Kuala Terengganu, Malaysia.
"Arshan, ajar saya solat."
Baju t-shirt hitam disarungkan pada badan sebelum tuala mula melilit kawasan pinggangnya. Tuala kecil yang tersedia di sebelah sinki bilik air itu dicapai sebelum dia mengelap perlahan wajahnya yang masih basah selepas berwudhuk tadi. Terngiang-ngiang lagi permintaan Arifah ketika mereka berdua menghabiskan masa melepak di depan pantai sebentar tadi.
"Saya tak pernah solat, abang jarang ada dekat rumah selepas dia habis SPM. Saya pula last solat waktu saya 10 tahun. I've never pray after that because I'm just too tired, too hurt after being hit and tortured by maklong and makngah. Everytime they finished hitting me, I'll end up being locked in the toilet and they will open it back before midnight. Total, 5 hours in there?"
Hanya istighfar yang terbit pada bibirnya selepas mendengar luahan si gadis. "Saya cuba nak solat, tapi saya lupa. Setiap kali saya cari buku solat, I'll end up being hit. Kalau bukan maklong atau makngah, it has to be those 3 girls." Dia menyelak sedikit lengan kemeja yang dipakai sebagai kardigan menutupi tangannya yang terdedah. "Kesan jahitan sebab saya jatuh dan tangan saya terkena pisau. Well no one knows about it." Tiada siapa tahu kecuali lelaki di hadapannya.
Orang pertama yang tahu.
"Shan, have you watch an MV from an English singer titled concrete angel?" Lelaki itu angguk, dia juga tahu kisah disebalik lagu tersebut. "Just the difference is, not mummy and daddy abused me. And the other differences is, I'm here alive." Shan angguk. Dia tahu, bagaimana keadaan gadis itu ketika tiba di lapangan terbang 3 tahun lepas. Hampir sahaja Arifah dimasukkan ke wad ICU.
"You're just too strong Laina." Gadis itu menggeleng. Dia tidak kuat pun sebenarnya. Mungkin kerana kisah itu sudah tiga tahun berlalu dan dia sendiri sudah melupakan segalanya. Tidak lagi ingin hidup dalam kegelapan. "Hmm Arshan!" Panggilan daripada Arifah menghentikan langkah lelaki itu.
"Pasal luka tu, saya harap awak tutup la mulut tu. Saya harap sangat mummy tak tahu sebab saya tahu, mummy rasa bersalah untuk terus saman kakak-kakak dia." Arshan mengangguk sekali lagi. Cukup gadis itu percaya dia, lagipun dia orang luar.
"Astaghfirullah Arshan. It's time for you to pray, not to daydreaming." Dia mengetuk perlahan kepalanya sebelum langkah diatur keluar dari tandas. Sejadah dihampar dia atas karpet sebelum dia mula menunaikan solat jamak taqdim. Maghrib disertakan Isyak.
---
Ketukan dari luar mematikan hajat Arshan untuk berdoa lebih lama. Dia bangun dari duduk sebelum pintu dibuka secara perlahan. "Ahh, Yousoff. Kenapa?" Lelaki itu diajak untuk masuk ke bilik, mungkin bakal berborak panjang.
"Adik ada beritahu aku yang dia ada minta kau untuk ajar dia solat?"
Angguk.
"Ajar dia membaca Al-Quran sekali, boleh?"
Arshan angguk. Setakat membantu yang dia termampu, bukanlah benda yang susah. Lagipun dia tahu perkara yang perlu diajar. Lagipula dia sendiri pernah menyambung pengajian sebagai seorang mahasiswa College of Shariah and Islamic Studies di Qatar University. Jangan tertipu yang Arshan nampak sebaya Yousoff, namun dia jauh lebih berusia daripada lelaki itu walaupun hanya 2 tahun. Arshan, 28.
"Ya ya aku lupa kau ambil double degree dan master. Menyesal bagitahu." Menyampah pula Yousoff dengan si Arshan ni. "Iya la kamu. Padahal kita berdua ambil master dan degree pada waktu yang sama. Kalau ikutkan, kamu tetap juga double degree. Degree di Malaysia sebagai guru terpakai juga ya di sini." Yousoff dah redha bila berbahasa melayu dengan Putera Arshan. "Whatever suits you. Mummy panggil makan."
YOU ARE READING
JANGAN RINDU AKU (Lily X Shan) [CS]
Roman d'amour"Oh ya Arifah. Balik la ke Malaysia 16 Jun ni, cause we're going to get married." Sekeping kertas putih yang agak tebal dihulur dan disambut mesra. Arifah hanya senyum; tidak dapat digambarkan senyumnya. ." Laina Arifah, anak bongsu dari dua berad...