"Abang Endra... jom la teman Ezara! Jom la! Ezara bosan la duduk dekat rumah." Pujuk rayu Ezara. Lengan tangan sasa abangnya di goncang berkali-kali. Endra mengeluh kasar. Namun matanya masih lagi fokus membaca buku.
"Ezara...." Suara Endra ditekankan sedikit. Tegas.
"Ala jom la! Jom la!" Lengan Endra di goncang lagi. Endra mengeluh. Apa nasib? Cermin matanya di turunkan sedikit memandang tajam ke arah adik perempuannya itu.
"Ajak la Edra. Abang sibuk."
Ezara menggeleng. Lengan Endra masih lagi di goncang.
"Tak nak ajak abang Edra! Keluar dengan abang Edra bosan! Pergi mana-mana mesti ada perempuan terkejar-kejar! Ezara tak suka!"
Endra memandang adik perempuannya tajam. Buku di tutup dengan kasar. Dia bangun dari kerusi membetulkan baju lalu bergerak keluar dari bilik bacaan. Cermin mata masih lagi di pakai. Ezara tersenyum manis. Yes! Menjadi juga rancangannya! Misi menggunakan abangnya telah berjalan dengan lancar!
Endra turun dari tangga dengan wajah masam. Dia sudah dapat mengagak misi adik perempuan bongsunya itu. Memang patutlah Edra tidak mahu teman.
"Endra... nak pergi mana tu?" Tanya Puan Dhia lembut. Endra menoleh memandang ke arah mamanya dengan senyuman. Ehsan juga sedang santai menikmati makanan tengah harinya.
"Abang Endra nak teman Ezara pergi shopping mama!" Kata Ezara ceria sebaik saja baru turun dari tangga. Lengan Endra di peluk kemas. Senyuman gedik diberikan kepada abangnya. Endra menjeling.
"Mama dah siapkan makanan tengah hari. Tak nak makan dulu?"
"Come Endra, papa pun dah tak sabar ni nak rasa masakkan special dari isteri papa yang cantik melecun ni." Gurau Ehsan. Ezara cebik. Cemburu!
"Papa! Mana boleh papa puji mama seorang aje! Ezara pun nak kena puji juga!"
Ehsan ketawa. Itulah anak perempuan mereka. Anak perempuan bongsu. Ezara Sophia. Nama yang dipilih olehnya.
Seorang gadis yang manja dan lemah lembut.
"Iye sayang, anak perempuan papa pun cantik juga. Sudahla comel betul tak mama?"
Dhia diam. Cemburu dengan anak sendiri. Ehsan dan Endra menggelengkan kepalanya.
Dhia dengan Ezara kaki merajuk!"Tak apalah mama, papa nanti balik Endra makan. Endra pergi dulu. Assalamualaikum."
"Waalaikumussalam! Hati-hati anak mama."
Edra keluar dari dapur. Berkerut wajahnya memandang Ezara yang melompat-lompat keluar dari rumah. Dah kenapa adik perempuannya itu? Seronok sangat ke keluar?
"Diorang pergi mana tu mama?" Tanya Edra. Buah epal di gigit. Rangup! Tangan kirinya diletakkan atas bahu Ehsan.
"Macam biasalah Edra. Kalau dengan Ezara tu apa saja yang dia tahu buat selain dari menghabiskan duit abang-abang dia kan? Kalau bukan abang- abang dia, papa dia. Yang selalu manjakan sangat!"
"Eh abang pula yang kena. Ini tak adil sayang. Ezara tu kan anak abang. Anak perempuan bongsu abang."
Edra tergelak kecil. Ini mesti abang Endra pula yang menjadi mangsa Ezara. Bertuah punya adik kembar!
"Edra teman mama dan papa makan ya? Mama masak banyak pula harini. Sayang pula kalau tak habis."
"Tak apa, kalau tak habis biar abang habiskan makanan sayang ni. Isteri abang kan masak sedap."
Edra hanya senyum. Mula dah la tu drama ulat bulu dari papanya.
"Boleh mama, untuk mama semua Edra sanggup! Best juga makan bertiga dengan papa, mama. Boleh bermanja. Sebelum ni asyik Ezara aje. Kalini biar Edra pula bermanja dengan mama dan papa."
YOU ARE READING
HIS CODE NAME: KING ( IN EDITING )
RomanceENDRA RAIYAN "They called him dangerous, but he was my safe."- RADEN CALESSA