Bab 2

10 1 0
                                    

"Abang...abang dengar sampai mana?" tanya Izara ke doktor lelaki bernama Sufyan.

"Hmm, you ada banyak teman lelaki? Pesakit tu kawan Fea ke?"

Dia mengangguk. Izara tak mampu berkata apa-apa.

"Lebih dari kawan?" Izara merenung wajah Sufyan, yang juga teman lelakinya sekarang. "Dulu."

Sufyan mengangguk dan faham dengan jawapan diberikan. "Kita dinner sama-sama nanti, i tunggu you dekat lobi pukul 7.30."

Izara setuju dan terus pulang ke biliknya. Sufyan mampir ke stesen jururawat. "Lina, boleh tunjukkan saya fail pesakit katil nombor 5?

"Doktor nak buat apa dengan maklumat pesakit?"
"Dia kawan Doktor Sofea so saya nak tahu juga."
Jururawat disana tersenyum sipu.
"Ambil berat ke atau jeles?" Sufyan ikut tersenyum. "Eh tak lah. Kalau dia kawan Sofea, maknanya dia kawan saya juga."
"Baiknya doktor kita yang satu ni." Lina menyerahkan fail tersebut. "Doktor ada 15 minit sebelum Doktor Chia balik. You tahukan dia tak suka orang ambil tahu pasal pesakit dia."

"Tak ada masalah!"

"Nama penuh... Muhammad Farish Bin Fauzan... Fauzan Al Fitri? Hmm? Biar betul?"

"Kanser perut tahap 3 sejak 5 tahun lepas. Sudah menjalani 2 operasi untuk membuang sel kanser dan kondisi stabil."

"Nama bapa dia Fauzan Al Fitri... Hmm.."

"Doktor! Doktor! Dia dah balik!" Jerit Lina tapi Sufyan terlalu khusyuk dengan apa dia baru saja baca.
"DOKTOR SUFYAN BIN FAUZAN AL FITRI!"

Saat itu, Farish tersedar dari tidur. Dia menoleh ke belakang tapi tiada orang. Dia seakan dengar nama bapanya.

"Aku hari ni banyak halusinasi. Dah teruk ke aku ni? Astagfirullahaladzim. Istighfar banyak-banyak Farish."

Sewaktu mereka berdua menikmati makan malam di restoran berdekatan, Sufyan tiba-tiba menyebut nama Farish. Izara tersedak.

"Hai, baru je sebut nama terus tersedak. Mesti ada apa-apa."
"Abang, jangan macam tu. Sebenarnya... dia bekas teman lelaki Fea. Waktu tu, Fea masih lagi residen dekat UK. I jumpa dia waktu ada kes ragut yang menyebabkan seorang wanita tua cedera teruk."
Sufyan hanya tersenyum.
"Abang jangan senyum macam tu. Seram tau."
"Tak, maksud abang, bekas je pun. Tak payah tension and dari apa yang Fea jelaskan, he seems like a good guy."
"Sebenarnya, abang dah baca fail dia. Keluarga dia macam mana? Sebab abang tak nampak pun ahli keluarga yang datang melawat."
Izara mengeluh kecil.
"Hakim dia tinggal dengan keluarga angkat. Mama dan papa dia tinggalkan dia waktu dia kecil lagi. Dia pun pernah cakap dia tak rapat dengan adik beradik angkat sebab antara mereka selalu bergaduh atau jarang berjumpa."

Papa tinggalkan keluarga dia?

"Dia sebatang kara?"
Izara mengangguk. "Dia hijrah ke UK dengan hasil duit simpanan dia sendiri. Tapi, dia tidak putus hubungan dengan ibu bapa angkat dia sebab terlalu terhutang budi dengan dua orang yang membesarkan dia dengan penuh kasih sayang."

"Dia memang orang yang baik. Abang tahu you both ada history tapi cara you cakap pasal kebaikan dia, memang menyerlah sikap baik hati dia."

Izara setuju walaupun mereka berdua berpisah secara tidak baik.

"Abang tak jeles. Cuma, abang ingin tahu. Fea suka berahsia tentang masa lalu terutama sekali pasal bekas teman lelaki."

Izara terharu dan gembira Sufyan memahami dan menerima kenyataan beliau. Dia bersyukur jodohnya kali ini benar-benar mengerti perasaannya.

Keesokan hari, jururawat memaklumkan bahawa Farish dah boleh pulang.
"Sekejap lagi, Doktor Sufyan akan datang. Tapi, awak dah boleh kemas dan tukar baju."
"Terima kasih nurse."

Dia menelefon Radhi. "Radhi, aku dah boleh keluar. Ambil aku dalam masa sejam lagi."
"Baik bos."

