s e p u l u h

8 0 0
                                    

Sudah 13 jam dia berada di ruang udara dan pengumuman daripada juruterbang juga jelas di halwa telinga. Beberapa minit sahaja lagi mereka akan mendarat di KLIA sebelum menaiki kereta pejabat untuk pulang ke Pulau Pinang. Ikutkan hati, mahu sahaja Tuan Arid menempah tiket transit untuk Arshan, Arifah dan Rayyan tapi anak gadisnya itu menegah. Katanya, kalau berbuat begitu, mereka akan mengalami masalah pengangkutan di Pulau Pinang nanti. Jadi, Arshan akan memandu kereta pejabat mereka bersama Arifah.

"5 jam je daddy. Nanti adik tukar-tukar drive dengan Arshan kalau dia mengantuk." Arshan mengangguk. Tubuh Rayyan yang terlena diletakkan ke dalam stroller. Jam di tangan dilirik sebelum dia hela nafas. "Uncle dah boleh masuk domestic flight. Kita ada 30 minit sebelum flight tu berlepas, tunggu dekat sana je nanti." Tuan Arid dan Puan Farihah angguk. "Nanti kamu balik je ke rumah terus. Pasal uncle dengan aunty, pandai-pandailah kami settle." Arshan hanya ketawa.

"Nanti Arshan minta member ambil uncle dengan aunty. Dia memang duduk dekat-dekat dengan Bayan Lepas tu." Puan Farihah hanya angguk. "Tak perlu Shan, uncle sewa kereta jelah nanti. Kereta kat luar tu nanti tak muat untuk kita semua." Dahi Arifah dikucup sekilas sebelum dia menarik lembut tangan si isteri menuju ke arah lorong penerbangan domestik.

"Adik behave kat rumah nanti. Bagitau guard yang korang bertiga, mummy dan daddy on the way." Arifah angguk. "Mummy...daddy you guys gonna be so late." Dia melambai-lambaikan tangan sebaik sahaja Tuan Arid dan Puan Farihah hilang di balik balai pelepasan. "Pekerja dah letakkan kereta dekat luar." Arifah menolak stroller Rayyan manakala Arshan menarik tiga bagasi milik mererka. Jam ketika itu sudah menginjak angka 4 pagi. Disebabkan perubahan masa yang berlaku di atara dua negara itu membuatkan Arifah dan Arshan agak segar ditambah pula dengan mereka sudah tidur sepanjang penerbangan dari New York tadi.

"You can drive?" Arshan mengangguk. Lagipula dia memang sudah biasa memandu selepas penerbangan panjang. "Kenduri tu harini kan?" Arifah angguk. "Ha'a jam 12 baru jamuan makan. Kita tidur je lah dulu, pukul 2 nanti pun boleh lagi nak pergi makan." Langkah diatur menghampiri Proton Persona yang sedia terparkir di sebelah pondok pengawal. "Key for AFL's car." Pinta Arifah kepada salah seorang pengawal keselamatan yang bertugas.

Arshan sudah mengangkat tubuh kecil Rayyan sebelum kunci kereta yang bakal dinaiki oleh mereka diambil daripada tangan Arifah. "Masuk dulu, saya nak letakkan Iyan dekat atas awak. Nak baringkan budak ni kat belakang macam bahaya." Arifah hanya menurut sebelum tubuh Rayyan diselesakan di atas tubuhnya. Tali pinggang keledar miliknya turut dipakaikan oleh Arshan. Hampir 15 minit juga menunggu Arshan siap memasukkan semua barangan ke dalam but kereta.

"Let's go!" Sorak Arifah teruja.

KERETA diparkir elok pada garaj. Melihatkan kereta putih yang asing pada mata, Arshan membuat telahan bahawa Tuan Arid dan Puan Farihah sudah tiba di rumah itu lebih awal. "Dah sampai pun." Puan Farihah melangkah keluar daripada pintu utama sebelum dia sendiri menyuruh Arshan untuk masuk terlebih dahulu. "Pergilah baring dekat mana-mana dulu. Baju tu, semua dah segar kejap lagi baru kita settlekan." Arshan hanya angguk sebelum tubuh yang terasa lenguh itu mula baring di sofa.

"Lah. Betul-betul dia baring kat mana-mana tempat dia jumpa." Tuan Arid hanya menggeleng kecil. Rayyan yang berada dalam dukungan isterinya diambil sebelum diletakkan di dalam buai bayi di tengah ruang tamu. Dia melirik ke arah Arifah yang sudah terbaring penat di atas lantai. "Ini apa pasal ni." Sofa kecil diletakkan di bawah kepala gadis itu. "Jetlag lah tu. Sekarang kan jam 9 malam kat sana." Skrin telefon bimbit milik Puan Farihah dikerling sekilas. "Abang gerak ke rumah Melati dulu lah. Nak tengok apa-apa yang boleh kita tolong ke." Baju kemeja yang sudah bertukar kepada t-shirt itu dibetulkan.

JANGAN RINDU AKU (Lily X Shan) [CS]Where stories live. Discover now