t u j u h

11 0 0
                                    

Gaduh punya gaduh, akhirnya Arshan mengaku kalah. Biar dia sahaja yang mengimamkan solat fardhu Isyak di teratak Tuan Rafi Alan. Yousoff dari tadi sahaja tidak habis mengungkit yang dia sudah mengimamkan solat asar dan maghrib.

"Saf."

"Luruskan barisan dan rapatkan saf."

Telekung yang tersarung di tubuhnya dibetulkan sebelum dia mula berdiri rapat dengan Puan Farihah.

"Allahu akhbar, Allahu akbar.. la ilaha illallah."

Suara Yousoff melafazkan iqamat bergema di ruangan solat mereka. Tenang menyapa telinga Arifah..

Mungkin ini rasa yang dia cari sebelum ini.

Tenang, setenang lautan dalam.

Allah maha besar, terjemahan takbir yang dilaung oleh Arshan. Matanya dipejam rapat, mencari rasa yang sudah mula sebati dengan diri.

Dulu, dia alpa.

Dulu, dia leka.

-------

"Arshan, okay?" Tuan Rafi menapak menghampiri lelaki muda itu sebaik sahaja mereka usai mengaminkan doa yang dipimpin Putera Saif Arshan. Setiap patah Arab yang dilontarkan sukar difahami namun segalanya tinggal berbekas di dalam hati.

Allahumma ahyina bil iman - Ya Allah hidupkanlah kami dengan iman.

Allahumma amitna bil iman - Ya Allah matikan kami dalam iman.

"Berasa juga daddy nak solat sambil diimamkan oleh Arshan. Bukan selalu anak muda sekarang nak berjemaah macam ni." Belakang badan Arshan ditepuk perlahan.

"Alah daddy, nak sindir-sindir abang pula. Tumpang pak ustaz ada dekat sini, kita bagi la dia jadi imam. Orang graduan Shariah ni." Yousoff menolak tubuh Arshan kasar. Kalau tak bersedia itu, boleh bergolek dia.

"Kau ni kan Usop, memang sia-sia kalau aku suruh kau baca khutbah Jumaat." Membulat mata Yousoff dibuatnya.

"Usop? Tak classy langsung!" Geramnya. Sedap-sedap namanya Laurel Yousoff boleh pula mamat mata hazel ni selamba panggil dia Ucop.

"Shan graduan Shariah?," soal Arifah keliru.

"I took Shariah when I was in degree and continue with Business when I took master." Balas Arshan ringkas.

"Kenapa tak jadi ustaz je? Awak boleh jadi lecturer kut." Arifah tidak puas hati. Elok-elok dah ambil agama, kenapa terbelok pengurusan perniagaan pulak.

"Kalau dah semua nak jadi ustaz, siapa nak jadi anak muridnya? Cukuplah saya nak sambung jaga syarikat umi. Kesian umi, sudahlah Abang Ariel jaga company baba. Adik yang berdua tu memang awal-awal lari jauh. Seorang dengan buku fizik tak lepas, seorang lagi dengan buku biologi." Nak jadi ahli fizik ada yang nak jadi doktor haiwan pun ada.

"Sudah dik, jangan dipersoalkan masa hadapan orang. Kamu tu, intern macam mana?" Soal Puan Farihah. Tinggal seminggu lagi baki tempoh intern anak bongsunya, baru dia sempat bersoal jawab. Selalunya Puan Farihah ini jarang hendak menyoal isu kerja di rumah, mungkin dia betul-betul mahu mendengar perkembangan anak bongsunya, maka diteruskan sahaja.

"Boleh la mummy. Adik kan amik HR je, tak berat mana pun." Lega Puan Farihah mendengarnya. "Sayang macam mana? Projek dengan tanah besar tu dah settle?"

Tapak projek yang berada di bawah kertas kerja Laina Arifah sudah mula dibina. Projek itu sekarang berada di bawah penyeliaan Puan Farihah bersama dengan syarikat abang iparnya, Tuan Aediluct Alan.

JANGAN RINDU AKU (Lily X Shan) [CS]Where stories live. Discover now