuk membawa aku pergi bersamanya.

Namun, Kahar juga menarik tangan kiriku.

"Kau pun apa bezanya? 2x5 jela kau ni." Kata Kahar cuba untuk menaikkan amarah Fakhri namun aku memujuk Fakhri untuk tidak memulakannya.

"Fakhri.. sudah2 la tu, aku penat ni. Apa kata kita pergi dm nak? Aku rasa mesti Ayam tengah tunggu kan..?" Kataku cuba untuk memujuknya namun Kahar membantah.

"Sorry ye Cinta tapi hari ni Cinta lepak dengan Kahar dekat dm ye?" Katanya sambil tersenyum sinis melihat Fakhri yang kelihatan seperti mahu menumbuk sahaja si Kahar tu.

"Sorry Kahar but maybe next time okay? Aku tak larat sekarang ni.." jawabku sambil memegang kepalaku yang agak pening ni.

"Kau okay tak ni? Lina?" Tanya Fakhri sambil memaparkan wajah risaunya.

"Ye ye aku okay je, jom pergi sekarang." Kataku sambil menarik tangan aku dari Kahar lalu menarik tangan Fakhri untuk membawa dia bersamaku ke kantin.

Kahar hanya melihat sambil memegang erat tangannya sampai menampakkan urat-urat di tangannya itu.

Di Kantin :

"Kau asal Lina? Kau sakit ke doh.. yela bukan apa tapi kalau bab makanan bukan kau terpaling laju ke?" Tanya Ayam sebab dia melihat susuk badanku seperti lemah semangat. Macam demam pun ada jugak aku ni.

"Takde apalah.. lagipun aku ada makan roti jagung Fakhri bagi haritu. So aku tak lapar sangatla.." kataku dengan nada yang agak lemah.

"Kau betul ke kau okay ni Lina? Aku tengok kau macam tak larat je- eh jap, apa benda kat leher kau tu?" Tanya Fakhri. Fakhri cuba untuk mendekatiku namun aku menghalangnya.

"T-takde apa2 la Fakhri..! Aku okay je, serius." Jawabku dengan nada yang agak cemas.

Aku tak nak sesiapa pun tahu pasal gigitan ni. Biarlah aku menanggung sakitnya dari biarkan benda ni tersebar.

"Okay... tapi-" kata Fakhri namun ayatnya dipotong oleh bunyi loceng sekolah.

"Dah habis rehat dah ni..! Jomlah pergi kelas." Kataku sambil menggalas begku dengan tergesa-gesa. Aku rasa Fakhri dengan Ayam syak sesuatu dari aku tapi diorang hanya diamkan diri sahaja.

-Vampire- Where stories live. Discover now