BAB 7

14.1K 1.1K 174
                                    

Endra pulang ke rumah dengan serabai. Dia sudah berjanji untuk membawa mamanya pergi membeli barang rumah. Masuk saja ke dalam rumah, wajah Dhia di meja makan bersama senyuman. Dia menghampiri wanita tua itu terlebih dahulu.

"Maa... dah siap?"

Dhia angguk.

"Jom la kita pergi terus. Endra malas nak mandi."

"Anak mama pergi mana ni? Dari pagi sampai ke petang?"

"Endra pergi buat kerja ma.." Jawab Endra. Dhia angguk. Dia bangun dari kerusi meja makan. Endra membiarkan mamanya keluar terlebih dahulu sebelum dia turut keluar juga.

Raden termenung jauh. Entah kenapa, Endra lain. Tersangat lain.

"Raden..." Panggil Elijah. Dia melabuhkan punggungnya bersebelahan kerusi Raden. Raden tersenyum.

"Dah lama kau kenal Endra?" Tanya Elijah bersahaja.

"Tak adalah lama. Baru juga la kami kenal." Jawab Raden lembut. Elijah hanya mengangguk. Tanda faham maksud gadis di hadapannya.

"Awak memang rapat dengan Endra ke?" Tanya Raden pula.

"Aku? Aku sepupu dia. Tapi bagi Endra, aku ni bawa bala." Kata Elijah sambil ketawa. Sikit pun dia tidak merasakan apa-apa pun. Sudah biasa. Segala caci maki dia sudah terima. Sudah lali dengan semua itu.

"Awak sepupu Endra?"

"Yup! Aku sepupu dia. Elijah Rizq." Kata Elijah lagi. Bukan senang dia mahu mengaku macam itu saja.

"Tapi kenapa tak nampak macam sepupu pun? Erm bukan maksud saya nak sibuk atau apa, tapi saya tengok awak dengan dia tak berapa baik."

Elijah ketawa kecil.

"Setiap kali bila mulut aku ni rajin nak bagitahu dekat orang yang aku dan Endra ni sepupu, mesti ada aje soalan yang macam kau ni tanya."

"Biar aku ringkaskan dan padatkan. Aku dan Endra tak sebulu. Bukan bulu ketiak, bukan bulu kaki atau bulu-bulu yang lain.. Tapi sebab aku selalu buat masalah yang akan terkait dengan dia. Sebab itulah dia tak suka aku."

Laju Raden mengangguk. Jadi sekarang dia faham kenapa Endra tak banyak cakap apabila bersama Elijah.

"Engkau ni tengah buat ayat nak mengorat Cik Raden kita ni ke Elijah? Kau jangan, aku risau kau makan, makanan anjing aje lepas ni. Seminggu kau makan makanan anjing tu." Pesan Rayyan.

"Kau agak-agak la aku nak mengorat Cik Raden kita.. Terang benderang lagi suluh menyalakan lampu Cik Raden kita ni milik Muhammad Endra Raiyan." Kata Elijah.

"Jangan nak merepek la Elijah.. Saya ni bukan milik sesiapa." Kata Raden. Elijah ketawa kecil.

"Aku rasa la Raden, kau kena belajar bahasa Spainish.. Baru la kau akan faham maksud Endra lepas ni. Sebab aku yakin, Endra tak akan luah pada kau dalam bahasa Melayu. Tapi bahasa Spainish. Kalau kau tak tahu, ni kau boleh tanya otai kita. Syed Ezra Hariz."

"Otai bukan sebarang otai, tapi otai berbisa.. Dari lahir menetap diri di Spain. Segala bahasa dan maksud dia dah faham." Gurau Elijah. Hariz menjeling. Elijah ketawa sehingga menampakkan giginya.

"Korang semua dah lama kawan dengan Endra?"

"Dari kecil lagi. Endra tu lonely dekat sekolah. Lonely dia bukan biasa-biasa. Sesiapa yang cuba nak berkawan dengan dia, siap sedia la." Jawab Rayyan.

"Siap sedia? Untuk apa?" Tanya Raden. Dahinya berkerut.

"Jadi mangsa taruhan dia." Jawab Elijah selamba.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: 2 days ago ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

HIS CODE NAME: KING ( IN EDITING )Where stories live. Discover now