Bab 1

13 1 0
                                    

"Bos okey sorang-sorang? Nak saya teman?" Tanya Radhi, penolong peribadi Farish.
Dia menghela nafas panjang sambil menggelengkan kepalanya. "Kau tunggu sini. Aku singgah sekejap je." Radhi risau dengan bosnya yang kelihatan pucat dan tidak bermaya.

"Jarang nampak mummy keluar. Baru ni lah Amy dapat rasa." Kereta merah yang dipandu Amy Liyana berhenti berdekatan dengan kereta hitam mewah milik Farish.
"Kalau memang acara lain, papa confirm tak bagi mummy keluarkan?" Ibunya hanya tersenyum. Mereka berdua berjalan masuk ke tanah perkuburan. Radhi, yang berdiri ditepi kereta, hanya tersenyum melihat keakraban ibu dan anak itu.

Mereka sedang berbual rancak apabila bahu ibunya diterpa kuat.
"Eh, apa ni? Jalan tak tengok?!" Jerit Amy.
"Sorry.." Dia menekan kepalanya seperti dia dalam kesakitan. Ibu Amy kelihatan risau. "Anak okey ke ni?"
Pandangannya kabur, kepalanya berdenyut.

Bukan sekarang, ya Allah!

Dia rebah ke lantai.

"Ya, Allah!"
"Anak, ya Allah. Anak, Amy panggil ambulans." Amy berkerut dahi. Dia menoleh kebelakang dan teringat lelaki di carpark tadi.
"Aduh, jauh pula nak patah balik ni." Hati mendengus kecil. "Mummy, I pergi cari lelaki tadi. You stay here." Ibunya mengangguk.

Mata Farish melilar memandang sekeliling. Walaupun matanya kabur dan badan tidak bermaya tetapi telinganya seakan terdengar suara mirip mamanya.
"Mama..?"
"Mengucap nak, sekejap lagi ambulans sampai." Tangannya memegang erat wanita itu. Entah kenapa waktu itu genggaman tangannya seakan memberi Farish kekuatan untuk menahan kesakitan dialaminya.

"Bos! Astagfirullahaladzim." Paramedik sudah tiba dan mereka memeriksa tekanan darah Farish.
"Cik, dengar suara saya?" Soalan itu ditanya berkali-kali dan anggukan dari Farish merupakan respons bahawa dia masih sedar.
Apabila dia dimasukkan ke dalam ambulans, Radhi mengucapkan terima kasih kepada mereka berdua.
"Kalau tidak ada awak berdua, tak tahulah apa akan jadi. Terima kasih ye."

"Dia sakit apa tu, nampak serius je."
"Mungkin dia memang tak sihat. Jom, kita masuk."
==========

Doktor beritahu Radhi yang Farish mengalami dehidrasi dan kekurangan tenaga.
"Itulah, aku dah cakap jangan keluar. Degil punya manusia." Radhi membebel sendiri.

Radhi masuk dalam bilik observasi. Ruang bilik observasi dikongsi oleh lapan hingga dua belas katil, dan ruangan ini khas untuk pesakit yang tidak perlu di wad untuk jangka masa yang panjang. Dari jauh, dia lihat Farish sudah sedar.
"Bos ni kepala batu tau."
Farish tergelak kecil walaupun rasa letih. "Dah perangai aku memang macam tu, kau nak buat apa? Kau bekerja dengan aku dah masuk 3 tahun. Kau tahu susah senang aku macam mana."
"Saya je yang faham situasi bos."
"Yelah tu. Kau baik sangat."