"Cik Farish?"
Farish menoleh dan lihat seorang doktor lelaki berkaca mata tersenyum ke arahnya.
"Saya doktor Sufyan. Boleh kita berbual sekejap?"
Dia mengangguk kecil.
"Saya dah semak fail dan hubungi doktor awak. Saya akan mengambil alih jadi doktor utama Cik Farish."
Bingung, dia bertanya. "But why?"
"Kenapa nak kena tukar doktor? Saya okey je dengan doktor yang sekarang."

"Saya ikhlas nak merawat Cik Farish."
"Tak, jawapan itu tak memuaskan. Kenapa mesti tukar doktor? Untuk pengetahuan doktor, saya bukanlah orang yang senang terima kata-kata orang macam gitu je. Alasan harus munasabah. Doktor sekarang tak membuatkan saya percaya sebab doktor menukar doktor saya."

"Okey. Ni antara kita berdua." Sufyan terpaksa beritahu hal yang sebenar.
"Kenapa tiba-tiba harus berahsia?"
"Sebab awak adalah anak Fauzan Al Fitri.... Papa saya."

Farish termangu dengan kata-kata Sufyan tadi.
"Papa...?"
Sufyan mengeluarkan handphone dari kocek lalu dicari foto papanya.
"Ini papa saya, Fauzan Al Fitri, saya rasa ni adalah orang yang sama."
Farish merenung lama foto itu kerana dia hampir lupa rupa papanya kerana ditinggalkan sewaktu umur agak kecil.

Betul ke itu papa?

Dia masih lagi dalam proses untuk menerima kenyataan. Sufyan juga menunjukkan foto papanya sewaktu masih muda.

Ekspresi wajahnya tiba-tiba bertukar serius. Dia memandang Sufyan tanpa sebarang emosi.

"Kau nak buktikan papa aku tinggalkan rumah dan dia bina hidup baru di luar sana dalam kemewahan?" Dia tertawa sinis.

"Tak boleh lah aku terima papa yang tak bertanggungjawab macam dia."

"Cik Farish, walau apa pun, dia tetap papa Farish."

Dia menghempas begnya ke lantai. "Apa kau tahu pasal aku? Kehidupan aku? Papa kau tu, ingat bagus sangat ke?! Aku tak nak kau jadi doktor aku. Aku nak tukar!"

"Dah terlambat. Doktor dah bagi green light. Saya pun telah bagitahu mereka bahawa Cik Farish adalah dari keluarga saya ber"bin" orang yang sama jadi saya ada hak untuk merawat acik Farish.

Radhi sudah tercegat di tepi langsir sambil menyaksikan bosnya mengamuk. Dia mengeluh kerana dia tidak suka tuannya marah ataupun stres.

"Aku tak bak kau jadi doktor aku. Keputusan aku muktamad!" Dia dan Radhi segera keluar dari situ.

"Apa kecoh-kecoh ni? Banyak pesakit dekat sini, tolong bertimbang rasa sikit!"

"Bos! Bos! Dengar cakap saya dulu. Bos!" Amarahnya masih belum reda. Dia menghentak tapak tangan ke dinding.

"Bos, istighfar banyak-banyak, ingat tuhan. Jangan dibawa perasaan marah tu." Dia menoleh.

"Macam mana aku tak marah? Aku tengah berkecamuk sekarang. Dia anak papa. Papa tinggalkan aku dan mama, pergi luar sana bina hidup baru dan jadi mewah. Tak pernah sekali dia datang jenguk aku walaupun dia dah jadi kaya raya. Anak dia sekarang nak rawat aku pasal dia kesiankan aku. Dia tahu aku anak terbuang papa dia. Aku macam tak ada nilai kat mata orang, Radhi."

"Sabar bos. Mungkin dia nak tolong dengan ikhlas. Kita tidak boleh menghukum. Saya tengok  doktor ni baik orangnya. Dia memang ambil berat tentang bos. Percayalah, saya tak salah baca."

"Sebaiknya, bos terima je dia jadi doktor bos. Kalau dengan itu boleh pulihkan siratulrahim antara bos, dia dan papa bos, Alhamdulillah. Lagipun, memang itu yang bos nak kan selama ni? Nak jumpa ibu bapa kandung bos?

Kemarahannya mulai reda dan dia mulai fikir rasional. "Aku tak tahu, Radhi. Aku nak jumpa dorang berdua tetapi di sudut hati aku juga tersirat kebencian yang susah aku padamkan dari hatiku."

"Kita benci seseorang kerana kita terlalu taksub melihat kejahatan dorang buat kat kita. Bos tak pernah sekalipun terfikir pengorbanan mereka?"

Kasih di penghujung rinduWhere stories live. Discover now