l a p a n

6 0 0
                                    

Nilai, Negeri Sembilan.

"Urusan graduasi Awana semua dah selesai kan? Minggu lepas lagi dah selesai kan lepas kamu dah touch down haritu," soal Puan Melati, ibu kepada Bulan Firdaus. Figura Mentari Awana yang kelihatan itu terus disoal. Gadis itu masuk ke ruang rumah bersama dua buah bagasi yang bersia sederhana besar.

"Sudah umi. Fir dah selesaikan dah. Wana pun tunggu Fir balik daripada ujian lesen udara. Lama betul tunggu Fir dapatkan lesen pilot dia kan umi." Dia tertawa kecil sebelum tubuh Puan Melati didakap kemas. "Bukan kamu ke cakap yang kamu nak suami bawak kapal terbang. Tak sayang lagi tak tahu lah." Awana hanya tertawa besar.

"Dah lama umi tak dengar pasal anak Farihah tu. Dengar-dengar dah duduk kat oversea sana."

Awana hanya angguk. Terbias saat dia dan Bulan Firdaus terserempak dengan gadis itu. Makin cantik, makin bebas bergerak. Tidak lagi diserikan dengan wajah sugul seperti dahulu.

"Wana dengan Fir ada selisih dengan dia kat sana. Fir jemput dia datang kenduri lusa ni. Tapi tak tahu lah dia datang atau tidak." Tepak sirih di sebelahnya disentuh. Tangan lincah membantu si ibu menghias tepak itu. "Tapi kan umi, cantik betul Arifah umi." Puji Awana. Puan Melati angguk, kecantikan siapa lagi kalau bukan kecantikan Puan Farihah jatuh kepada anaknya. Sewaktu Arifah di zaman belasan tahun sahaja sudah cantik, ini sudah menginjak dewasa. Tiada kata mampu dia ungkap.

"Umi tak salah pilih menantu ni. Umi harap tak jadi lah macam si abang Afif kamu tu. Beria nak kahwin dengan anak Long Timah, sekali makan pakai sendiri jugak kena jaga. Si isteri tak habis-habis berdempek bawak ketiak mak dia." Matanya dikerling sekilas pada figura anaknya Bulan Afif yang sudah terlelap sebaik sahaja pulang dari kerja.

"Suami dah balik, bukan dia nak hidang suap makan. Ini mana? Kamu nampak kak Aufa kamu?" Awana menggeleng. Memang sejak dari tadi dia tidak langsung terlihat kelibat Aufa Aileen di ruang rumah banglo setingkat itu.

"Sudahlah umi. Abang Afif elok je tak mengungkit. Lama-lama kak Aufa -Assalamualaikum." Salam dilaung dari luar rumah menghentikan perbuatan Awana dan Puan Melati.

"Dah balik?" Sinis sahaja nada Puan Melati.

"Umi boleh diam? Bising." Aufa terus menghilangkan diri di sebalik tirai ruang tamu. Balik kerja sahaja dah stres dengan orang tua yang kuat bebel itu; mak mertua sendiri.

"Assalamualaikum, Fir dah balik umi." Sosok tubuh beruniform juruterbang menyapa kornea mata dua wanita yang masih rancak berbual.

"Anak umi!" Tubuh tinggi lampai itu dipeluk erat.

-------

"Bulan kahwin lusa." Kad yang diterima di dalam tren tadi diletakkan di atas meja makan. "Nak pergi?" Soal Puan Farihah ringkas.

"Adik lebih rela terjun AFL Global daripada pergi sana mummy." Sekeping roti bakar yang masih suam diambil lalu jem strawberi disapu padanya. "Mummy, semalam adik dapat bunga. I don't know from who tapi atas meja la." Kunyahan terhenti. Mata Puan Farihah dan Tuan Rafi terlekat pada satu figura milik anaknya.

"Ye mummy, kecoh satu department semalam."

Yousoff turun bersama Arshan yang kemas berkemeja putih dipadankan dengan suit putih pada tubuhnya. "Untung nasib badan, baru official kerja dah dapat bunga daripada unknown." Arifah berdecit kecil.

"Nak ke? Boleh la pergi ambil atas meja adik. I don't like sunflower that much after all."

Kerusi di gerak ke belakang sebelum dia melangkah ke dapur ingin mengambil bekal iced chocolate miliknya yang dipesan kepada maid.

JANGAN RINDU AKU (Lily X Shan) [CS]Where stories live. Discover now