"Bos okey?"
"Okey cuma kepala masih berdenyut."
"Bos masih lagi dalam rawatan, badan tu hah pun lemah. Gatal sangat nak keluar."
"Radhi, aku bukan apa tapi tetiba rindu dengan mak dan bapa angkat aku. Lagipun, aku tak pernah ziarah kubur dorang sejak aku balik dari UK."
"Tapi bos, ada waktu yang sesuai. Saya ni fikirkan pasal kesihatan bos tu. Siapa lagi yang nak ambil tahu kalau bukan saya? Kalau nak harapkan tuan punya badan sendiri, dah lama badan tu melayang."
"Eh Eh, melebih-lebih pula. Sebelum kau muncul pun, aku jaga badan dan kesihatan aku sendiri."
"Bukan bos, tapi Allah yang jaga bos. "
Terasa pula dengan kata-kata Radhi tapi dalam masa yang sama dia saling mengingati bahawa tak akan ada yang berlaku tanpa keizinanNya.

"Radhi, aku senang ada sahabat macam kau yang selalu mengingatkan aku. Aku selalu bersyukur kerana Allah mempertemukan kita berdua."
"Itu dinamakan takdir. Saya pun bersyukur kepada tuhan kerana telah mengirimkan seorang insan yang sebaik bos."
"Aku bukan baik sangat."
"Bos baik, dengar cakap saya."

Petang itu, Farish sedang beristirehat setelah Radhi pulang.
"Itu suara mama ke atau aku mimpi?" Suara yang memanggilnya tadi masih terngiang dalam ingatan.

Langsir biliknya tiba-tiba ditarik buka.
Farish mendongak dan dahinya berkerut. Sosok wanita yang sangat dikenali memakai kot putih sambil memegang alat stetoskop berdiri dihadapannya. Farish merenung wajah wanita itu sambil mengeluh kecil.

"Tak sangka, aku jumpa kau dekat sini. After 5 years, Izara Sofea."
"It's been a while, Hakim."
Dia mengheret kerusi ke tepi katilnya dan melabuhkan punggungnya.
"Apa?" Wanita itu terus merenungnya tanpa berkata apa-apa.
"I dah tengok file you. I think you owe me an explanation, Hakim."
"I tak owe you apa-apa, in fact, I memang nak bagitahu you 5 tahun lepas, tapi you terlalu fokus sangat nak tinggalkan I."
"Bila tu? I tak ingat kita pernah ada normal conversation, Hakim."
"Hari yang you minta putus, bukan ke I yang merayu kat you jangan tinggalkan I, I sangat perlukan you."
Izara mendengus.
"I dah dengar ayat itu berkali-kali sampai menanah telinga ni dan you cakap you pernah bagitahu I?"
"Then, why you care? You boleh je buat tak tahu kan." jawab Farish.
Izara menahan perasaan marahnya terhadap bekas teman lelakinya itu.

"Mana teman wanita you yang cantik tu? Dia tak datang ke?"
Farish memejam matanya seketika.
"Yang kau tu dengan mamat Sepanyol tu, jadi ke kahwin?"
Izara berang dia ber"kau" "aku" dengannya.
"I dari dulu dah bagitahu you dia hanya kawan sekerja tapi you tak percaya."
"Sama macam aku but kau juga tak percaya so kau nak aku buat apa? Izara, aku cuma nak satu perkara je dari kau. Jangan dekat dengan mamat tu, jangan lekas mesra dengan lelaki lain. Tapi, kau tak dengar cakap aku. Makin lama aku biarkan, kau makin mesra dengan lelaki lain."
Dahi Izara berkerut.
"You jangan cakap macam i ni perempuan tak ada maruah! Dorang semua kawan I, suka hati i nak berkawan dengan siapa-siapa. I cuma nak you respect and memahami I tu je."
"Dah, aku tak nak bergaduh dengan kau. Kita dah lama putus so apa yang kau buat tak ada kena mengena dengan aku lagi." Perutnya mulai sakit. Dia mengusap perlahan.
"Hakim?"
Dia mengangkat tangannya.
"Kau pergi. Aku nak rehat. Kau makin dekat sini, aku rasa boleh muntah darah terus. Dah, pergi."

Izara keluar dari biliknya tapi disapa oleh seorang doktor lelaki berkaca mata.

"Siapa dia?" tanya lelaki itu.

Kasih di penghujung rinduWhere stories live. Discover now