Salam terakhir buat rindu yang menjemput bahagia, maaf andai cebisan kata yang dicoret di atas serpihan kertas yang hampir hancur ditelan api ini menganggu suasana bahagia kamu di sana.
19 Jun bakal menjadi tarikh keramat buat Mentari dan Bulan yang pada awalnya punya sejuta rintangan untuk bersama. Indah aturan tuhan, yang pada sebelumnya amat sukar menemukan ciptaannya yang satu itu.
Mentari Awana dan Bulan Firdaus.
Selamat meniti bahagia, aku hanya mampu tersenyum di balik gelapnya langit, mungkin akan menanti cerah, dan mungkin berganti titisan tangisan awan.
nukilan terakhir,
Laina Arifah.✍️
Tali beg diselesakan pada kedudukan sebelum dia berlari menaiki bas awam di kota New York. Kerusi yang biasa menjadi tempat henyakan punggungnya dituju sambil dia menyapa beberapa orang pekerja yang berada di sebelahnya. Airpod Pro miliknya dipasang pada telinga dan dihidupkan bersama lagu yang terpasan pada playlist di telefon.
Rintik hujan mula menampakkan bentuk, tepat jam 7 malam. Masa yang sangat strategik dan sesuai untuk orang seperti dirinya yang suka akan kecantikan titisan hujan. Pelik, tapi itulah minat gadis kelahiran bumi Malaysia itu.
"Arifah?"
Kepalanya melangut. Susuk tubuh lelaki yang tidak lagi asing padanya itu menjamah mata bersama seorang gadis tinggi persis seorang model; cantik dan alis matanya sangat indah dipandang.
"Awana kenalkan kawan saya dekat kampung dulu, Arifah."
Manis senyum yang diatur pada bibir gadis bertudung litup itu. Sangat manis, hingga dia dihimpit rasa segan. Awana juga gadis melayu, dia juga sama. Namun pemakaian mereka sangat berlawanan, dia masih berhias dengan rambut ash grey tetapi gadis di sebelah lelaki itu sangat menjaga.
"Buat apa dekat sini Firdaus?" Lelaki itu menunjuk kepada Awana. "Settle urusan graduate Awana. Kau tak balik kampung?" Arifah menggeleng.
Sejak keluarganya membuat keputusan untuk kembali ke tanah Barat ini atas urusan kerja dan keluarga, sudah hampir 5 tahun dia tidak pulang ke Malaysia. Buat apa? Keluarga sebelah ibunya semua sudah tiada yang sayang akan mereka. Arwah nenek dan atuk sudah lama kembali, yang ada cuma maklong dan makngah yang sangat membenci ibu kerana berkahwin dengan lelaki muallaf.
Dunia sangat tidak adil. Mujur keluarga sebelah bapanya sangat menyayangi mereka. Jadi, mereka buat keputusan untuk terus berada di Manhattan, New York.
"Oh ya Arifah. Balik la ke Malaysia 16 Jun ni, cause we're going to get married."
Sekeping kertas putih yang agak tebal dihulur dan disambut mesra. Arifah hanya senyum; tidak dapat digambarkan senyumnya.
"Not promising anything, if I got time then I will and by the way congratulations."
Mujur hentian miliknya sudah tiba. Laju dia berlari turun dari bas. Hujan makin lebat, dan ia dapat menyembunyikan fakta yang Laina Arifah Alan bin Rafi Alan sedang menangis.
(Be right back during semester break)
YOU ARE READING
JANGAN RINDU AKU (Lily X Shan) [CS]
Romance"Oh ya Arifah. Balik la ke Malaysia 16 Jun ni, cause we're going to get married." Sekeping kertas putih yang agak tebal dihulur dan disambut mesra. Arifah hanya senyum; tidak dapat digambarkan senyumnya. ." Laina Arifah, anak bongsu dari dua berad...